Ahad, 23 Mei 2010

Kawan

Dalam diam-diam sudah hampir 6 bulan penulis telah meninggalkan KPYPJ setelah hampir 6 tahun berkhidmat disitu. Meninggalkan KPYPJ tidak bermakna penulis terus meninggalkan kenangan dan kawan-kawan yang ada disana. Hubungan baik seperti adik beradik masih diteruskan seolah-olah jiwa masih ada disana. Terima kasih kepada mereka yang masih sudi menerima penulis seadanya sebagai seorang kawan.

Ramai antara kawan di KPYPJ tahu yang penulis telah membuat satu video klip istimewa sempena perpisahan penulis. Video klip ini ditujukan kepada semua yang mengenali penulis dan telah ditayangkan di majlis perpisahan serta di FB tetapi masih belum ditayangkan di blog ini. Ada yang mengalirkan air mata, ada yang sayu, ada yang bertanya dimana untuk melihat video klip tersebut (yang tiada FB). Akhirnya disini penulis akan menayangkannya.



Selain video klip ini, terdapat 1 lagi video klip yang dikeluarkan khas oleh PR KPYPJ diketuai oleh En Zaid & Nizam. Videomannya pula adalah Chef Razak. Terima kasih diucapkan atas usaha membuat video klip ini. (Notes : masa tu penulis agak berisi tak seperti sekarang... :D)



Anda semua boleh melihat video-video klip ini di laman Youtube saya seperti pautan dibawah :

Oleh itu, sudi-sudilah memberi komen dan memberi voted kepada video klip tersebut terutama hasil kerja video pertama penulis iaitu "KAWAN". Sekali lagi penulis mengucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawan penulis yang mengenali dan memberi semangat sejak dulu, kini & selamanya. Sokongan anda semua tidak mungkin dapat dilupakan dan semoga anda semua juga akan berjaya dimasa mendatang.

*p/s- Insya Allah jika berkesempatan, penulis akan memaparkan interview2 dari kawan2 yang sempat penulis rakamkan sebelum menamatkan perkhidmatan.

7 ulasan:

Unknown berkata...

tak jemu tgk video 'kawan' tu..sangat touching setiap kali menontonnya..cuma yang tak bestnya muka ku je xde..huhu

cheekongsejuk berkata...

lawak la 2nd video tu.. apa pun dirimu tetap berharga.. hehe.. ko x de.. terpaksa la aku ganti tempat ko tu.. huhu..

Nanie Harris berkata...

Kaff: ko kwn special sgt sbb tu xde dlm video ni...haha

Anor : hehe...saje buat lawak di last2 minit...

en_me berkata...

ganassnyerr.. ehehe

Nanie Harris berkata...

camerawork je yg lebih...import tu...hehe

artakus berkata...

as tokeh kedai said....tak jemu tgk video nih! sedikit 'cuma' (dari dulu lagi)....kenapa la ko letak gambar aku yang eksen semacam tuh! huhuhuhu!

Nanie Harris berkata...

Haha...sbb aksi tu sgt comel dan akan dikenang smpi bila2 tau...aksi tu sbnrnya yg penguat video klip ni...