Rabu, 4 Mac 2009

Malam Berinai Luar Biasa

Pada majlis perkahwinan Angah di Kuala Lumpur tempohari, penulis telah mendapat idea membuat satu sesi malam berinai bersama-sama sepupu-sepupu penulis. Namun sesi bergambar ini tidak menggunakan pengantin & pakaian dari mak andam, malah hanya menggunakan model cilik & props yang ada disekeliling sahaja. Entry kali ini agak santai sedikit, namun masih tidak boleh menandingi BLOG SANTAI. Saksikan hasil kerja penulis dalam sesi tersebut. Enjoy!

Posing ini dinamakan 'Pengantin & Papan Tanda'. Ini bermaksud pihak pengantin tidak dapat mencari orang yang boleh bertanggungjawab menjaga parking semasa majlisnya. Oleh sebab itu dia sendiri terpaksa melakukan tugas tersebut.

Dengan sedikit 'modifikasi' pada topi penulis, maka posing ini telah dicipta. Walaupun tidak nampak pergerakkannya namun anda dapat mengagak apakah motif pose ini. Posing ini pula dinamakan 'Ada Jirat Di Sebelah Rumahku'.

Anda tidak memerlukan payung yang cantik atau kipas dari mak andam, payung ini pun sudah cukup untuk membuat pose yang menarik. Posing ini dinamakan 'Pelamin Angan Ku Banjir'.

Pose yang berikutnya ini juga agak unik. Dengan hanya menggunakan medal yang ada dalam rumah anda, anda boleh melakukannya. Posing ini penulis namakan 'Pelamin Ku Pordium Ku Juga'

Seterusnya posing yang agak ngeri yang dinamakan 'Pengantin Menjerit' (jangan double meaning pula!). Walaupun nampak seperti bahaya namun pose ini dapat membawa mesej iaitu ikat tali topi keledar anda.

Pose yang terakhir ini penulis jamin tiada seorang jurugambar pun yang pernah mengarahkan pose ini. Ini adalah 100% idea fresh dari penulis. Posing ini dinamakan 'Mahal Beli Rumah, Main Pondok-Pondok Jer'.

Model-model diatas diperagakan oleh Adik Omar & Adik Nazrul (kedua-duanya sepupu penulis). Sebenarnya banyak lagi pose-pose yang menarik namun tidak dapat dipaparkan atas sebab-sebab keselamatan. :)

Dari kiri : Penulis, Omar, Cepot, Udie, Kopis, Kakak & Suaminya antara penyumbang-penyumbang idea untuk Malam Berinai Luar Biasa' ini. Semoga dapat berjumpa lagi!

6 ulasan:

cheekongsejuk berkata...

suka lah.. idea yg hebat!

Tanpa Nama berkata...

ok gaks posing cm tu haris...bayangkan kalu pengantin yg posing cm tu...haru biru gaks hehehehe.....

Inda berkata...

hahahaha... kelakar2!! hehehehe.... sportingnye bebudak tu posing.... ;)

Norazman Md Noh berkata...

Mantap persembahan abg ngah, kaedah ni boleh di gunapakai dan promosikan dimajlis muni pulak bulan nam ni... Mana lagi sepupu-sepapat kita yang lain, tak ramai ke yang ada masa tu...???

Walaubagaimanapun, abglong tetap sedih tak dapat nak menghadiri majlis tersebut...

Gambar pengantin baru tak ader, pengantin (kakak & hubby nyer) lama pun jadilah yer...

Apapun, selamat berbahagia buat angah... (kalau angah baca lah...)

artakus berkata...

hahahaha....aku suka yang last tuh! tajuknya mcm ayat² mak cik sporting! :p

Nanie Harris berkata...

Ya...sepupu2 penulis mmg sporting...
Kalau pengantin yg buat pose2 ni mmg haru tul...hehe

Abg Long: sepupu2 yg lain ramai x dtg...ada yg sekolah, ada yg keje dan ada yg x ikut familynya...