Jumaat, 19 Jun 2009

Masalah Kereta Lagi...


Rasanya kalau dikumpulkan resit-resit membaiki kereta penulis, mungkin jumlahnya boleh digunakan untuk deposit kereta baru. Itulah hakikatnya kalau guna kereta lama (2nd hand), memang risiko untuk membaikinya selalu ada. Sebelum ini penulis belum pernah menceritakan tentang kereta Proton Iswara merah penulis yang selalu mengalami kerosakan. Tetapi kerosakan yang dialami bukanlah kerosakan yang berulang, bermakna sedikit demi sedikit perkakasan kereta penulis telah diganti dengan yang baru.

Baru-baru ini kereta telah berdengung dengan kuat yang penulis rasakan ia berpunca daripada bearing tayar. Disebabkan kesibukan mengambil gambar pengantin & PESAYA tempohari, penulis telah menggunakan kereta abah penulis ke Kuantan dan kereta penulis diserahkan kepada adik ipar untuk dibaiki. Setelah diperiksa katanya bearing bukan masalahnya tetapi crankshaft sebelah kanan. Berikut merupakan barang-barang yang ditukar/ dibaiki;

1. Crankshaf (kanan) : RM120
1. Crankshaf (kiri) RM60
2. Host besi : RM40 [bocor sampai air kering]
3. Oil Filter : RM 5 [sebab semput]
4. Spark Plug : RM25 [sebab semput]
5. Electronic Distributor (2nd hand) : RM50 [ditukar drpd paternam ke elektronik]
Upah : RM60

JUMLAH : RM360


Penulis agak kecewa kerana kerosakan distributor sebelum ini (sampai beberapa orang tersadai ditepi jalan dimalam hari), rupanya telah ditukar ke paternam 2nd hand yang akhirnya menyemputkan kereta. Rasa kecewa juga kerana bengkel yang membaiki sebelum ini adalah bengkel rakan yang selalu dicari jika kereta mengalami kerosakan. Terasa sedikit tertipu kerana distributor itu telah dibeli dengan harga RM200 sedangkan yang elektronik 2nd hand hanya RM50.

Sekarang kereta penulis agak OK walaupun ada juga sedikit bunyi dengung yang penulis rasakan memang berpunca daripada bearing tayar. Setelah diperbaiki, ada pula kesan-kesan sampingan lain seperti central lock tidak berfingsi & lampu meter tidak menyala. Mungkin dilain masa barulah boleh diperbaiki. Nampaknya selepas ini penulis perlu bekerja keras lagi agar dapat memenuhi impian membeli kereta baru. Tapi lambat lagi rasanya, doa-doakanlah...

Dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada Julie kerana memberi award kepada blog penulis. Julie merupakan rakan sekolah penulis di SMKUH (1997). Award tu telah penulis letakkan di ruangan "Anugerah" disebelah kanan blog ini. Nak bagi siapa pulak award ni? Haa....


Task 1:Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.


Task 2:Pass the award to 7 other blogs . Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

Correction: Is it okey if I pass this award just to 2 or 3 bloggers? Bolehlah...

So I pass this award to:

Julia Madu Goncang
Yaya
Ita

5 ulasan:

♥HANA♥ berkata...

erm.... baru je plan nak beli kereta 2nd hand.. risau gak ni..
;p

oldtechie berkata...

Saya tahu bengkel yg En. Reds tukar distributor dulu! Saya dh tk pergi dah ke situ kerana bukan saya kena tipu sekali, tapi TIGA kali, so saya harap En. Reds tk gi kesitu lagi, kereta second hand ok kalau kita pandai cari bengkel yg baik serta byk benda maintanence yg simple kita cuba buat sendiri. Anyway terima kasih kerana Anugerah yg diberikan kepada student2 praktikal saya, harap2 mereka menghargainya! Harapan juga saya pada En. Reds supaya tidak jemu2 menyebarkan ilmu IT kepada semua warga KPYPJ, Johor dan kalau boleh seluruh dunia, Amin.....

Anipah Ahmad berkata...

byknya cost cik red's kuarkan RM utk baiki kereta. Harap2 la JGU tak buat hal. Tp kan...harga spark plug tu mahal la. Sy beli kat kedai spare part baru RM16 jerk.

cheekongsejuk berkata...

gara2 husband terlanggar bucu bas kilang; bln lepas kalau x silap, ada masalah kat bearing tayar macam masalah reds.. U all ok lagi dgn kos tu. Tp kalau anor di tempat u all pun rasa beban jugak. Anor pulak memang kene hantar kat toyota service centre. Spare part yang nak kena tukar jer dah RM400++, lom masuk labour charge..Total lebih kurang RM800++. Dah menyamai bayaran bulanan pulak.. pening kepala. Tapi nak buat cammana.. Dah mmg sayangkan enjin & kete.. Kene commit la dgn servis kt toyota & guna spare part nya yg genuine la sgt tu. Mcm mana pun berbaloi la prestasi kete dgn duit yg dah kuar. Tp bengkok juga ni.. Harap sebelum hujung tahun ni dapat la anor buat full settlement kat jhv789 ni. lega skit kalau dah x de hutang.

Aidil Fahrain Photography berkata...

BRO... kalo sy tukar keta baru jer tade-in. dr tiap bulan tak abis2 repair keta tu... nisbahnya same jerk...