Rabu, 18 Mei 2011

Guru Pendidik Bangsa


Rasanya masih tidak terlambat untuk penulis ucapkan selamat hari guru kepada bekas-bekas guru/ pengajar penulis yang telah mengajar sejak dari bangku sekolah tadika sehinggalah ke zaman kolej. Sesungguhnya peranan guru adalah sangat besar terutama diluar rumah dimana memberi didikan yang sewajarnya kepada anak-anak bangsa. Penulis juga kini telah menjadi sebahagian daripada pengajar dalam bidang sendiri iaitu fotografi dimana bertanggungjawab memberikan ilmu kepada mereka yang memerlukannya.

Jika mengikutkan sejarah, penulis telah mendapat didikan awal di Sekolah Tadika Tanjung Gemok, Rompin Pahang pada tahun 1986. Pada tahun 1987 sehingga 1989, penulis telah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Gemok sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Bandar Endau pada tahun 1990-1992. Seterusnya penulis bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin, Endau Johor (1993-1997). Di zaman kolej pula penulis telah mengambil Diploma di Kolej IKIP, Kuantan Pahang pada tahun 1998-2001. Kemudiannya menyambung Ijazah ditempat yang sama sehingga tahun 2003.


Dengan ini sekali lagi penulis mengambil peluang untuk mengucapkan selamat hari Guru kepada semua guru atau pengajar yang pernah mengajar penulis. Penulis tidak dapat nak menyenaraikan semua nama-nama mereka kerana terlalu ramai. Namun mereka pasti akan ingat dengan bekas-bekas pelajar mereka. Semoga jasa kalian akan diberkati Allah dunia hingga akhirat. Disini penulis nak promosikan halaman Facebook sekolah dan kolej yang penulis pernah diduduki dulu. Salam sejahtera.



Tiada ulasan: