Isnin, 12 Disember 2011

Filem Unik Dari Thailand. Bila Malaysia Boleh Buat Filem Cinta Sebegini?


Penulis bukanlah seorang yang meminati drama ataupun filem. Apatah lagi kaki tengok wayang bila keluar cerita-cerita yang dikatakan hebat. Cuma sekali sekala penulis ikut juga rakan-rakan yang mengajak menonton di pawagam. Antara filem yang penulis suka adalah filem aksi dan filem-filem yang berasaskan kartun-kartun dizaman kanak-kanak seperti Transformers. Dirumah pula, penulis bukan juga seorang yang terlalu obses menonton televisyen. Sudah tentunya penulis banyak menghabiskan masa mengadap komputer dan kerja.

Sekarang ini mungkin kecoh dengan filem Ombak Rindu dengan dimana-mana sahaja memperkatakan tentang filem ini tak kira di status Facebook atau blog. Penulis tidak langsung tergerak hati untuk menonton bukan kerana tidak menyokong industri filem tempatan tetapi tidak berapa minat dengan kisah cinta yang dipaparkan. Pada satu hari penulis secara tidak sengaja menonton satu filem dari Thailand (Astro Box Office) dan tiba-tiba penulis rasa ada sesuatu yang istimewa dengan jalan cerita & emosi yang cuba disampaikan.

Filem yang penulis maksudkan adalah "Hello Stranger" yang dikeluarkan hujung tahun 2010. Ia mengisahkan 2 orang warga Thai (seorang lelaki & seorang perempuan) yang melancong berasingan telah bertemu di Korea. Mereka telah bertemu dan melancong bersama secara tidak sengaja dalam beberapa hari. Dalam masa yang singkat itu mereka bersama telah banyak melalui saat-saat yang unik sehinggakan ada satu perasaan cinta walaupun masing-masing sudah mempunyai pasangan di Thailand.

Filem ini banyak menciptakan babak-babak romantik yang unik dan digarap dengan baik untuk memainkan emosi penonton. Walaupun filem ini bukan filem aksi namun penulis merasakan ada sesuatu yang istimewa yang menjadikan ia satu cerita yang berkualiti. Selain babak-babak yang unik, skrip-skrip yang digunakan pula sangat membangkitkan pelbagai emosi seperti lucu, sedih & cinta. Satu lagi yang unik dalam cerita ini adalah watak-watak utama tidak tahu nama masing-masing malah penonton sendiri pun tidak mengetahuinya.

Jadi apakah kesudahan filem ini? Anda boleh cari di dalam google atau di kedai-kedai DVD. Walaupun penulis masih tidak menonton filem Ombak Rindu tetapi penulis berani mengatakan filem ini adalah antara filem terbaik Thailand. Namun itu hanya pendapat penulis dan lain orang mungkin lain citarasanya. Anda juga boleh baca pendapat-pendapat penonton yang lain seperti di http://alicechensworld.blogspot.com/2011/11/download-thai-movie-hello-stranger.html. Hmm...penulis tak pandai sangat mengulas filem... :)

2 ulasan:

Unknown berkata...

Filemnya simple, watak orang-orang biasa yang kita boleh relate dengan diri kita tapi kreatif dari segi olahan jalan cerita dan skrip. Tak perlu tonjolkan watak stereotaip macam gadis kampung, orang kaya sombong, samseng jahat tak hengat, perempuan bitchy, makcik gila harta dsb..huhu

Nanie Harris berkata...

ko mmg hebat bab mengulas filem kaff...tq kerana membaca...