Itu adalah perkataan yang selalu diperkatakan oleh penulis sejak akhir-akhir ini. Apa maksud tersirat dari perkataan tersebut? Banyak perkara yang boleh ditafsirkan melaluinya dan yang pasti ia membawa ke satu maksud kebaikan. Pakar-pakar motivasi banyak menyebut, kita perlu positif dalam semua perkara agar hasilnya juga akan positif. Bagi penulis ada benarnya tentang ungkapan itu dan ia telah dijadikan amalan sejak penulis banyak membaca, mendengar & mengikuti info-info mengenai kejayaan.
Hidup ini selalu diuji dengan pelbagai dugaan dan masalah. Adakah dengan adanya sifat positif ini dapat membantu untuk mengatasinya. Pada pandangan peribadi penulis, jawapannya adalah YA! Kita tidak perlu mudah putus asa, mengambil ia sebagai terlalu sukar dan tidak boleh dilalui. Tanamkan sifat positif yang setiap masalah itu dapat diselesaikan mungkin bukan serta merta tetapi mengambil masa. Kadangkala kita juga perlu positif yang setiap dugaan itu pasti mempunyai hikmahnya tersendiri.
Pandangan penulis lagi, dalam kehidupan ini kita harus tidak mudah mengikut telunjuk orang lain (negatif), mesti mempunyai satu pegangan atau prinsip tersendiri. Jangan menganggu kehidupan orang lain atau hasad dengki (negatif), menerima teguran orang dan jangan mementingkan diri sendiri (negatif), sentiasa memaaf dan tidak berdendam (negatif). Jika terlalu banyak sifat negatif dalam diri, sudah tentu hasilnya juga akan membawa keburukan.
Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama menanamkan sifat positif dalam diri. Contohnya sudah jelas iaitu Nabi Muhammad SAW kita sendiri yang penuh dengan sifat positif. Lihatlah betapa ia memberikan hasil yang sangat baik. Fikirkanlah yang anda adalah 'seseorang' (somebody) yang boleh berjaya di dunia & akhirat. Pesanan ini adalah untuk diri sendiri & semua pembaca sekalian.
1 ulasan:
Terima kasih, Haris.. Artikle ini amat membantu saya untuk muhasabah diri.. Seterusnya lebih bersikap hanya yang positif sahaja dalam menongkah arus perdana abad ini.. Syukrun ya akhi..
Catat Ulasan