Khamis, 30 Jun 2011

Jalan-Jalan Kuala Lumpur


Dalam bulan Jun ini sudah 2 kali penulis ke Kuala Lumpur iaitu ke seminar Prelude : Formula Facebook Irfan Khairi dan terbaru ke bengkel Bisnes Fotografi Huda Jamal iaitu Junior Photographer NahamPhoto. Walaupun penat memandu namun penulis sangat gembira dapat melihat dunia luar setelah lama membuat kerja di dalam satu ruang yang kecil. Sekali-sekali kita perlu juga keluar dan mencari ilham yang segar dengan melihat pemandangan di lokasi selain dari yang biasa kita lihat setiap hari.


Untuk mencari ilmu pula, tidak kira tempat atau bayaran, kita perlu terus menimba pengetahuan secara berterusan. Sebab itu penulis sanggup untuk mengeluarkan wang untuk mencari ilmu di merata tempat kerana ilmu adalah pelaburan yang pasti akan membawa hasil yang baik satu hari nanti. Jangan terlalu berkira-kira untuk mencari ilmu kerana anda pasti akan menyesal satu hari nanti. Program ilmu seterusnya yang penulis akan sertai adalah Revolusi Media Sosial oleh Irfan Khairi yang akan berlangsung Oktober akan datang.



Bercerita tentang jalan-jalan Kuala Lumpur baru-baru ini, penulis bersama seorang lagi Jurufoto NahamPhoto, Akmal Rafie telah ke KLCC untuk mengambil gambar dan berjumpa rakan lain iaitu Asrul Ahmad. Kami telah menonton wayang (Green Lantern) dan bersiar-siar sekitar KLCC dan penulis telah merakamkan gambar Asrul sekeluarga yang bercuti di Kuala Lumpur. Selepas itu, keluarga Asrul telah belanja penulis & Akmal Rafie makan di Sri Gombak. Terima kasih kami ucapkan kerana belanja makanan yang enak.


Dalam masa terdekat ini, penulis akan ke Kuala Lumpur lagi untuk menemani rakan niaga, Abdul Kafi mencari stok barang & tudung untuk kiosk Love That Shawl dan juga ke Bukit Jalil untuk menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia & Liverpool. Sambil itu, penulis juga merancang untuk mengambil cuti lama dan ingin menyimpan tenaga setelah bekerja keras dalam 6 bulan yang lepas. Semoga percutian itu akan dapat memberikan ilham dan semangat baru untuk terus bekerja dengan baik!

Sabtu, 25 Jun 2011

E-Book Pertama : 33 Cara Promosi Percuma Perniagaan Dengan Facebook

Setelah hampir 4 tahun dalam dunia blogging, 6 tahun pengalaman kerja dalam bidang IT & Korporat, 5 tahun dalam bidang fotografi, 2 tahun mengumpul ilmu kekuatan diri, pemasaran & perniagaan internet, akhirnya penulis telah berjaya menerbitkan satu e-Book iaitu 33 Cara Promosi Percuma Perniagaan Dengan Facebook. E-Book ini mula dirancang sejak bulan April, menyusun topik dan menaip dalam masa lebih 2 bulan dan kini telah berjaya mengeluarkan hasil dalm bentuk e-Book.

Mungkin ramai yang bertanya kenapa penulis memilih tajuk berkenaan Facebook berbanding fotografi. Jawapannya adalah, penulis sudah mengenali internet sejak tahun 1998 lagi dan dari situ banyak perkara yang penulis belajar mengenai selok belok internet. Selain e-mel, satu ketika dahulu mIRC sangat popular dikalangan pengguna internet. Kemudian muncul evolusi media sosial seperti geocities, friendster & myspace. Kini Facebook adalah satu medium yang sangat popular selain Youtube & Blogger.

Sedikit info mengenai e-Book ini, ia memberi panduan bagaimana membuat promosi perniagaan di Facebook tanpa mengeluarkan MODAL. Media sosial seperti Facebook telah banyak membantu usahawan internet dalam menjayakan perniagaan mereka. Dengan 18 juta rakyat Malaysia menggunakan Facebook kini, ia tidak mustahil akan menjadikan Facebook sebagai satu medium rangkaian yang luas untuk perniagaan. Pengguna Facebook di Malaysia malah seluruh dunia juga terus berkembang dari masa ke semasa.

EBook ini adalah hasil daripada penggunaan harian NahamPhoto.com yang menjadikan Facebook sebagai "booth maya" dimana dapat bertemu dengan ramai prospek pelanggan setiap hari. Hanya dengan Facebook, NahamPhoto dapat mengembangkan rangkaian, mendapatkan pelanggan dan menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti bengkel & kursus. Namun ia bergantung kepada strategi yang disusun oleh usahawan tersebut. Melalui eBook ini, insya Allah usahawan internet dapat merangka strategi pemasaran mereka menjadi lebih baik untuk supaya dapat bersaing dengan perniagaan-perniagaan lain.

Akhir sekali, harapan penulis agar e-Book ini dapat membantu usahawan-usahawan internet dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka. Semoga mereka memperolehi banyak maklumat yang positif dalam pengisian e-Book ini. Pada masa-masa akan datang, penulis telah merancang akan menulis e-Book berkenaan dengan fotografi pula. Beberapa topik telah disusun dengan rapi agar e-Book akan datang ini dapat memberi impak yang lebih besar. Terima kasih kerana menyokong penulis selama ini! :)

Untuk mendapatkan e-Book ini, sila LIKE NahamPhoto dan klik DISINI. Terima kasih

Khamis, 23 Jun 2011

Siapa Hana Tajima?

Artikel sepertimana yang penulis tulis sumbangan khas untuk blog Love That Shawl.


Sejak menceburi bidang jualan tudung & selendang, telah banyak LTS belajar bukan sahaja selok belok perniagaan malah fesyen-fesyen terkini tudung yang menjadi ikutan masyarakat. Ternyata dalam zaman yang moden ini perkembangan fesyen begitu berkembang malah dalam kategori tudung juga tidak terkecuali. Masyarakat terutamanya di Malaysia kini sedar untuk menghadapi persaingan tugas & kehidupan seharian perlu mengikuti perkembangan fesyen agar tidak dikatakan ketinggalan.

Di Malaysia kita selalu didedahkan dengan ikon-ikon seperti artis untuk memperkenalkan sesuatu trend. Penyanyi Ana Rafali contohnya dikaitkan dengan baju kurung. Jika tudung pula, pastinya anda akan terkenang penyanyi Yuna. Malangnya tak ramai yang mengenali designer-designer fashion yang memeriahkan industri fesyen Malaysia. Apa ntah lagi fesyen-fesyen muslimah yang mana mengikut syariah-syariah yang ditentukan agama Islam. Pastinya ia akan menjadi sesuatu yang menarik.

Sesiapa yang mengikuti perkembangan fesyen tudung tahun ini pasti pernah mendengar nama HANA TAJIMA SIMPSON. Siapa Hana Tajima? Beliau adalah fesyen designer bagi Maysaa.com di London. Beliau adalah anak kacukan Jepun-British yang agak popular ketika ini. Beliau popular kerana bertudung dan mencipta fesyen yang juga sesuai untuk muslimah. Mungkin ada yang bertanya adakah Hana Tajima ini islam? Ya, beliau sudah muallaf sejak usia beliau 17 tahun.



Hana Tajima yang berusia 23 tahun telah banyak membuat video-video cara-cara memakai tudung & pasmina yang diletakkan di Youtube. Sejak dari itu nama beliau meningkat diperingkat antarabangsa malah fesyen tudung Hana Tajima telah menjadi ikutan muslimah-muslimah. Baru-baru ini, artis kita Yuna juga telah bekerjasama dengan Hana Tajima dalam satu projek Maysaa London. Secara tidak langsung projek itu telah menaikkan lagi nama beliau di Malaysia pula.

Kenapa LTS bercerita tentang Hana Tajima? Kerana pada LTS, beliau telah mencipta fenomena tersendiri dalam fesyen muslimah terutama tudung, selendang & pasmina. Beliau kini mempunyai peminat sendiri yang terikut-ikut trend hasil ciptaan beliau. Secara tidak langsung ia juga memberikan satu impak dalam industri tudung dan selendang di Malaysia. Bukannya kami ingin membanggakan beliau namun apa yang diusahakan oleh Hana Tajima sepatutnya dicontohi oleh pereka fesyen di Malaysia


Sekurang-kurangnya Hana Tajima telah melakukan sesuatu yang mana beliau rasa patut dilakukan atas dasar agama yang dibeliau pegang. Semoga apa yang beliau lakukan mendapat keberkatan dari-Nya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hana Tajima boleh klik DISINI.

*p/s - boleh dapatkan Tudung, Selendang, Anak Tudung dan pasmina dengan LIKE Facebook LOVE THAT SHAWL!

Isnin, 13 Jun 2011

Revolusi Prelude : Formula Facebook Oleh Irfan Khairi

Jika April yang lalu, penulis telah ke seminar Revolusi Perniagaan Internet bersama Kafi, kali ini penulis telah menyertai Revolusi Prelude : Formula Facebook yang disampaikan oleh Irfan Khairi (IK) secara Percuma. Program telah dijalankan di Hotel Vistana, Kuala Lumpur dan kali ini ditemani oleh sahabat lama iaitu Pakcu Amin. Seramai lebih kurang 100 orang telah menyertai program ini yang mana telah dimeriahkan dengan kehadiran pelakon/ pengacara terkenal, Fahrin Ahmad yang mempromosikan program FA vs IK hujung bulan Jun.

Dalam program ini, Irfan Khairi memberikan banyak input berguna mengenai pemasaran internet terutamanya menggunakan Facebook. Selain itu, penulis juga dapat membuat ulangkaji mengenai input yang telah disampaikan melalui Revolusi Perniagaan Internet 2 bulan yang lepas. Kepada yang ingin menyertai program seperti ini, pihak IKSB telah menganjurkan lagi pada hari Khamis ini (16 Jun 2011) ditempat yang sama. Sila layari http://www.irfankhairi.com/formulafacebook untuk keterangan lanjut.

Gambar dari Facebook Irfan Khairi

Program Revolusi Prelude ini sebenarnya adalah pengenalan kepada seminar Revolusi Media Sosial yang akan berlangsung bulan Oktober akan datang. Didalam seminar ini, IK akan memberikan banyak ilmu mengenai perniagaan internet terutama dalam penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dan Youtube. Pastinya penulis tidak sabar untuk menghadiri seminar ini kerana ingin mendalami lagi ilmu mengenai bisnes terutama menggunakan Facebook dan lain-lain media sosial.

Gambar-gambar lain seminar ini boleh dilihat DISINI.
Untuk keterangan lanjut mengenai Revolusi Media Sosial, boleh klik DISINI.