Pada hari selasa yang lalu (19 Ogos 2008) telah berlangsung majlis bertandang adik lelaki penulis di kediaman kami di Lorong Satu, Endau Johor. Ini merupakan majlis terakhir dirumah kami kerana keempat-empat adik beradik sudah berkahwin. Majlis dilangsungkan dalam suasana yang sederhana tetapi tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga dari kedua-dua belah emak & abah. Dibawah merupakan beberapa gambar persediaan & suasana yang sempat penulis rakamkan. Tugas mengambil gambar pengantin tidak dapat dilakukan kerana terlalu sibuk dengan tetamu & urusan-urusan majlis. Tugas utama itu telah diambil alih oleh isteri.
Jumaat, 29 Ogos 2008
Khamis, 28 Ogos 2008
Gambarku Dalam Research?
Ketika sedang baca blog Lyn, ternampak satu posting dia memaparkan gambar-gambar kucing. Dalam hati berkata, "glamour gak kucing-kucing kampung ni sampai masuk dalam website dan dijadikan kajian...".
Gambar-gambar kucing yang penulis pernah ambil dijadikan research oleh Lyn
Antara gambar kucing penulis yang ada dalam blog Lyn
Ahad, 24 Ogos 2008
Konvokesyen KPYPJ Ke-11 Di UTM Skudai, J.B.
Klik DISINI untuk gambar-gambar yang lain.
Siang tadi penulis telah menyertai gerai jualan di Konvokesyen KPYPJ ke 11 di UTM Skudai. Pada tahun lepas penulis tidak terlibat langsung dengan konvo ini kerana kepenatan menyertai PESAYA di Melaka. Tahun ini penulis dapat melihat kembali kemeriahan majlis ini. Teringat pula ketika menerima Diploma ditempat yang sama 6 tahun yang lepas. Suasananya tetap sama seperti dahulu. Walaupun masih penat & sibuk dengan gerai, penulis sempat merakamkan sedikit suasana majlis tersebut.
Khamis, 14 Ogos 2008
HSI or HSA?
Pagi tadi penulis mengisi borang keluar pejabat untuk pergi first appointment dengan pakar (pasal Nailah). Mengikut kepada kad Nailah tertulis "Level 2, Pakar Kanak-Kanak, 14 Ogos 2008 10 a.m, Plastic Surgery". Penulis bertiga beranak (Na'wa dah balik kampung dulu dengan Tok Bahnya) bersiap-siap ke HSI tempat Nailah dilahirkan. Pukul 9.30 pagi penulis keluar pejabat untuk mengambil kereta.
Malangnya, sampai di rumah kereta gagal dihidupkan. Memang satu dua minggu yang lepas bateri kereta buat masalah. Dua kali juga kaff datang ke rumah untuk "jumperkan" kereta itu. Pada hari penulis mengambil gambar perkahwinan, kereta itupun buat hal. Air bateri ditambah, elok sekejap tapi pagi ni lampu pada meter langsung tidak menyala. Penulis dah mula rasa pening & memikirkan penyelesaiannya.
Akhirnya motor dihidupkan dan duit RM 215 dikeluarkan untuk membeli bateri baru (tak tahulah harga tu murah atau mahal sebab tak sempat nak survey). Bateri baru dijumperkan dan setelah 4-5 kali mencuba, akhirnya hidup juga keretanya. Kami bergerak dari rumah tepat jam 10 (maknanya dah lambat).
Sampai di HSI, pergi ke klinik pakar namum gadis pendaftaran dah mula pening. Dia menghubungi klinik kanak-kanak tetapi mengatakan temujanji itu tiada. Dia menyuruh turun ke tingkat 2 untuk bertemu misi disitu. Turun ke bawah, misi disitu pula mengatakan temujanji itu sebenarnya di HSA. Penulis dah mula rasa bengang kerana masih terdengar-dengar suara misi di NICU tempohari mengatakan appointment di HSI. Tanpa berlengah kami keluar untuk ke HSA.
Dugaan tiba lagi. Enjin tidak dapat dihidupkan terus. Ternyata bateri lama dah 'kong'. Jumper dicuba lagi namum tetap gagal. Dengan menyingsing pakaian batik dan hanya menggunakan playar (sebab itu aje yang ada masa tu), penulis menukarkan bateri lama dengan yang baru. Isteri & Nailah dah lama menunggu di lobi hopspital.
Setelah berjaya menghidupkan enjin, kereta dipandu pula ke HSA. Isteri mendaftarkan nama Nailah & berjumpa doktor pakar. Doktor membuat pemeriksaan dan antara yang dikatakan oleh doktor;
1) Ini kes sumbing pertama yang pernah dia lihat... ??? (Still buat rekod macam kakaknya, paling lama duduk dalam bilik bersalin iaitu 18 jam)
2) Perlu beli sudu untuk bayi sumbing dan jangan ajar menyusu botol. Ini kerana bayi yang menjalani pembedahan tidak boleh menyusu botol.
3) Mata kiri perlu menjalani latihan kerana seperti tidak berfungsi dengan baik. Di khuatiri jika tidak dilatih, saraf akan terus rosak.
4) Pembedahan hanya akan dilakukan apabila bayi berumur antara 6-7 bulan mengikut kesesuaian berat badan.
Akhir sekali doktor memberi temujanji berikutnya iaitu 16 Oktober di HSA. Doktor juga berpesan untuk membuat pemeriksaan lanjut seperti temujanji yang telah ditetapkan pada 10 September di HSI. Ini bermakna Nailah perlu merujuk kepada 2 hospital yang berlainan, HSI & HSA. (takpelah demi anak...)
*p/s - meminta doa dari kalian agar Nailah dapat hidup normal seperti kanak-kanak yang lain pada masa akan datang...

Isnin, 11 Ogos 2008
Sumbing Boleh Dirawat
Artikel ini adalah dari Berita Harian. Terima kasih kepada Uncle Bourne kerana memberitahu tentang artikel ini. Seperti dalam petikan diatas, apabila penulis bertemu orang-orang lama, mereka mesti bertanya, "ada pergi memancing ke?" atau, "mesti suka memancing ni!". Pedih rasanya apabila ada sesetengah mereka hanya menyalahkan ibu-bapa. Itulah pemikiran orang dulu-dulu, penulis tidak salahkan mereka. Tetapi penulis hanya hendak mereka faham, bagaimana perasaan seorang bapa apabila mendapat anak yang istimewa sebergini. Mengikut statistik, dalam 700 kelahiran akan berlaku 1 kelahiran klef. Bagaimana perasaan anda jika 1 itu adalah bayi anda?
* p/s - nak pegang kayu joran pun tak reti inikan pulak nak gi memancing!
Sabtu, 9 Ogos 2008
Olympic Beijing 08.08.08
Sukan Olympic datang lagi dengan tarikh keramat dipilih oleh Beijing. Memandangkan semalam amat sibuk dengan fotografi perkahwinan maka tidak sempat untuk melihat pembukaan sukan termasyur itu. Sukan Olympic adalah antara temasya sukan yang paling digemari oleh penulis. Kali pertama melihat temasya sukan ini adalah pada tahun 1992 di Barcelona. Sukan ini diminati kerana ia mengumpulkan semua atlet-atlet seluruh dunia dalam satu temasya yang diadakan sekali dalam 4 tahun. Ia melambangkan 'unity' antara semua penduduk dunia. Acara yang paling diminati oleh penulis adalah olahraga antaranya 4x100 lagi begantui-ganti & badminton.
Pagi tadi, secara tidak sengaja penulis melihat siaran ulangan pembukaan sukan olympic Beijing 2008 di tv5 Singapura. Pada pendapat penulis, pembukaan sukan itu antara yang paling meriah dalam sejarah. Apa yang menarik perhatian, pembawa obor terakhir tiba-tiba terbang dan berlari di udara dan mengelilingi stadium 'bird nest' dan akhirnya menyalakan api olympic di stadium itu. Bunga api pula dinyalakan di seluruh bandar (bukan di stadium sahaja) dengan pelbagai bentuk yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Bagi kontijen Malaysia, semestinya harapan diletakkan ke bahu pemain badminton untuk memungut pingat emas pertama negara. Harapan tinggi juga diletakkan kepada pengayuh basikal serta penembak. Pencapaian terbaik Malaysia hanyalah perak melalui Cheah Soon Kit- Soo Beng Kiang (Badminton) Di Atlanta 1996. Semoga 2008 membawa satu lagi sejarah untuk squad Malaysia. Malaysia Boleh!
*p/s - Acara nyalaan obor yang paling digemari oleh penulis adalah di Sydney 2000 dimana api dinyalakan pada anak panah dan dipanah ke obor yang besar.
Isnin, 4 Ogos 2008
Lorong Satu Dimusnahkan!
Setelah sekian lama, pada tahun 2007, pemilik tanah (kaum cina) ingin mengambil bahagian tanahnya yang sedikit terbahagi oleh kerana pembinaan jalan yang salah pada masa yang lalu. Oleh itu, lorong satu akan dimusnahkan dan akan digantikan dengan jalan yang baru. Jalan yang selama ini menjadi tempat permainan penulis & sepupu-sepupu. Kebetulan ketika penulis pulang ke kampung, ketika itu proses memecahkan jalan sedang dilakukan. Agak sedih juga apabila melihatnya...
Dari kiri : Kak Ya, Kakak, Keirul, Wan & Ya antara yang bermain di Lorong Satu. Perhatikan disebelah kanan itu rumah ibubapa penulis. (Gambar di ambil oleh penulis pada tahun 1996)
Jalan altenatif yang berdebu & berlecak dibina buat sementara proses pengambilan tanah (hujung 2007).
Proses pecah jalan (bukan pecah tanah) bermula. Jentolak itu betul-betul berada ditempat mereka yang bermain roller blade di atas dan berakhirlah hayat Lorong Satu yang asal.
Ahad, 3 Ogos 2008
Episode 4 : Lorong Satu
Sejak tahun 1990, penulis telah tinggal di Lorong Satu, Endau Johor sehingga sekarang masih didiami oleh kedua ibu-bapa penulis. Setelah berpindah dari Kampung Tanjung Gemok, Kuala Rompin Pahang, penulis bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Endau. Abah telah membina satu pondok yang boleh dikatakan selesa untuk kami 6 beranak di tanah arwah Tok Bak.
Pondok ini diperbuat dari papan dan mempunyai 2 bilik sahaja namum untuk kami sangat memadai. Banyak juga kenangan manis tinggal disitu dan tidak kurang juga kenangan pahit. Masih segar di ingatan, kedatangan jiran memberitahu arwah Mak Busu telah tiada. Menyorokkan TV ketika pemeriksaan lesen (tahun itu tv & radio masih dikenakan lesen) dan pelbagai lagi.
Dari tahun ke tahun, penulis menyaksikan kesungguhan abah mahu menyediakan keselesaan untuk anak-anaknya. Rumah di Lorong Satu di naiktaraf sedikit demi sedikit. Dari menggunakan tandas diluar hinggalah didalam rumah. Dari rumah bertangga hinggalah bersimen. Dari 2 bilik menjadi 4 bilik. Terima kasih abah & emak!

Ini adalah gambar warga Lombok, Indonesia yang membina rumah dibelakang tu...(1996)
Jangan lihat gambar Ya (adik) tapi lihat proses pembinaan rumah kayu kepada rumah batu (1997).
Jangan lihat gambar Ya (adik) tapi lihat proses pembinaan rumah kayu kepada rumah batu (1997).
Pada posting akan datang, anda akan dapat lihat bagaimana Lorong Satu dimusnahkan! Tunggu...
Langgan:
Catatan (Atom)