Disini penulis ingin memberikan sedikit tips kepada anda semua yang bercadang/ merancang mengikuti rombongan menaiki bas. Semoga dapat memberikan info yang berguna kepada anda.
1) JANGAN datang lambat sebelum bas anda datang.
Orang kata biar kita tunggu bas, jangan bas yang tunggu kita.
2) JANGAN bawa beg yang terlalu banyak.
Ada orang yang ingin pergi rombongan 3 hari tetapi bawa beg seperti ingin naik haji. Minimakan penggunaan beg anda. Lebih baik anda menggunakan 1 hingga 2 beg sahaja kerana jika lebih, anda akan menyusahkan rakan-rakan anda untuk mengangkatnya.
3) JANGAN makan macam-macam benda sebelum menaiki bas.
Anda dinasihatkan jangan makan pelbagai jenis makanan sebelum menaiki bas. Dikhuatiri perut anda akan meragam dan perlu ke bilik air beberapa kali. Ini akan melambatkan masa perjalanan rombongan anda kerana terlalu kerap berhenti di Petronas atau R&R.
4) JANGAN duduk dibahagian tayar belakang jika anda seorang pemabuk.
Jika anda seorang pemabuk, dinasihatkan duduk dibahagian depan kerana jika duduk dibelakang, alunan ombak begitu kuat dan membuatkan anda akan mual dan pening kepala. Mungkin sampai 2-3 hari pandangan anda akan bergelombang.
5) JANGAN bersiap/ bersolek terlalu lama.
Jika anda berehat untuk mandi atau tukar baju, jangan mengambil masa yang lama untuk bersolek & bersiap. Ini kerana anda akan naik bas bukannya berjalan di atas 'red carpet'. Rakan-rakan rombongan anda akan tertunggu-tunggu didalam bas.
6) JANGAN pandai-pandai menjadi tourist guide jika anda kurang mahir dengan sesuatu jalan.
Lebih baik anda duduk diam sahaja ditempat duduk anda kerana itu lebih baik. Takut salah jalan lagi haru. Serahkan sahaja kepada driver bas. Pandai-pandailah dia.
7) JANGAN banyak mulut mengumpat, bergossip atau buat bising.
Ini kerana ia akan mengganggu rakan-rakan anda yang lain memandangkan ruang yang terhad. Mungkin ada yang sedang tidur, ada yang sukakan ketenangan dan ada juga 'kaki report' yang akan melaporkan gossip yang anda bawa apabila dia pulang nanti.
8) JANGAN tinggal/ tertinggal barang-barang anda di tempat penginapan/ persinggahan.
Apabila ini terjadi, masa rombongan anda telah dibazirkan dengan berpatah balik untuk mengambil barang berharga anda itu. Mesti rakan-rakan yang lain akan bosan. Oleh itu jaga baik-baik barang anda atau jangan bawa turun langsung (macam penulis)
9) JANGAN membeli-belah terlalu banyak.
Ini kerana anda akan memberatkan bas dan menyempitkan ruang didalam bas. Beli barang dengan kuantiti yang berpada supaya anda dan rakan-rakan yang lain selesa. Jika anda ingin bershopping sakan juga, sila tempah flight untuk balik.
10) JANGAN pandai-pandai cadangkan tempat makan yang (macam) bagus.
Ini yang penulis paling tidak pandai sekali. Apabila anda bersama dengan ramai orang, jadi selera pun macam-macam. Ada manusia yang tahap merasanya ada 7 level (x sedap, sedap, sangat sedap, sedap bangat, extreme sedap & ntah apa-apa lagi), jadi jika anda rasa kedai yang anda pilih itu sedap, fikirkan lidah orang lain tidak sama dengan anda. Macam-macam rungutan yang akan kedengaran nanti...
Rumusannya, dalam apa juga yang anda lakukan, pada penulis KESEDERHANAAN adalah yang paling baik.

5 ulasan:
thanx!! tips yang bagus.... ;) last trip saye naik bas mase pegi pangkor... pasni boleh buat panduan... ;)
Bergambar sambil berposing maut di dalam bas boleh tak?
Macam pengalaman naik bas pergi Terengganu je?! Yang pening tu Tuan blog ni ke? Kecian.....
Nak berposing tu boleh tp cover2lah skit takut terkena muka org...
Sbnrnya mmg ada antaranya pengalaman masa gi terengganu tempohari..sekadar buat panduan kpd yg lain...
Bro, nampaknya berat sungguh bebanan yang ditanggung hinggakan sedemikian rupa luahan hatinya. Kepada sesiapa yang termakan cili tu, ingat2lah. Jangan sampai orang halau kita keluar daripada bas sudahlah. Nampak sangat kita ni "tak reti bahasa"!
Catat Ulasan