Jumaat, 30 September 2011

Rombongan Naawa Ke JB Dengan Keretapi


Beberapa minggu lepas penulis berkesempatan menemani anak sulung penulis, Naawa Hadirah dan rombongan sekolahnya menaiki keretapi ke Johor Bahru. Rombongan ini disertai oleh lebih 20 orang pelajar pra sekolah bersama penjaga mereka. Perjalanan dimulakan dengan menaiki bas dari Endau ke Kluang dan seterusnya menaiki keretapi dari stesen Kluang ke Johor Bahru. Berikut antara gambar-gambar yang penulis rakamkan.





Ini adalah pengalaman pertama penulis dan anak menaiki keretapi KTM (bukannya LRT) dan merupakan satu pengalaman yang menarik. Sampai di Johor Bahru, penulis dapat melihat stesen baru di JB Sentral dan juga sempat melawat stesen yang lama. Kami diberi penerangan mengenai sejarah stesen keretapi dan juga sistem yang digunakan sejak dulu sehingga sekarang selain melihat beberapa peralatan-peralatan lama.



Seterusnya kami ke Zoo Johor melihat haiwan-haiwan yang ada disana. Ternyata Zoo Johor lebih baik dari yang sebelum ini dimana suasana yang lebih cantik dan lebih ramai orang datang melawat. Haiwan-haiwannya juga kelihatan dalam keadaan yang baik. Kami makan tengahari dan solat di Hutan Bandar dan seterusnya ke Ulu Tiram untuk bermain di taman tema air (indoor) di pasaraya Today.




Rombongan singkat satu hari suntuk ini berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah penulis dapat meluangkan masa lebih lama dengan anak dimana selalunya penulis agak sibuk dengan kerja. Bagi Naawa pula, beliau sangat gembira dapat bersama kawan-kawannya. Ini adalah aktiviti terakhir beliau bersama kawan-kawan dimana tahun hadapan Naawa akan ke darjah 1 pula -Tammat-

p/s - Gambar diambil menggunakan kamera Panasonic Lumix DMC-FS62

Isnin, 26 September 2011

Konvoi Beraya Bersama Geng Blogger

Assalamualaikum. Rasanya ini adalah satu-satunya posting berkenaan raya yang penulis ingin kongsikan tahun ini. Hari raya kali ini pada penulis sangat meriah dimana hari raya pertama dan kedua dipenuhi dengan menziarah keluarga dimerata tempat. Penulis tidak dapat berjumpa dengan seorang pun rakan dihari raya kerana banyak rumah ahli keluarga kedua-dua pihak yang perlu dilawati. Yelah, memandangkan keluarga penulis dan isteri adalah satu kampung jadi mudah untuk bergerak ke sana sini.


Lebih kurang seminggu selepas raya barulah penulis berpeluang beraya bersama rakan-rakan. Jika tahun lepas penulis beraya bersama rakan-rakan lama sekolah rendah Tanjung Gemok, tahun ini penulis beraya bersama geng-geng blogger. Konvoi raya kali ini dimulakan dengan rumah Kaff di Kempas JB dan keesokkan harinya ke rumah Cik Pah & Misna di Batu Pahat. Perjalanan diteruskan ke Muar iaitu rumah Artakus dan ke rumah En. Mus di Melaka. Konvoi diakhiri dengan lokasi terakhir Endau iaitu rumah penulis.


Gambar-gambar konvoi raya telah diambil oleh saudara Shahrul yang mana turut menyertai lawatan 1 hari 1 malam dengan 1 kereta ini. Sebelum semuanya pulang ke JB, penulis telah bawa mereka mandi di air terjun Tanjung Resang, Endau dan membeli keropok di Mersing. Rasanya gambar mandi air terjun tidak perlu ditayangkan kerana agak "comel". Sebenarnya ini bukanlah kali pertama konvoi raya kami dilakukan malah telah dimulakan sejak 2-3 tahun lepas. Di harap persahabatan kami terus mesra dan dapat meneruskan tradisi ini.

Jumaat, 23 September 2011

Info Senarai Pembaharuan Laman Facebook

Assalamualaikum...




saya dapat dari info Aisyah Hussain

Sepertimana yang diketahui ramai, laman Facebook kini sedang mendapat penambahbaikan dari pihak mereka. Bagi yang tidak tahu, berikut merupakan senarai pembaharuan yang dilakukan oleh Facebook pada laman mereka:
  • Anda boleh menulis sehingga 5000 aksara pada post anda. Sebelum ini, anda hanya dibenarkan menggunakan 500 aksara.
  • Anda tidak lagi boleh menghantar mesej bersama friend request anda.
  • Navigation bar akan kekal pada bahagian atas skrin anda ketika anda skroll ke bawah.
  • Peringatan harijadi berada pada posisi atas bahagian kanan berdekatan dengan notifikasi poke. Apabila diklik, anda boleh menulis pada wall individu tersebut secara terus
  • Butang poke apabila ditekan akan menyenaraikan siapa yang telah poke anda.
  • Butang Profile digantikan dengan thumbnail dan nama anda.
  • News Feed kini memaparkan Top Story diatas dan Recent Story dibawahnya.
  • Anda boleh menanda mana-mana post rakan anda sebagai Top Story dan sebaliknya.
  • Fungsi Ticker memaparkan kemaskini aktiviti terbaru rakan anda.
  • Anda boleh memilih untuk subscribe atau unsubscribe kepada pada post rakan anda.
Perubahan yang dibawakan oleh Facebook ini seperti yang lalu, mendapat beberapa pelbagai reaksi dimana beberapa pengguna menyukainya, dan beberapa pengguna yang tidak. Beberapa pengguna yang tidak menggemari fungsi Ticker boleh mendapatkan extension chrome yang membuang fungsi tersebut.