Selasa, 22 Februari 2011

Fast Action Fast Result


Pada 20 Februari yang lalu penulis sekali lagi menyertai seminar bersama Dr. Azizan Osman, seorang pakar motivasi yang tidak asing lagi di Malaysia. Seminar anjuran Richwork ini diberikan nama Seminar Kenali Potensi Diri 2011 diadakan di Hotel MS Garden, Kuantan Pahang. Penulis telah pergi bersama-sama dengan sahabat baik penulis sejak sekolah menengah iaitu Muhammad Amin. Jika dulu beliau menumpukan kepada potensi diri melalui tarikh lahir, kali ini pengisiannya sedikit berlainan dengan menumpukan kepada dimensi dalam diri manusia.

Melalui seminar ini penulis telah dapat 'recharge' apa yang telah diberikan dalam seminar sebelumnya dan semestinya penulis telah mendapat satu input baru yang sangat berguna untuk diri penulis. Selain dapat mengenali dengan lebih jelas lagi tentang potensi diri sendiri, penulis juga dapat menggunakan input tersebut untuk mengenali potensi pada anak-anak atau lain-lain keperluan seperti mencari pekerja dan sebagainya. Apa yang pasti seminar ini sekali telah membuka minda penulis dalam menghadapi kehidupan yang lebih kaya dan berjaya.

Buku yang penulis beli tempohari. Harga biasa RM38 harga beli RM15

Jangan ditanya apakah isi-isi yang diberikan oleh Dr. Azizan disini kerana jika anda ingin mengetahuinya, anda perlu hadir sendiri ke seminar-seminar beliau. Segala maklumat yang diberi adalah rahsia dan ia hanya boleh dikupas oleh mereka yang duduk didalam dewan tersebut sahaja. Setiap penerimaan individu tidak sama, mungkin apa yang penulis dapat terima dari beliau tidak dapat diterima oleh anda oleh itu jangan percaya! Datang sahaja dan dengar.

Di akhir kursus ini penulis dan sahabat telah mengambil 'Aura Test' yang dikendalikan oleh Life Rich. Dalam ujian ini kita akan mengetahui sebesar mana aura yang kita ada, kaitan aura anda dengan persekitaran anda dan pelbagai lagi. Jangan percaya pun dengan ujian ini, tapi anda perlu lakukan untuk mengetahuinya :). Walaupun terpaksa beratur panjang untuk membuat ujian ini tetapi penulis sangat berpuashati dengan apa yang penulis dapat. Secara keseluruhan, penulis telah membuat kesimpulan apa yang telah diberikan dan menetapkan sasaran penulis sendiri.

Keputusan Aura Test penulis

Akhir kata penulis harap anda semua dapat membuat perubahan dalam hidup sekurang-kurangnya hari ini lebih baik dari semalam. Penulis doakan "anda kaya dan berjaya!".

*p/s - disebabkan balik lewat, penulis telah mengharungi jalan yang gelap dan tiada kenderaan sepanjang jalan Kuantan-Endau. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku. Dugaan untuk berjaya.
Yang ini pulak cerita lama. KLIK SINI.