Jika pada November lepas, penulis tidak dapat menghadiri perkahwinan sepupu iaitu Mawarni, bulan ini penulis menunaikan janji dan berpeluang bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan adiknya, Mahirah atau lebih dikenali dengan 'Angah'. Angah merupakan anak kedua Pak Teh penulis dan telah disatukan dengan pasangan pilihan beliau pada 1 Mac tempohari.
Walaupun hanya masa yang singkat, penulis berpeluang berjumpa dengan sepupu-sepupu & saudara mara yang hadir pada hari tersebut. Majlis berlangsung dalam cuaca yang panas tetapi sungguh meriah dengan kehadiran para tetamu yang ramai. Untuk perkahwinan seterusnya (Munirah), kalau ada kesempatan Insya Allah akan dikunjungi. Berikut antara gambar suasana majlis.
Gambar-gambar diatas diambil menggunakan kamera Nikon D70 dan penulis BUKAN jurugambar rasmi majlis tersebut. Kepada pengantin diucapkan, selamat pengantin baru & semoga berkekalan hendaknya.
*p/s- posting akan datang, MALAM BERINAI LUAR BIASA...tunggu....
*p/s- posting akan datang, MALAM BERINAI LUAR BIASA...tunggu....
1 ulasan:
Salam,
Kalau angah baca posting ni, abglong mengucapkan selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga ke anak cucu...abglong minta maaf sebab tak dapat hadir kerana maklumlah jauh di seberang laut.
Untuk abg ngah baru jaga angah baik-baik yer....
Untuk abg ngah lama...minta banyakkan lagi gambo atau kalu ada link angah punyer site...nak nengok... mana aksi-aksi sedare-mare kita yang lain...
Thanx to all....
Catat Ulasan