Khamis, 30 Oktober 2008

Forum Perdana Ehwal Islam Di KIJ Malam Ini!

Gambar yang penulis shoot semasa perbincangan dengan penerbit & semua panel-panel yang terlibat

Ini adalah rakaman ke-2 yang akan disiarkan. Rakaman yang pertama telah disiarkan pada 19 Jun 2008 yang lalu. Rakaman kedua ini akan ditayangkan di RTM 1 pada pukul 9.30 malam ini (30 Oktober 2008). Jangan ketinggalan...

Anjuran bersama : JAKIM, Kerajaan Negeri Johor, RTM & Kumpulan Pendidikan YPJ.
Tempat : Padang Kolej Islam Johor, Johor Bahru Johor
Penaja utama : Bank Kerjasama Rakyat Malaysia

Rabu, 29 Oktober 2008

Perkahwinan Adik Di Kota Tinggi

Hujung minggu yang lepas penulis menghadiri majlis perkahwinan adik di Sungai Mas, Kota Tinggi. Penulis bergerak dari Johor Bahru bersedirian dan singgah di Ulu Tiram untuk bergerak bersama Pokde sekeluarga. Disimpang Sungai Mas, 4 buah kereta dari Endau tiba iaitu kereta Ya sekeluarga dengan Abah, Pakjang sekeluarga dengan Pak Lang, Sara sekeluarga dengan Mak Bah dan akhir sekali Kak Long sekeluarga. Kami semua bergerak pulang ke Endau pada jam 4 petang.



Gambar-gambar yang lain boleh dilihat di blog NahamPhoto.

Isnin, 27 Oktober 2008

Liverpool Top Of The Table!

Malam tadi penulis menonton perlawanan antara dua pendahulu Liga Perdana Inggeris iaitu Chelsea vs Liverpool. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan 1-0 Liverpool di Stamford brigde. Sekali lagi Liverpool mencatat kemenangan tanpa Fernando Torres yang cedera sama seperti mereka menewaskan Manchester United bulan lalu. Kini Liverpool ditahta liga dengan 23 mata dan merupakan kemenangan pertama di Stamfod Brigde dibawah kelolaan Rafael Benitez.

Xabi Alonso diraikan selepas menjaringkan gol kemenangan Liverpool. (gambar dari soccernet.com)

*p/s- Mana penyokong MU? Senyap jer? Jangan marah...

Pemburuan Terbaru!

Sabtu lalu penulis mengisi petrol RM40 di Shell untuk pulang ke Endau. Cashier disitu bertanya, "Encik nak beli kereta?". "Kereta? Apsal tiba-tiba je tanya nak beli kereta?", dalam hati penulis. Rupanya Shell ada promosi menjual model-model kereta James Bond sempena movie terbarunya. Setiap RM40 petrol, model kereta tersebut dibeli dengan harga RM5.50. Nampaknya penyakit untuk mengumpul model kereta bermula kembali setelah 2 kali Shell menawarkan model kereta Ferrarinya.

Sekali balik kampung, boleh dapat 2 biji kereta ni!

Jumaat, 24 Oktober 2008

Special Gift...

Selepas meeting di pejabat pagi tadi, penulis terlihat ada satu bungkusan diatas meja dengan tajuk "28 years OLD Mr. REDS". Kepada pemberi, terima kasih diatas hadiah ini, sangat cantik & sesuai.


Rabu, 22 Oktober 2008

Apabila Bloggers Beraya...

Hari ini 22 Oktober 2008, KPYPJ telah menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri dari pukul 11 pagi hingga 3 petang. Penulis tidak mahu menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai program ini kerana agak letih setelah 3 malam pulang lewat atas urusan kerja. Disini penulis paparkan gambar-gambar Bloggers yang hadir pada majlis tersebut.

Kita mulakan dengan En. Artakus yang sedang menghayati mee bandung. Harap dia tak kesepian hari ini...

En Adiem, makan satay tu tau jangan nak omong-omong kosong jer!

Oh! Mama Cool! Yaa...semestinya orang disekelilingnya merasa cool jer...

Eh! Pn. Annor, kat sini cikong sejuk takde k!

Yeah! En. Kaff, kalau makanan dia mesti ada benda manis semanis gula-gula...

Ni adalah Uncle Bourne, seorang perisik sebab tu identiti terpaksa dirahsiakan.

dan yang last-last minit datang En. Ayares, makanan kat situ tadi mesti akan dikenang sehingga 1001 malam

Untuk gambar-gambar menarik yang lain, perlulah tunggu posting di blog NahamPhoto & laman web KPYPJ tidak lama lagi. "Nak masuk tido dulu! Mengantok!

Selasa, 21 Oktober 2008

Journey To The Rock

Ahad yang lalu, penulis & 2 orang rakan telah beraya ke Batu Pahat. Berikut antara gambar yang penulis shoot guna kamera Canon 350D kaff. Laporan penuh boleh dibaca DISINI.

Beraya disini...

Cuba teka buah apa ni?

Lajunya! macam main drag jer...

Model pada hari tersebut...

Isnin, 20 Oktober 2008

The Making Of "OUATIC"

Ini adalah gambar the making of posting "Once Upon A Time In China" tempohari. Disebabkan kesunyian yang terlampau kerana isteri & anak pulang ke kampung, penulis mengambil keputusan untuk membuat shooting ini.

koleksi model keretaInilah props yang digunakan iaitu pinjam "doll house" Na'wa & model-model kereta penulis.

koleksi model keretaBosan kena tinggal sorang-sorang jadi sambil tengok TV, buat shooting ni...

koleksi model keretaGuna lens Nikkor 50mm 1.8f. Setting hanya guna 2.8f, itupun dan tinggi tahap 'blur'nya.

Lawak Luc...

Satu hari ketika 2 kawan bersiar-siar menaiki kereta, salah seorang bertanya....

Si A: Kenapa kau punya ni pendek?
Si B: Owh...hari tu terpatah...
Si A: Pergh...sampai patah!
Si B: Ha'ah, mula-mula tu tak keluar air, cuba punya cuba sampai patah jadi pendek!
Si A: Ganas seh! :P

(Apa yang kalian fikir ni? Jangan fikir bukan-bukan tahu!)


viper keretaInilah sebenarnya yang patah

Ahad, 19 Oktober 2008

Once Upon A Time In China...

Lebih kurang 9 tahun yang lepas ketika saya menetap di China, saya telah dihadiahkan sebuah kereta Aston Martin Virage oleh seorang rakan baik saya. Sehingga kini saya masih menyimpan kereta tersebut kerana ia merupakan hadiah hari lahir saya ke-19.

koleksi model keretaInilah keretanya dan gambar diambil dihadapan rumah di China.

koleksi model keretaKereta berwarna hijau gelap tetap menawan kalbu.

koleksi model keretaNo pendaftaran saya daftarkan AMQ 1 yang membawa maksud seolah-olah "nama panggilan" seseorang.

koleksi model keretaPandangan dari cermin simpang jalan depan rumah saya.

koleksi model keretaKeadaan kereta ini masih sempurna walaupun sudah berusia 9 tahun.

koleksi model keretaGambar ketika saya mengambil selekoh maut dihadapan rumah saya.

Cerita diatas hanyalah olahan imaginasi penulis sahaja. Sebenarnya saya tujukan posting ini khas kepada AMQ 1 @ AMOI @ Nur Fatin Nabila iaitu kawan karib penulis yang memberikan hadiah model kereta ini 9 tahun yang lepas. Kepada rakan-rakan IKIP lain yang menghadiri majlis kesyukuran penulis tahun 1999 di Kuantan itu, penulis tetap mengingati kalian. Terima kasih kerana datang & memberikan hadiah.

*p/s- posting akan datang, the making of "Once Upon A Time In China".

Khamis, 16 Oktober 2008

Kegemilangan Anime & Kartun Era 80an

Sebelum ini banyak penulis terbaca di email, blog atau forum yang membincangkan topik ini. Tergerak juga didalam hati untuk menulis tentang kartun & anime (dari jepun) kegemaran & kegilaan semasa zaman kanak-kanak dulu. Disini saya senaraikan TOP 10 kartun & anime kegemaran penulis beserta video lagu pembukaan.

10) M.A.S.K

Kartun ini tahun 1985, penulis sangat meminati kenderaan-kenderaan dalam siri tersebut yang unik contohnya motor yang bertukar menjadi heli, kereta yang terbang dan lain-lain. Dulu tak mampu nak beli mainannya jadi buat sendiri dengan benda-benda recycle macam kotak rokok.



9) Flashman

Ini adalah nenek moyang Power Rangers rasanya, antara siri terawal memaparkan 5 orang berhelmet dengan costum berwarna-warni. Selain Flasman terdapat satu lagi siri yang lebih kurang sama iaitu Maskman. Robot Flashman dulu ada simpan tetapi dah hilang entah kemana.



8) Tosho Daimos

Ramai yang mungkin tidak mengingati siri ini. Kartun ini antara yang menariknya ialah robot besar yang terhasil dari kenderaan lori bertrailer. Watak kartunnya pun boleh dikatakan comel. Mainan robot ini masih boleh didapati dipasaran sehingga kini.



7) Saber Rider & The Star Sheriff

Kalau kartun ini, mesti orang ingat lagu intronya yang sedap. Watak-watak dalam siri ini terdiri dari berbilang bangsa seperti British, Perancis dan Jepun. Kartun ini turut mempunyai robot besar yang memakai topi cowboy.



6) The Real Ghostbusters


Siapa yang tidak mengenali kartun ini? Filem live action pun pernah ditayangkan pada tahun 80an. Masa kecil pernah membuat 'ghost detector' menggunakan kotak ding dang, straw, batang paip & penutup botol. Membuatkan diri tersenyum sendiri.



5) Tenage Mutant Ninja Turtle


Kartun ini merupakan kartun paling popular dalam era 80an di US malah seluruh dunia. Ia mula diterbitkan dalam tahun 1987. Filem animated pun pernah disiarkan 1-2 tahun yang lepas dan siri baru kartun ini masih boleh ditonton di kaca TV sekarang.



4) Kamen Rider Black (Suria Perkasa Hitam)

Belalang tempur, tendangan padu maut, tumbukan padu maut, antara ayat-ayat yang famous dalam siri ini. Kamen Rider mempunyai berbelas-belas siri sehingga kini tetapi Kamen Rider Black adalah yang paling popular sekali.



3) Space Sheriff Gavan (Polis Angkasa Gaban)


Kalau diingat siri ini, mesti ramai yang mengatakan mereka sanggup ponteng sekolah agama untuk menontonnya. Begitu juga dengan penulis, entah mengapa ceritanya begitu berhantu. 'Bertukar dalam 0.06 saat' & 'Gaban Z potong 2' antara ayat-ayat yang popular.



2) Transformers


Populariti kartun ini memang tidak dapat disangkal. Bermula pada tahun 1984 ia akhirnya dijadikan filem live action pada tahun lepas. Masa darjah 4, penulis pernah melukis satu buku gambar robot-robot transformers. Kalau ada lagi buku tu, mesti dah jadi bahan sejarah.



1) Macross

Dalam banyak-banyak kartun, inilah yang paling memberi kesan pada penulis sehingga kini. Jalan cerita yang menarik, lagu yang sedap serta robot-robot yang dicipta dengan teliti merupakan kekuatannya. Sila lihat BLOG khas yang dibuat oleh penulis mengenai Macross.



Sebenarnya banyak lagi kartun & anime popular 80an seperti Silverhawk, Toriton, Blue Blink, JEM, Spiral Zone, Care Bears, Visionaries & Chip & Dale. Akan datang pula, filem-filem seperti G.I. Joe, Voltron & Thundercats pula akan dipertontonkan untuk semua. Apakah pula kartun kegemaran anda?

Rabu, 15 Oktober 2008

British Items Long Time Ago...

Berikut merupakan beberapa syiling yang digunakan pada zaman penjajahan British di Malaya (Malaysia) yang ada dalam koleksi simpanan penulis. Kebanyakkan syiling ini dijumpai berhampiran kawasan permainan penulis ketika kecil iaitu di rumah nenek dan ada juga antaranya hadiah dari nenek sendiri. Ada antara syiling yang kurang jelas kerana terlalu lama & agak susah untuk dibersihkan (sampai pecah tumit kaki menggelek syiling tersebut atas pasir).

duit syiling lamaKita mulakan dari atas, ini adalah syiling 1 sen tahun 1962. Dibelakang terdapat 2 bilah keris bersilang. Dulu-dulu 1 sen boleh beli nasi lemak. Sekarang?

duit syiling lamaKita turun kebawah sedikit, tahun 1961. Syiling 20 sen tetapi ada gambar Queen Elizabeth II dibelakang. Masih Malaya & British Borneo .

duit syiling lamaKita ke belakang lagi, kini tahun 1957 (sama dengan tahun kemerdekaan kita). Syiling 10 sen dan masih ada gambar Queen Elizabeth II.

duit syiling lamaIni adalah syiling 20 sen tetapi tertulis Commissioners Of Currency Malaya. Syiling tahun 1948 dengan gambar King George VI dibelakang.

duit syiling lamaIni syiling paling lama yang ada dalam koleksi penulis. Syiling 1 sen tahun 1943 dengan gambar King George VI dibelakang.

Baru-baru ini nenek telah memberikan satu hadiah yang paling bermakna dalam hidup penulis. Ia merupakan medal yang dianugerahkan oleh pihak British kepada arwah tokbak (datuk sebelah bapa) yang mana beliau merupakan seorang anggota Polis ketika penjajahan British.

Medal ini dianugerahkan kepada mereka yang berkhidmat menentang Komunis di tanah melayu antara 16 Jun 1948 hingga 31 Julai 1960. Maklumat lanjut mengenai medal yang membawa nama G.S.M. ini, sila klik DISINI, DISINI atau DISINI.

duit syiling lamaInilah medal yang dimaksudkan. Terukir gambar Queen Elizabeth II dan diatasnya tercatit perkataan 'MALAYA'.

duit syiling lamaYa, Nordin B. Ali adalah arwah tokbak penulis. "S.C." yang tercatit itu bermaksud pangkat beliau dalam Polis dan "F. OF M. POL." mungkin bermaksud Forces Of Malaya Police.

Selasa, 14 Oktober 2008

Peralatan Bayi Klef

Ahad yang lalu, penulis & isteri ke Metrojaya, Plaza Pelangi J.B. untuk mencari botol susu bayi klef atas cadangan doktor pakar. Setelah mencari, akhirnya kami menjumpai tempat botol itu dijual iaitu dibahagian kanak-kanak. Ini adalah persediaan awal kami untuk Nailah menghadapi pembedahan kelak. Ini kerana bayi yang melakukan pembedahan tidak boleh disusukan menggunakan susu ibu atau botol susu biasa.

botol susu klef
botol susu klefSusu akan melalui batang sudu dan keluar melalui lubang hujung sudu

*p/s - ingatlah info ini jika ada rakan-rakan, jiran-jiran atau saudara-mara yang mencari-cari botol ini.

Ahad, 12 Oktober 2008

Aku Setua 28...

Pada saat aku menulis artikel ini (12 Oktober 2008), genaplah usiaku 28 tahun. Lazimnya manusia akan menyambut tahun kelahiran mereka seperti doa selamat, parti, memotong kek serta memberi hadiah. Tetapi bagi diriku itu semua tidak penting, ini kerana ibu-bapaku tidak pernah mengajar menyambut ulangtahun kelahiran anak-anaknya. Memang seumur hidupku, keluargaku tidak pernah menyambutnya. Pertama kali aku diraikan pun adalah oleh isteriku, itupun setelah tamat SPM. Aku tidak salahkan mereka kerana aku tahu kemampuan mereka ketika itu. Dan yang paling aku tahu, mereka ingat akan anak-anak mereka bukan hanya pada ulangtahun kelahiran, tetapi setiap hari.

Ketika insan-insan yang lain nyenyak tidur ketika ini, aku mengucapkan selamat hari lahir ke-28 untuk diriku sendiri.

*p/s - Siapa agaknya yang first wishkan birthdayku?

Selasa, 7 Oktober 2008

Cebisan Aidilfitri....

Raya tahun ini tidak sempat sangat untuk mengambil gambar-gambar menarik. Ini kerana sibuk melayan anak serta saudara-mara. Penulis sekeluarga banyak beraya ditempat yang jauh dari rumah seperti Mersing, Pekan & Kuantan. Raya dengan anak kecil ini agak mencabar juga, persiapan rapi perlu dilakukan apabila hendak bergerak kesana-kemari. Tidak kurang juga melayan karenah mereka. Tetapi yang untungnya mereka ini mendapat rezeki yang melimpah.

Tahun ini tidak ramai sepupu yang pulang...Adik beraya dilaut, ada sepupu yang lain sibuk dengan persiapan perkahwinan dan ada juga yang sibuk dengan kerjaya. Maka tahun ini tidak dapat membuat reunion macam biasa. Raya ke-4 penulis sudah bertugas mengambil gambar pengantin, raya ke-5 ramai yang mula pulang ke kota, Nailah kena selsema, PS2 kesayangan pula meletup. Kemeriahan tahun ini nampaknya semakin berkurang...

Sedikit gambar di Aidilfitri...


hari raya aidilfitriSyafik main bunga api...

hari raya aidilfitriBermaaf-maafan dengan Nenek..

hari raya aidilfitriKanak-kanak paling best dapat duit raya & makan kuih raya!

Klik DISINI untuk gambar-gambar yang lain.