Isnin, 18 Julai 2011

Apa Yang Anda Rasa Jika Menjadi Peminat Liverpool?

Artikel kali ini sangat istimewa. Penulis ingin menceritakan pengalaman istimewa penulis apabila ingin menyambut kedatangan pasukan kegemaran penulis iaitu Liverpool. Beberapa bulan sebelum itu, penulis telah mendapat tahu yang Liverpool akan membuat tour ke Asia dan salah satu negara yang dikunjungi adalah Malaysia. Hati ini sangat gembira kerana ini adalah kali pertama Liverpool akan ke Malaysia. Penulis tanpa membuang masa terus menempah tiket dengan perasaan yang sangat teruja.

Pada mulanya penulis mengajak beberapa rakan lain yang sama meminati Liverpool tetapi ramai antara mereka tidak dapat menyertai kerana ada urusan lain yang lebih penting. Itu tidak menghalang penulis untuk pergi walaupun berseorangan. Pada hari Khamis (14 Julai 2011) penulis bergerak ke Kuala Lumpur. Sampai disana penulis terus ke Stadium Bukit Jalil untuk menonton sesi latihan pasukan Liverpool. Disitu penulis sangat gembira berjumpa dengan rakan, Alif Sabri dan beberapa rakan baru.


Semasa sesi latihan, dilaporkan 38,000 peminat telah hadir menyaksikan sesi tersebut. Di luar stadium, ramai peniaga menjual pelbagai jenis barang seperti jersi, gift, hon dan juga makanan. Suasana memang sangat meriah. Semua yang hadir kelihatan sangat gembira menantikan kunjungan pemain-pemain kegemaran masing-masing. Selain pemain, penulis juga dapat melihat lagenda-lagenda Liverpool dengan dekat seperti pengurus Kenny Daglish, lagenda 90an Ian Rush dan juga Phil Thompson.

Pada hari perlawanan (Sabtu 16 Julai 2011), penulis ke Bukit Jalil seawal 1 petang. Ketika ingin menaiki LRT, ramai yang sudah memakai jersi Liverpool dimana-mana sahaja. Ada suami isteri yang memakai baju yang sama membawa anak kecil, ada juga warga asing dalam kelompok yang kecil. Di dalam tren, sudah dipenuhi dengan penyokong berbaju merah. Semuanya gembira menuju destinasi yang sama. Walaupun saling tidak mengenali mereka tetapi mereka akan senyum apabila melihat sesama sendiri.


Sampai dipersekitaran stadium, kelihatan ramai peminat telah membanjiri segenap ruang walaupun perlawanan dijadualkan pada 5.45 petang. Mereka bersorak-sorak, membeli pelbagai barangan dan bergambar bersama-sama banner masing-masing. Penulis makan tengahari bersama Alif & rakan-rakan sebelum berpisah & masuk ke dalam stadium jam 3.00 petang. Di dalam stadium, penulis duduk dengan orang yang tidak dikenali tetapi kami seolah-olah satu keluarga. Kami masing-masing bertukar-tukar mengambil gambar.

1 jam lebih sebelum pelawanan bermula, separuh stadium telah diisi. Suasana sekeliling sudah bergegar dengan sorakkan peminat. Penulis sangat teruja kerana majoriti di dalam stadium memakai jersi bewarna merah (jersi Liverpool). Suasana itu telah menjadikan penulis seakan-akan berada dalam stadium Anfield di England. Satu suasana yang mungkin sukar untuk dirasakan jika difikirkan kemampuan untuk ke luar negara. Namun, suasana ketika itu sangat istimewa dan memberi makna kepada penulis.



Apabila pemain masuk ke padang, sejarah mula tercipta! Selalunya penulis hanya menonton perlawanan melalui TV tapi kini dapat menyaksikan sendiri perlawanan secara real. Perlawanan ini sangat istimewa kerana ia melibatkan pasukan diminati dengan pasukan tanah tumpah darah penulis. Oleh itu, menang kalah bukanlah yang penulis fikirkan tetapi kegembiraan serta semangat ingin merasakan suasana sorakan yang luar biasa. Bukan hanya bersorak untuk Liverpool malah satu stadium turut bersorak untu Malaysia.

Selesai sahaja perlawanan, stadium telah bergema lagi dengan nyanyian lagu semangat Liverpool iaitu "You'll Never Walk Alone" dimana ia kali pertama dinyanyikan beramai-ramai di Malaysia. Dengan kehadiran 87,000 penyokong dalam stadium Bukit Jalil itu, nyanyian lagu penuh emosi tersebut sangat memberi kesan yang mendalam bagi peminat Liverpool di Malaysia. Itulah salah satu perkara yang istimewa menjadi peminat Liverpool yang tiada pada kelab-kelab lain di dunia. Penulis sangat rasa bertuah pada malam itu.



Rumusannya, keputusan 6-3 yang berpihak kepada Liverpool adalah tidak penting. Apa yang penting penulis terhibur menjerit 9 kali dalam perlawanan itu. Penulis juga kagum dengan Malaysia kerana mutu permainan mereka jauh lebih baik berbanding 5 tahun lepas. Diharap Malaysia melakukan yang terbaik ketika menentang Singapura nanti. Dalam perjalanan pulang, penulis & ramai penyokong Liverpool menaiki LRT. Mereka tidak berebut malah bersorak gembira sambil melambai kepada yang telah menaiki tren.


Berikut merupakan beberapa quote yang telah diambil selepas selesai perlawanan persahabatan tersebut;

"Now we know how big our club is" - Kenny Dalglish
"Malaysian fans Rock!" - Paisleygates.com
"It is phenomenal!" - Hitz.fm
"What we are seeing over here is just unbelievable" - David Kuyt
"Reserve 1000 seats in Anfield for Malaysian supporters!" - LFC.TV Forum

Tidak sampai 3 jam selepas perlawanan, laman web rasmi liverpool telah memaparkan gambar-gambar menarik di stadium;

Berikut merupakan rumusan dari salah satu blog kelab peminat Liverpool di Malaysia;

Kerana sambutan yang menggalakkan, Liverpool berhasrat untuk ke Malaysia lagi pada masa-masa akan datang;

Peminat Liverpool adalah yang terbaik di dunia? http://www.espnstar.com/editorial/news/detail/item643713/

*p/s - walaupun perlawanan ini sangat menarik pada penulis tetapi telah dicalar dengan beberapa statement yang kurang professional. Diharap semua dapat membezakan antara MINAT dan SETIA. Malaysia adalah negara penulis dan pastinya sokongan padu tetap diberikan. Perlawanan tersebut hanyalah persahabatan dan bukannya final Piala Dunia.

4 ulasan:

Nanie Harris berkata...

Luahan hati peminat http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

cityiklan berkata...

err...saya peminat newcastle united
boleh komen sini?? :)


Cityiklan
Iklancoffee
andaforex
iklan percuma Online Malaysia

Julie Shahril berkata...

sy pon 1st time tgk bola live masa m'sia vs taiwan haritu...tp sy rasa lebih selesa tgk kt umah kot..hehe

Nanie Harris berkata...

X kisah penyokong apa pun....kita tetap Malaysia...

Saya tau ada yang tak setuju dengan artikel saya ini dan ada yg ckp bukan2 pada sy tp sy diamkan saja sbb xnk besar2kan perkara yg kecik...

Klu pikirkan pasal patriotik, boleh baca artikel kat bwh ni...pikir2kanlah..

http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com/2011/07/patriotisme-daripada-pandangan-aku.html