Khamis, 31 Julai 2008

Peminat Retro


Beberapa minggu yang lepas, penulis telah ke Muadzam Shah, Kuala Rompin Pahang untuk menghadiri majlis perkahwinan dua pupu. Apabila sampai di rumah Pakcik, penulis bertemu sepupu bernama Lutfi Haziq (atau lebih mesra dengan panggilan lutt) sedang menunggang motor yang baru dibelinya.

Jika penulis suka menyimpan barang-barang peninggalan arwah Tok Ayah & Mak Tok seperti tempayan dan syiling lama, Lutt turut meminati barang-barang lama atau retro dengan membeli sebuah vespa hasil dari pekerjaannya. Penulis akan berkongsi lebih lanjut mengenai koleksi-koleksi peribadi kepada semua pada posting-posting yang akan datang. Insya Alllah.

lutfi & vespaGambar candid aksi Lutt & vespanya (kalau nak jual vespa tu, jual kat Abang Ngah k!)

Isnin, 28 Julai 2008

Gambar Sedang Beraksi!!!

Selalu ambil gambar orang lain, kita tidak terfikir orang lain pulak akan shoot gambar kita balik. Seumur hidup penulis bermain bolasepak, jarang-jarang ada jurugambar yang shoot gambar sedang beraksi dengan baik. Tetapi bila Uncle Bourne menunjukkan gambar yang dia shoot masa acara bolasepak sukan YPJ tempohari, penulis terus tertarik untuk menyimpannya. Kenang-kenangan untuk masa tua untuk anak cucu. Terima kasih kepada Uncle Bourne.


main bolasepakTarget utama jersi no 10 sedang challenge bola

main bolasepakCrossing dilakukan!


main bolasepakBerebut bola dengan si Panjang

main bolasepakGaya gerak badan seperti siapa ek?

main bolasepakAduh! Penatnya...

Viewing Tanjung Balau

Selama 4 hari 3 malam penulis telah berbengkel di Balau Bay Resort, Tanjung Balau, Kota Tinggi Johor. Bukan pengisian bengkel yang ingin penulis ketengahkan cuma beberapa gambaran situasi serta aktiviti-aktiviti sampingan yang dilakukan disana. Pada jangkaan awal penulis ingin memberikan komitmen sepenuhnya terhadap bengkel maka kamera kesayangan ditinggalkan di Johor Bahru. Namun lokasi yang cantik serta aktiviti-aktiviti menarik yang dilakukan memberikan peluang penulis menggunakan Olympus mju 790SW iaitu kamera kalis air & hentakan milik IHYPJ. Credits juga penulis ingin berikan untuk kamera Canon EOS milik Uncle Bourne & Panasonic Lumix milik Chef Razak, kerana dapat meminjamnya.

tanjung balauPermandangan di jeti Tanjung Balau

harris redsFirst time ambil gambar dalam swimming pool (shoot sendiri je!!)

kelawar tanjung balauKejayaan mengambil gambar Dark Night Tanjung Balau


Klik disini untuk gambar-gambar yang lain.

Jumaat, 25 Julai 2008

Pertunangan Munirah Zainal Abidin

Beberapa minggu yang lepas, munirah (atau lebih mesra dengan panggilan munnie) telah melangsungkan majlis pertunangannya di Kuala Lumpur. Sepupu kepada penulis ini adalah anak kepada Pak Teh iaitu adik kepada bapa penulis. Munnie bersama 4 lagi adik beradiknya adalah antara sepupu-sepupu penulis yang paling rapat semasa kecil. Episode-episode sepupu akan penulis ceritakan pada masa-masa mendatang.

munirahAbg ngah ambil gambar ni lebih kurang 12 thn yg lepas. Gambar kat rumah nenek dinama munnie tengah bergurau dengan Ya, Keirul & Jo. Ingat tak?

munirahSelamat bertunang & sorry tak dapat datang. Abg ngah ambil gambar ni dari frienster munnie & edit. Jangan panas k...

Selasa, 22 Julai 2008

Di Luar Kawasan...

modem broadband Inilah awek baru..

Bermula dari semalam (isnin) hingga khamis ini, penulis ke Tanjung Balau, Desaru untuk menghadiri bengkel kualiti KPYPJ. Walaupun resort disini tidak menyediakan perkhidmatan internet, ternyata celcom broadband yang didaftarkan serta modem vodafone yang baru dibeli rabu lalu banyak membantu. Walaupun coverage disini tidak beberapa baik, namun tetap memberikan peluang kepada penulis mencoretkan sesuatu & melayari internet dimana-mana sahaja, bila-bila masa. Inilah teknologi sekarang walaupun diluar negara dah lama menggunakannya.

Isnin, 14 Julai 2008

Picnic Batu Layar

batu layarPantai Batu Layar

batu layarPermandangan di Batu Layar

batu layarBBQ

batu layarMandi Laut

batu layarAntara yang turut serta (gambar oleh rasso)

Semalam penulis menyertai picnic bersama geng-geng TT photographer bahagian selatan di Batu Layar, Desaru Johor. Atas sebab ingin merehatkan minda yang sememangnya letih ini, program ini sangat mencapai matlamatnya kerana ahli-ahli yang sporting dan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti bbq, mandi laut & shooting dalam semak. Harapan penulis semoga aktiviti seperti ini akan dapat dilakukan lagi untuk merapatkan hubungan silaturahim antara photographer-photographer negeri johor.

p/s - tension bila balik rumah, memori card tak boleh buka sebab ada virus. Kenalah kuar duit RM20 untuk paparkan gambar-gambar ni...

Klik disini untuk lihat gambar-gambar yang lain.

Khamis, 10 Julai 2008

Semakin hari semakin...

naawa hadirahGambar di ambil menggunakan nikkor 50mm 1.8f. Teruja dengan ke'sharpness'nya...

Na'wa semakin hari semakin membesar...
namun semakin hari semakin bijak...
semakin hari semakin nakal...
semakin hari semakin comel...
semakin hari semakin kelakar...

Layakkah kanak-kanak yang berusia 3 th 3 bulan ini menjawab...
apabila emaknya menyuruh sesuatu...
atau ayahnya berkatakan sesuatu...
dia berkata, "lain kali lah mak", "whatever lah ayah..."
(Aduh...sakit perut ni...)

Khamis, 3 Julai 2008

KPYPJ juara lagi!!!

Tidak dapat diragui, team KPYPJ memang pilihan sejak dari awal lagi. Setelah memenangi karom, petanque L, petanque P, badminton & sepak takrow, team KPYPJ terus menggondol juara keseluruhan Pesta Sukan YPJ ke-4 2008. Selain menang dalam 5 acara tersebut, team KPYPJ banyak merangkul naib johan seperti ping pong, bola tampar L, bola tampar P & bola jaring.

Naib juara keseluruhan telah dimenangi oleh KIJKK diikuti YPJHOPE & seterusnya ITPIH. Penulis yang memasuki 4 acara telah memenangi acara badminton, naib juara dalam ping pong & ketiga dalam bolasepak & futsal. Diharap kemeriahan sukan ini akan berterusan lagi pada Pesta Sukan Antara Yayasan (PESAYA) di Pahang tahun 2009 nanti.

sukan KPYPJTeam bolasepak KPYPJ ala-ala belanda gitu...(sebab ada edgar davids)

sukan KPYPJBergambar setelah memenangi juara keseluruhan...

sukan KPYPJPenulis bersama pingat-pingat yang dimenangi...

Klik disini untuk melihat gambar-gambar yang lain. (Gambar diambil oleh Kaff, Hijri & Uncle Bourne)

Rabu, 2 Julai 2008

Sejarah Dalam Fotografi Perkahwinan...

Malam tadi berlangsungnya satu seminar yang menemukan jurugambar-jurugambar seluruh negeri Johor bagi membincangkan pengiraan kos terkini fotografi perkahwinan. Dengan tidak disangka seramai 176 orang jurugambar telah hadir dan telah mencapai kata sepakat bagi menaikkan lagi taraf fotografi perkahwinan di Johor mahupun Malaysia. Ini merupakan bilangan jurugambar paling ramai pernah dikumpulkan dalam sejarah fotografi perkahwinan. Berikut merupakan details seminar yang berlangsung;

TARIKH : 01 JULAI 2008
HARI : SELASA
MASA : 8.30 MALAM – 12.00 MALAM
TEMPAT : HOTEL GOOD HOPE, SKUDAI.
AHLI PANEL :

- Rushdi - Fotokahwin
- Saluddin - Art Creative
- Saifulnang - Candidsyndrome
- Cikgu Mat - Ideal Media

PENGACARA MAJLIS : Izat - Capturepix's

perjumpaan jurufoto johorKaff (kanan) & Didiz (Fotokahwin)

perjumpaan jurufoto johorPenulis (kiri) bersama Saiful Nang & jurufoto lain.

perjumpaan jurufoto johorGroup photo setelah selesai majlis (gambar oleh Ayares)

perjumpaan jurufoto johorYB Razak dengan pose yang tersendiri...

Terima kasih diucapkan kepada penganjur iaitu Capturepix's kerana telah membuat sesuatu perubahan dalam era fotografi perkahwinan kini. Walaupun sudah lewat malam tapi masing-masing masih bersemangat tinggi membincangkan topik-topik berkenaan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ahli panel seperti didiz, saiful nang, saluddin & cikgu mat kerana sanggup berkongsi pengalaman & pengetahuan. Sesungguhnya KAMI BERANI BERUBAH!