Khamis, 23 April 2009

Na'wa Belajar Mengaji!

Malam ini merupakan hari pertama Na'wa belajar mengaji. Walaupun agak malu, terpinga-pinga & degil pada permulaan, akhirnya dia dapat menerima untuk belajar. Katanya nanti dia hendak mengaji dengan Uncle Kafi (sebenarnya emak kafi yang mengajar kanak-kanak mengaji) yang dia nampak semasa penulis singgah dirumah kaff minggu yang lepas.

Kepada pembaca yang lain, anda tentu teringat dengan siapa dan bagaimana anda mula-mula belajar mengaji dahulu. Penulis sendiri pernah mengayuh basikal lebih kurang 3 km bersama Kakak untuk belajar mengaji semasa di sekolah rendah. Walaupun sedikit 'bebal' (kerana kenakalan yang terlampau), namun pembelajaran itu tetap menjadi titik permulaan mengenali Al-Quran.

Pada zaman ini, bagaimanakah kesedaran ibu-bapa dalam mendidik anak-anak dalam membudayakan Al-Quran? Jika di Johor, mungkin kesedaran masih kuat dengan adanya sekolah agama dan program-program kerajaan negeri. Namun, jika anda lihat sekeliling anda, berapa ramai orang yang boleh mengajar anak-anak kita mengaji dirumah ataupun disurau? Boleh dikira dengan jari.

*p/s-bertuah dapat berkawan dengan En. Kaff sebab ibunya boleh mengajar anak-anak mengaji.

3 ulasan:

Syafik berkata...

Dulu, masa saya kecil. Saya mula2 belajar Iqra' dengan ibu saya. Pengajarannya mudah. Muqaddam dan juga penampar. Silap baca, tampar. Silap baca, tampar. Haha. Ada baiknya juga. Kalau tak, mungkin saya juga bebal orangnya.:)

AyAres151 berkata...

kat kelantan takde sekolah agama mcm kat johor...

tp rata2 budak2 di kelantan.. akan di paksa mengaji oleh family..jadi kat kampong2.. mostly ada guru mengaji..dan petang2 atau malam..akan berderet budak2 gi ngaji umah guru quran...

KENANGAN mengaji mmg indah...

ayu berkata...

Dulu masa kecik, mak saya yang banyak ajar ngaji. Dia juga ajar anak-anak jiran. Bila saya da khatam, kena tolong mak ajar pulak budak baca muqadham. Sekarang anak saya, saya la ajor. gilir-gilir dengan husband. Kalau nak ajar anak biar la dari kecil.