Khamis, 3 Mac 2011

Selamat Hari Lahir Sayang!


Ini sekadar posting ringkas dimana penulis membuat sedikit majlis biasa untuk menyambut ulang tahun kelahiran isteri tercinta penulis. Walaupun sekadar majlis ringkas namun tetap bermakna tanda terima kasih penulis kerana melahirkan 3 orang puteri yang comel-comel belaka. Sesungguhnya pengorbanan isteri dalam memberikan semangat kepada penulis sangatlah tidak ternilai. Kami sekeluarga keluar makan di Marrybrown Mersing dan enjoy pada hari tersebut!

Isteri penulis, Noraini Abdul Hamid juga banyak memainkan peranan penting dalam bisnes penulis iaitu NahamPhoto dimana beliau bertindak sebagai Promoter. Pengalaman kerja yang banyak telah membantu beliau melaksanakan tugas dengan baik. Cuma ketika ini agak perlahan sedikit kerana masih menumpukan kepada anak kecil kami. Insya Allah beliau akan lebih aktif lagi pada masa-masa akan datang. Semoga perhubungan kita sekeluarga akan kekal bahagia selamanya. Insya Allah.

Tiada ulasan: