Khamis, 17 September 2009

Selamat Beraya Semua...


Setelah hampir sebulan berpuasa, kini akan tiba hari yang bahagia dimana kita akan berkumpul bersama sanak-saudara, bermaaf-maafan serta kunjung-mengunjungi. Di kesempatan ini, penulis ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini, kawan-kawan, saudara-mara serta sesiapa sahaja yang mengenali diri penulis.

Penulis juga ingin memohon maaf zahir & batin sekiranya selama ini penulisan blog ini ada menyinggung mana-mana pihak atau perbuatan, perkataan penulis ada salah silapnya. Maafkan penulis. Semoga hari raya tahun ini akan menjadi hari yang sangat bahagia kepada semua. Kepada yang memandu, harap berhati-hati supaya selamat sampai ke destinasi yang hendak ditujui.

Jika berkesempatan, datanglah beraya dikampung penulis di Endau, Johor kerana penulis akan beraya disana selama seminggu. Jemputlah datang agar hubungan kita akan lebih erat dan mesra. Akhir kata, semoga semua pembaca blog Mencipta Memori ini akan terus ceria di hari raya. Teruskan berblogging untuk masa-masa akan datang! Tunggu entry gambar-gambar raya pula...

4 ulasan:

mass_nieza berkata...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin...
Nk duit rayer....hehehe

Hapi berkata...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Rosli berkata...

Salam Lebaran bro...hapry2 di hari raya...

oldtechie berkata...

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin pada En. Reds dan keluarga, semoga En. Reds sihat selalu dan selalu dalam ketenangan dan kebahagiaan, Amin.....

P/S: Projek terbaru saya dh 98% siap. Sila layari http://kij.edu.my, Sekian.....