Selasa, 9 Jun 2009

sePAH ANGkara sukan : PESAYA X-tream

Sudah seminggu penulis meninggalkan Johor Bahru untuk menyertai PESAYA di Kuantan, Pahang. Selepas itu sibuk pula dengan tugas sebagai jurugambar perkahwinan. Belum sempat untuk menyiapkan editing gambar, kini tiba pula Program Bersama Media di Mersing. Kereta pula rosak agak kritikal. Rasa hidup ini agak kelam kabut sedikit bulan ini tetapi alhamdulillah masih boleh diuruskan.

Penulis sedang berehat dibilik penginapan di Kolej Professional Mara, Indera Mahkota

Walaupun jadual harian agak berserabut dan bersepah, namun sempat juga penulis mencuri ruang untuk membuat sedikit rumusan ketika berada di Kuantan selama lebih kurang seminggu itu. Apa yang dapat penulis katakan, PESAYA kali ini sedikit mengecewakan dari yang lepas. Walaupun dari segi penganjurannya agak baik namun dari segi teknikal & pengadilan, nampak memang dikuasai oleh tuan rumah.

Memberikan sokongan ketika separuh akhir bolasepak antara Johor & Sabah

Bergambar dengan Amoy Negeri Sembilan yang hebat dalam permainan Badminton

Jika dilihat kembali objektif PESAYA atau apa-apa kejohanan sukan, semangat kesukanan & muhibbah antara atlit adalah yang utama. Mungkin tuan rumah agak 'obses' untuk mencapai kemenangan sehingga terlupa akan perkara tersebut. Kontinjen dari negeri lain tidak berpuas hati dengan cara tuan rumah ini sehingga ada yang melabelkan sebagai 'kaki protes' kerana kerap membuat protes ketika mereka bertemu dengan Yayasan negeri yang lain.

Blogger Johor bertemu blogger dari Sabah iaitu Seri Inai. Ini barulah dinamakan muhibbah, come on Pahang!

Pesta sukan itu diburukkan lagi dengan isu pergaduhan dalam beberapa acara sukan. Ini termasuklah dalam acara final bola tampar lelaki apabila seorang atlit Pahang telah ditumbuk oleh atlit dari Kelantan. Lebih hangat lagi adalah peristiwa di final futsal wanita yang menemukan Pahang & Johor dimana ramai penyokong naik angin dengan tindakan pengadil & pegawai teknikal yang seolah-olah bermain dengan psikologi.

Bersama Kak Melati dari Sarawak yang kami gelarkan Olahragawati PESAYA

Walaupun Pahang berjaya menjadi juara keseluruhan dalam pesta sukan tersebut namun bagi penulis kemenangan itu tidak bermakna kerana isu pengadilan & teknikal tersebut. Ini dikuatkan lagi dengan peristiwa di'boo' oleh yayasan negeri yang lain apabila tuan rumah diumumkan juara pada malam terakhir (dinner). Walaupun tindakan 'boo' itu tidak berapa baik, namun ia menggambarkan berapa kecewanya kontinjen yang lain terhadap tuan rumah.

Bergambar dengan maskot PESAYA, Ivory

Rumusannya, penganjuran Pahang tidaklah seburuk mana. Penginapan yang baik, tempat kejohanan yang strategik, pemurah dengan cenderahatinya. Namun tuan rumah perlu melihat dari aspek yang lebih mendalam dan dekat dihati setiap atlit, iaitu semangat kesukanan dan muhibbah antara staf. Seperti yang selalu penulis katakan, menang atau kalah itu bukan ukuran, apa yang penting adalah objektif yang ingin dicapai.

Anda boleh melihat keputusan, statistik, gambar & rentetan PESAYA DISINI.

7 ulasan:

Anipah Ahmad berkata...

Sy tetap bersetuju dgn pandangan cik reds di entry ini wlpn sebelum ni sy ada menyatakan sikap ketidaksopanan kontinjen dari pelbagai negeri dengan perbuatan mengeboo kontinjen pahang pada malam dinner. Namun sudut pandangan setiap individu adalah berbeza mengikut sesuatu sudut situasi. Kontinjen ahang terlalu obses utk menang hingga mengetepikan semangat kesukanan dgn menggunakan 'pengaruh' status tuan rumah. Namun dari sudut layanan sbg tuan rumah, mereka harus dipuji. Ni pendapat sy yg marhaen. Adiossss cik reds.

Jek berkata...

Aku suka Pahang hehe.. , kerana bagi banyak kenangan manis, tempat tinggal yang selesa, goodies yang boleh dipakai sampai sekarang, dan macam-macam lagi.

Cuma kesilapan dan mutu pengadilan menjadikan mereka tersisih dan terpaksa menghadapi tindakbalas negeri negeri lain .. Kesian sungguh.

Namun begitu, hidup pahang.. hidup johor, hidup semua negeri lain di malaysia.. maju sukan untuk negara..

fiza berkata...

betollh ris....disebabkn nk menang sgt tulah padah nyer...pe2 pn memang bestlh...pelbagai ragam n karenah bleh kite perhatikan....kengkadang perangai cam budak2 pn ade walhal kite semua nie dh dewasa...hehehehehe

artakus berkata...

tapi best gak ada gadoh² tuh! sikit lagi nak panggil FRU! :p

Unknown berkata...

apapun yang berlaku kat pahang tu semuanya adalah kenangan hebat yang tiada galang gantinya..

s3ri inai berkata...

so far, saya x anggap ada kecacatan dalam pesaya kali ni.... pasal boo plak, x nak komen la... harap benda ni x terjadi lagik...hehhe....hidupkan semangat sukan antara kita yer....

Nanie Harris berkata...

Tq semua yg memberi pndpt. Stiap org mmg lain pandangannya...ada yg kata baik, ada yg kata sebaliknya...namun pokok x kan bergoyang jika angin x lalu...Wallahualam