Apa itu TAG? Name tag? Or apa-apa tag yang lain? Dalam dunia online sekarang ni terdapat pelbagai cara untuk berkongsi maklumat, fail atau gambar dan salah satunya menggunakan TAG. TAG atau tangging ini merupakan kaedah memberitahu atau menandakan sesuatu samada gambar, nota atau maklumat dengan seseorang yang kita kenali.
Apakah kelebihan TAG? Ia memudahkan kita berkongsi dengan seseorang sesuatu info tanpa perlu memberitahu melalui SMS, mulut atau emel dengan secara langsung. Ini kerana jika kita TAG seseorang itu, mereka akan mendapat pemberitahuan melalui emel atau sebagainya. Satu kaedah yang sangat mudah.
Tapi apa pula kelemahannya? TAG kadangkala sangat 'annoying' sebab ada antara mereka yang TAG perkara-perkara yang tidak berkenaan langsung dengan diri anda. Bukan satu bukan dua tapi beribu-ribu akan membuatkan mailbox kita dipenuhi dengan 'notification'. Ini sangat menyusahkan pengguna untuk membuang emel-emel tersebut.
Jika di blog, selalunya ada kawan-kawan yang suka membuat soalan atau anugerah dan mereka akan TAG kawan-kawan yang lain untuk membuat perkara yang sama. Perkara ini kadangkala menyeronokkan anda tetapi jika terlalu banyak TAG yang perlu dibuat, ia seperti membebankan pula rakan anda untuk membuatnya.
Jika di Facebook pula, gambar-gambar yang di TAG kadangkala mengimbas memori anda dengan terpaparnya gambar-gambar lama di simpanan kawan-kawan namun jika gambar yang di TAG tersebut tidak berkenaan dengan kita seperti politik & lucah, komen-komen yang banyak dari pengguna lain akan menyesakkan lagi mailbox anda.
Rumusannya, TAG atau tagging ini ada baik & buruknya bergantung kepada pengguna yang menggunakannya. Bila anda menggunakan tagging, pastikan ia berkenaan dengan kawan-kawan anda dan tidak akan membebankan mereka. Gunakanlah teknologi yang ada dengan sebaiknya. Apa pula pandangan anda mengenai TAG?
*p/s - penulis banyak betul 'hutang' TAG terutamanya dari Julie, Inda, Fadh dan beberapa kawan-kawan yang lain. Penulis memang tidak sempat untuk menjelaskan hutang tersebut tetapi penulis akan menggantikannya dengan memberikan 5 mata (setiap TAG) untuk kiraan Anugerah Medal Memori Maya untuk tahun 2010. Ingat janji penulis ni...
2 ulasan:
dpt 5 mate pun oke... heheheh..
hehe.. setuju la ngan ko..
Catat Ulasan