Khamis, 24 Mac 2011

Agen Public Mutual


Dah lama rasanya penulis tak update blog ni atas kesibukkan yang melanda dalam bulan Mac ini. Maklumlah setiap hari Sabtu dalam bulan ini penulis ada tugas fotografi perkahwinan dimerata tempat bermula dengan Rompin, Kedah, Endau & Kluang. Namun penulis mencuri masa seketika untuk menaip posting ini setelah menerima satu surat tadi. Ianya dari Public Mutual dimana penulis telah lulus dalam ujian berkomputer berkenaan Unit Amanah dengan FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia).


Seperti mana yang pembaca tahu selain dari fotografi, penulis juga minat dalam bidang pelaburan. Selain membuat pelaburan dalam emas & perak, penulis juga telah mula mempelajari lebih dalam lagi ilmu mengenai amanah saham. Dengan bantaun sepupu dan juga 'otai' dalam Public Mutual, penulis telah mengambil keputusan untuk mengambil peperiksaan untuk menjadi agen. Alhamdulillah, walaupun dalam masa yang singkat penulis telah lulus dan kini sudah boleh mula memberikan khidmat kepada yang memerlukan.

Walaubagaimanapun, penulis harus mengambil 1-2 latihan dulu untuk lebih mahir dalam bidang ini. Dengan jadual yang padat, penulis perlu mencari waktu yang sesuai untuk menyertai training-training daripada Public Mutual mengenai unit amanah mereka. Penulis juga hendak membuat pelaburan sendiri dahulu dalam Public Mutual sebelum hendak mempromosi kepada orang lain. Insya Allah jika tidak ada aral melintang, bulan depan penulis akan mula membuat pelaburan dalam unit amanah selain dinar & dirham.

*p/s - mari membuat pelaburan altenatif selain ASB.

Tiada ulasan: