Jumaat, 11 September 2009

Pahit Getir Untuk Berjaya...

Semua orang impikan kejayaan & kekayaan...(sekadar gambar hiasan)

Kejayaan adalah impian setiap insan. Siapa yang tidak inginkan kejayaan? Namun kejayaan itu tidaklah semudah menekan suis lampu. Sekali tekan, lampu terus menyala. Dalam ingin mencapai kejayaan, pelbagai usaha & pengorbanan diperlukan.

Setiap kehidupan adalah seperti kita memanjat tangga untuk sampai ke puncak kejayaan. Semakin tinggi kita naik, semakin tinggi risiko kita untuk jatuh. Semakin tinggi kedudukan kita, semakin dasyat impak jika kita jatuh menyembah bumi.

Kadangkala, kita baru sahaja berada ditengah tangga. Dah ada orang dibawah menarik-narik kaki kita. Belum pun sampai kemana, kita sudah mempunyai musuh yang ingin menjatuhkan kita. Jika kita sudah sampai ke puncak, bagaimana pula halangannya?


Kenapa orang kita selalu cemburu dengan bangsa mereka sendiri? (Sekadar gambar hiasan)

Hari ini sudah masuk minggu terakhir kita berpuasa, cepat sungguh masa berlalu. Hari berganti hari, tahun berganti tahun, adakah kita sudah mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup? Tanya diri sendiri. Nukilan di atas adalah tulisan penulis sendiri secara spontan apabila terkenangkan yang penulis masih belum mencapai kejayaan dalam hidup buat masa ini.

Pengalaman penulis, sudah banyak pahit getir yang telah dilalui sejak beberapa tahun ini. Setelah berkeluarga & mempunyai kerjaya, penulis telah berusaha pelbagai cara untuk memajukan diri. Ramai rakan-rakan mengatakan yang penulis sudah berjaya terutamanya dalam bisnes fotografi. Malangnya penulis tidak merasakan begitu kerana perjalanan ini masih jauh.

Sesungguhnya taraf hidup masa kini sangat tinggi. Lebih-lebih lagi apabila tinggal dibandar besar. Dengan kerja yang sediada, belum tentu dapat menjamin kehidupan yang sempurna. Usaha-usaha lain seperti perniagaan adalah salah satu cara yang boleh kita buat untuk menjadi nilai tambah pendapatan kita. Itu adalah salah satu cabaran yang perlu ditangani oleh 'segelintir' masyarakat kita.

Dalam kehidupan seharian penulis pula, pelbagai jenis manusia yang ada disekeliling. Ada yang betul-betul jujur, ada yang tikam dari belakang, ada yang tidak boleh lihat penulis senang, ada yang talam dua muka, ada yang bongkak serta ego dan pelbagai lagi. Untuk melayan karenah manusia sahaja, sudah cukup untuk meletupkan otak yang ada dalam tengkorak kepala ini.

Namun semua itu dugaan dan apa yang diperlukan adalah usaha & pengorbanan kita untuk berubah. Tidak lama lagi, penulis akan membuat satu keputusan yang besar dalam hidup untuk merubah nasib sekeluarga. Satu keputusan yang agak sukar ditelan dan agak sayang untuk dibuang. Untuk berjaya, semestinya kita harus membuat satu PENGORBANAN yang besar. Wallahualam.

3 ulasan:

oldtechie berkata...

Kepada En. Reds, memang betul hidup ini harus tabah, tambah lagi pada bulan yang mulia ini. Apa-apa keputusan yang En. Reds ambil, kawan-kawan menangis En. Reds tetap sokong dari belakang, bukan tikan belakang ye.... :D

P/S: Minta maaf tak dapat stay jamuan buka nahamphoto, terpaksa balik awal atas 'alasan-alasan tertentu'. Anyway, it was a nice break fast, tq all!!!

fiza berkata...

kehidupan ni ibarat roda.ada kala di atas ada kala di bawah.setiap putaran mpunyai halangan dn rintangn yg perlu ditempuhi samada manis atau pahit.percayalh ape jua dugaan yg datang itu adlh ujian dri-NYA sebagai tanda DIA myayangi kite.berani dn yakinlh pd kemampuan diri sndri.Selamat myambut kedatangan syawal.

Tanpa Nama berkata...

slamat hari raya utk Haris n family... semoga terus berjaya n doakan aku berjaya gak...hahaha