Pada 2 minggu yang lepas, penulis telah membuat promosi KPYPJ di sekolah lama penulis iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin, Endau Johor. Promosi ini adalah sempena keluarnya keputusan SPM pada hari itu. Semua staf KPYPJ telah diarahkan membuat promosi di sekolah-sekolah negeri Johor pada hari itu walaupun jawatan penulis bukannya Pegawai Pemasaran.
Pada hari tersebut, penulis telah melihat banyak perubahan pada sekolah yang penulis telah tinggalkan 12 tahun yang lalu. Terdapat bangunan-bangunan baru serta landskap yang menarik telah dibina. Sudah pastinya apabila kita kembali ke tempat lama yang pernah kita tinggal, banyak nostalgia pahit manis akan bermain difikiran.
Penulis juga sempat berjumpa cikgu-cikgu lama penulis seperti cikgu Rais, cikgu Maznah, cikgu Sarah & cikgu Sharip. Apabila melihat mereka, teringat 'kenakalan' penulis dahulu yang pernah juga dihukum oleh cikgu-cikgu terbabit. Namun semua itulah yang telah membuatkan penulis hidup menjadi insan pada hari ini. Terima kasih cikgu!
Berikut merupakan serba sedikit fakta tentang sekolah lama penulis ini yang diambil DISINI;
Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin yang terletak kira-kira 36km dari Bandar Mersing ditubuhkan pada 10 Januari 1965. Bangunan sekolah ini bermula dengan hanya 2 blok bangunan yang mengadungi 8 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah bilik seni perusahaan dan sebuah bilik sains rumah tangga.
Pada hari ini, SMK Ungku Husin sudah berkembang dan mempunyai 8 blok bangunan. Antara kemudahannya termasuklah pondok jaga, pejabat, bilik mesyuarat, bilik guru, kantin, bilik rawatan pelajar, surau, makmal sains, makmal masakan, bengkel kemahiran hidup, bilik koperasi, makmal komputer, studio seni, perpustakaan, bilik media, dewan besar untuk perhimpunan, padang dan gelanggang sukan.
SMK Ungku Husin pernah memenangi beberapa anugerah peringkat Daerah Mersing iaitu Sekolah Harapan Bahagian Menengah 1991, Sekolah Menengah Cantik Minggu Alam Sekitar 1992, Sekolah Cemerlang SRP 1992 dan Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Menengah 1994 dan 1996. Pada tahun 2002, sekolah ini menerima anugerah Sekolah Cemerlang PMR. Sekolah ini juga terkenal dalam bidang kokurikulum terutamanya dalam bidang sukan bola tampar, ragbi dan bola jaring yang sering berjaya mewakili Daerah Mersing di peringkat MSSJ.
*p/s- Al-Fatihah juga kepada rakan sekolah yang telah kembali kerahmatullah...(Mazlin Bachok, Shahrizal & Adli Jasmi)
3 ulasan:
teringat kembali aku pada geng allahyarham 3 org nih. terkenang detik2 ketika ngan diorang. dan paling aku terasa sgt adalah pemergian Adli Jasmi. Dia adalah antara 3 org member yg paling rapat ngan aku. (Ghazali, Ahmad Shah). terlalu sedih aku ketika sama memandikan jenazahnya. Airmata aku tak tertahan tika itu kerana mengenang kembali saat suka duka kami bersama. Semoga rohnya ini mendapat rahmat dr Allah. Begitu juga dengan rakan sekampung aku Sharizal dan geng2 ketawa Mazlin. Al-Fatihah....
dik,sekarang ni org dok sibuk2 pasal facebook.facebook tu apa?apa bezanya dgn blog?kalau ada masa ceritalah serba sedikit pasal ni.
Ringkasnya...facebook ni adalah laman social cam friendster & myspace juga yg lbh kpd berkenalan & mencari kawan. Aplikasinya disediakan & mudah digunakan oleh pengguna
Blog pula digunakan dgn lebih general dan pengguna juga boleh guna aplikasi yg disediakan cuma ia boleh disetting & configure dgn lbh mendalam seperti coding HTML.
Insya Allah nanti ada maklumat ttg perkara ni...
Catat Ulasan