Selasa, 25 Oktober 2011

Pelaburan Ilmu Untuk Terus Maju Dalam Bisnes Internet : Revolusi Media Sosial 2011


Sepertimana yang telah penulis katakan dahulu, 22 Oktober lepas penulis telah menyertai Revolusi Media Sosial yang dianjurkan oleh Irfan Khairi Sdn. Bhd. di Hotel Puteri Pasific Johor Bahru. Program satu hari ini berlangsung dengan pelbagai info yang diberikan terutamanya mengenai perniagaan internet yang menggunakan media sosial seperti Facebook, Blog, Twitter & Youtube. Seminar telah disampaikan oleh usahawan internet terkenal Irfan Khairi.

Berbeza dengan program-program sebelum ini, seminar yang hanya disertai oleh lebih kurang 30 orang ini lebih fokus dengan cara & strategi menggunakan media sosial untuk bisnes yang hendak dijalankan. Dengan jumlah peserta yang sedikit memberikan kelebihan untuk penulis dan peserta lain bertanya dan mendapatkan input dengan lebih tepat. Kali ini IK memberikan 66 strategi media sosial yang mana menggunakan Blog, Twitter, Blog, Youtube dan juga e-mel.

Selain dapat membuat ulangkaji, penulis juga dapat banyak idea-idea baru untuk dilaksanakan terutama untuk bisnes fotografi perkahwinan NahamPhoto serta bisnes LoveThatShawl. Penulis akan menyusun perancangan-perancangan baru serta struktur yang lebih baik supaya boleh memantapkan perniagaan. Lebih menarik, seminar ini akan diberikan sijil oleh Asia e-University yang mana telah menjalankan kursus berkenaan e-dagang dan juga perniagaan internet.

Rumusannya, seminar & bengkel yang dikendalikan oleh Irfan Khairi ini banyak memberikan manfaat kepada penulis seterusnya kepada perniagaan yang dijalankan. Walaupun dilanda dengan pelbagai dugaan, namum penulis tetap positif untuk membuat penambahbaikan demi masa depan yang lebih sempurna. Diharap penulis dapat membangkitkan semangat kerja yang membara dan tidak membiarkan perancangan hanya tinggal perancangan tanpa perlaksanaan.

Cerita lain mengenai seminar ini oleh sepupu penulis --> http://santai-norazman.blogspot.com/2011/10/perkongsian-ilmu-seminar-irfan-khairi.html

Selasa, 18 Oktober 2011

Menikmati Panorama Keindahan Alam Bersama Sepupu

Hujung minggu yang lepas, beberapa orang sepupu penulis telah pulang ke kampung (Endau) dan bertemu penulis. Seperti biasa penulis suka melakukan aktiviti bersama-sama dengan sepupu sejak dari kecil lagi. Selalunya penulis suka melayan mereka bermain PS2 iaitu bermain bola dan pernah satu ketika dahulu penulis membuat pertandingan games PS2. Tetapi kali ini penulis mengajak mereka menikmati keihdahan alam yang ada di bumi Endau.

rock climbing
rock climbing
rock climbing
Pada mulanya penulis dan sepupu ingin mandi di air terjun Tanjung Resang tetapi malangnya ada pembinaan sedang dilakukan dan air agak tidak memuaskan untuk mandi. Akhirnya penulis mengambil keputusan untuk ke Pulau Mawar kerana 2 orang sepupu (Cepot & Dek Rul) belum pernah ke sana. Ternyata mereka berdua sangat teruja apabila sampai disana dan melihat panorama alam serta permandangan yang indah lagi mendamaikan.
rock climbing
rock climbing
rock climbing
rock climbingPulau Mawar, Teluk Sari Endau memang dikenali dengan pulau batu-batuan yang boleh memukau mata. Setiap kali datang ke sini, penulis pasti akan dapat merasa keunikkannya. Apatah lagi tempat ini masih lagi tidak diketahui ramai dan bukan tempat tumpuan orang datang untuk mand atau berkelah. Cuma lokasi Pulau Mawar ini sangat digemari oleh kaki-kaki pancing dan juga kaki-kaki fotografi di Mersing.


rock climbing
Bebalik kepada cerita berjalan-jalan bersama sepupu tadi, kami bertiga menghirup udara segar sambil mengambil gambar-gambar yang disukai di Pulau Mawar. Walaupun penat mendaki batu-batuan dan juga berjalan kaki namum kami sangat berpuas-hati. Di akhir perjalanan kami singgah di kedai untuk melepaskan dahaga. Ekspidisi singkat kami berakhir sebelum magrib dan pulang ke rumah untuk bersiap sedia menonton perlawanan bolasepak pula :)

Isnin, 10 Oktober 2011

Aku Tak Pandai Main Ping Pong

Dulu-dulu pakai baju melayu ke baju batik ke boleh jer main ping pong...

Selain bolasepak & futsal, ping pong atau table tennis adalah salah satu sukan kegemaran penulis. Namun sejak sekolah dahulu, penulis jarang sekali bermain ping pong tidak kira dalam pertandingan atau riadah harian. Penulis teringat satu masa dahulu penulis pernah membuat meja pingpong menggunakan siling rumah dan jaring ikan. Itupun tidak bertahan lama apabila siling tersebut digunakan. Mungkin kerana faktor ini (tidak mampu membeli meja & peralatan ping pong), penulis tidak terlalu menumpukan sukan tersebut.

Pasukan Ping Pong dalam Pesta Sukan YPJ 2008

Apabila masuk zaman pekerjaan di KPYPJ, di level penulis bekerja ada menyediakan satu meja ping pong. Dari situlah bermula kembali minat dalam sukan ini. Apabila tiba waktu rehat dan waktu habis kerja, penulis berpeluang bermain, ditambah pula dengan rakan-rakan yang juga minat bermain ping pong membuatkan ia satu riadah yang baik dapat dilakukan setelah penat bekerja. Sejak itu juga, penulis banyak menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat tidak kira peringkat dalaman atau luaran.

Berikut merupakan beberapa rakaman video aksi yang tak seberapa oleh penulis dan rakan-rakan sparring. Mana tahu satu hari nanti boleh masuk kejohanan yang lebih besar bila tiap-tiap minggu berlatih :)



Penulis tidaklah sehebat mana bermain ping pong cuma posting ini ditulis kerana keunikkan sukan ping pong itu sendiri yang memerlukan fokus & kemahiran yang tinggi. Walaupun sekarang penulis jarang dapat bermain kerana telah berpindah ke Mersing tetapi penulis tidak melepaskan peluang bermain dengan rakan-rakan lama jika ada tugas di Johor Bahru. Sukan ini sedikit sebanyak dapat mengeluarkan peluh dan satu aktiviti sihat memandangkan masa untuk beriadah amatlah singkat dengan kesibukkan kerja penulis.

p/s : jangan lupa untuk subsribe channel Youtube penulis untuk lain-lain video menarik! Klik DISINI