Sabtu, 28 Mei 2011

Belajar Fotografi Lagi Bersama Ted Adnan Pula!


Nama Ted Adnan memang sudah sebati dalam dunia fotografi Malaysia terutama dalam bidang potraiture & studio lighting. Orang sangat sempoi dan suka berjenaka membuatkan ramai orang senang dengannya. Kali ini penulis berpeluang sekali lagi menuntut ilmu dengannya setelah kali pertama belajar pada tahun 2009 di Johor Bahru. Bengkel kali ini adalah bengkel 1Malaysia yang dianjurkan oleh kerajaan dan dibuat di Kolej Komuniti Rompin Pahang selama 2 hari.

Bengkel ini dinamakan Bengkel Fotografi Intensif dan Penataan Cahaya di Lokasi yang mana pengisiannya sangat padat seperti komposisi, penceritaan dalam gambar, cara penyediaan lampu studio, penggunaan cahaya sediaada dan juga editing gambar. Melalui bengkel ini penulis telah dapat mengulangkaji lagi ilmu-ilmu fotografi penulis dan memperolehi banyak idea baru untuk digunakan dala tugas nanti terutama bersama NahamPhoto.

Berikut merupakan gambar-gambar sekitar bengkel yang diambil dari Facebook rakan-rakan yang menyertainya. Maaf kalau tak dapat sebut nama-nama sebab terlalu ramai :)


Bersama model..


Sesi Outdoor...


Sesi Editing...

Rumusannya penulis sangat berpuashati dengan bengkel ini dan berharap usaha memberikan ilmu sebegini dapat diteruskan. Ilmu yang dikongsi dengan pengajar dan lebih 30 peserta lain sangat tidak ternilai. Penulis juga sangat gembira kerana dapat bertemu dengan ramai rakan jurufoto baru terutama dikawasan Rompin & Kuantan. Tahniah diucapkan kepada penganjur dan terima kasih kepada pengajar Ted Adnan. All the best!

Laporan penuh bengkel oleh NahamPhoto boleh dibaca DISINI.
Laporan dari Ted Adnan pula boleh dibaca DISINI.

Tiada ulasan: