Khamis, 19 Mac 2009

Nike Ardilla: 14 Tahun Pemergiannya, Al-Fatihah...

Pada awal 90an, seorang penyanyi muda telah menjadi sebutan dalam arena seni suara di Indonesia & Malaysia. Bakat beliau sangat dikagumi oleh peminat bukan sahaja pada suaranya malah bakatnya dalam bidang perfileman. Namun ketika kariernya berada pada landasan yang terbaik, Tuhan lebih menyayangi beliau dan menjemputnya pada usia yang muda. Beliau telah kembali kerahmatullah pada 19 Mac 1995 dalam usia tidak sampai 20 tahun.

Beliau telah terlibat dalam kemalangan yang telah meragut nyawanya. Banyak spekulasi yang mengatakan beliau mabuk ketika memandu. Namun ia sekadar anggapan negatif manusia yang mungkin cemburu dengan kejayaannya. Post-motem tidak menjumpai bahan alkohol dalam tubuh beliau malah rakan beliau Sofiatun yang terselamat dalam kemalangan tersebut adalah bukti utama, dan dia mengatakan minuman terakhir arwah adalah orange jus.

Keratan akbar yang penulis simpan

Beliau telah lahir pada 27 Disember 1975 di Bandung Indonesia. Bakatnya telah dikesan oleh Deddy Dores dan memulakan kariernya pada tahun 1987. Album-album beliau telah mencapai angka yang sangat cemerlang & merupakan fenomena ketika itu (lebih hebat dari fenomena Mawi). Angka jutaan jualan album adalah angka yang selalu dihasilkan oleh beliau dan kebanyakkan telah menjadi "best seller".

Begitulah hebatnya beliau dalam bidang seni. Seorang penyanyi yang penulis sangat minati semasa zaman persekolahan dahulu. Lagu-lagu seperti 'Bintang Kehidupan', Ku Takkan Bersuara', Duri Terlindung' & 'Sandiwara Cinta' masih boleh diingati lagi. Penulis juga ada memiliki album Duri Terlindung dimana ia dikeluarkan di Malaysia oleh Saari Amri. Kini, hanya lagunya dapat didengari sama seperti Allahyarham P.Ramlee & Sudirman.


Klip video 'Duri Terlindung', antara lagu kegemaran & potongan rambut pendeknya yang penulis paling minati.

Apa yang tidak disangka, pemergiannya telah menjadikan beliau seperti lagenda agung. Kematiannya telah menaikkan lagi namanya dan orang lain terus membicarakan tentangnya. Sehingga ada yang menggelarkan pemergian beliau sebagai "In Dead She Soared". Saban tahun, peminat-peminat seluruh Indonesia & Malaysia terus memperingati dan memberikan penghormatan kepada beliau sebagai seorang penghibur yang sejati.

Beliau juga tidak melupakan mereka yang dalam kesusahan. Beliau telah mewujudkan satu Yayasan untuk anak-anak kurang upaya. Tidak hairanlah jika ramai yang tidak dapat melupakan beliau, ini adalah kerana hatinya yang sangat tulus telah menambat hati banyak pihak. Ada beberapa quote yang sangat dikagumi oleh penulis yang ditemui dalam laman friendster peminat beliau;

"Sebenarnya, besar tidaknya seorang bintang akan mendapatkan ujian yg paling nyata dalam bentuk kenangan abadi yang mampu menembus batas-batas sejarah.
NIKE ARDILLA membuktikannya!" (quote Silet, RCTI.2005)


"Rasanyabelum pernah ada kejadian yang begitu ramai dibicarakan orang, selain peristiwa meninggalnya Nike Ardilla. Ia dibicarakan di kalangan politisi, budawayawan, dan masyarakat awam."
(Acil "BIMBO")


"Artis yang meninggal lantas mewariskan sesuatu, menurut saya, tidak penting dibahas.Yang jelas kalau tindakannya mewariskan sekolah atau yayasan untuk umum, itu patut kita hargai. Karena belum tentu kalau kaya dan ternama kita terpikir untuk itu"
(Sartono Mukadis, Psikolog)


"Kematian Nike perlu dijadikan titik refleksi. Secaramoral dan kemanusiaan, kehilangan seorang Nike Ratnadilla yang muda belia, baik hati dan berjiwa sosial, itu lebih besar daripada kehilangan dunia musik rock akibat kepergiannya"
(Dr. Julia I. Suryakusuma, Psikolog)

Antara laman-laman web peminat NIKE ARDILLA boleh dilihat DISINI & DISINI.

Sesungguhnya hanya pergi itu tidak akan kembali. Namun apabila seseorang itu pergi meninggalkan banyak kebaikan, tidak mungkin orang akan mudah untuk melupakan orang tersebut. Penulis secara peribadi ingin mengucapkan TAKZIAH untuk keluarga beliau dan semua peminat yang masih mengingati beliau. Pada hari ini, carian dalam google atau yahoo, mesti tidak akan lepas ditaip nama NIKE ARDILLA...


* Al-Fatihah juga untuk arwah-arwah keluarga terdekat penulis : Mak Busu (1990), Tok Bak (1992), Mak Tok (1995), Tok Ayah (1998) dan Pak Ngah (2005).

2 ulasan:

Unknown berkata...

wow..peminat nike ardilla rupanya..info seni yang best!

Unknown berkata...

ese tak sompek konal Nike Ardila..tp masa eksiden tu ese dongar2 jugak berita..
dan suka gak lagu dia dulu2..