Selasa, 31 Mei 2011

9 Penipuan Di FACEBOOK Yang WAJIB Anda Tahu!


Clickjackers di Facebook menarik pengguna-pengguna untuk menyalin dan menampal kod teks ke dalam browser bar dengan pelbagai tawaran yang sangat menarik. Sebaik sahaja pengguna menjangkiti komputernya sendiri dengan 'kod jahat', clickjackers boleh mengawal akaunnya, spam rakan-rakannya dan seterusnya merebakkan komplot mereka. Contohnya, skim-skim clickjacking telah melanda Facebook sebaik selepas kematian Bin Laden dan ia merebak dengan pantas kerana didakwa menawarkan pengguna untuk melihat satu rakaman video atau gambar-gambar kematian bin Laden.


Jika anda klik satu iklan atau satu link yang membawa anda ke sebuah laman web lain di luar Facebook yang disusuli dengan pelbagai soal selidik, langkah terbaik ialah TUTUP halaman itu. Bila anda selesai menjawab satu kuiz palsu, anda membantu si penipu mendapat komisen. Kadang-kadang kuiz itu meminta anda memasukkan nombor telefon bimbit anda sebelum anda boleh melihat keputusan kuiz yang dijawab anda. Jika penipu berjaya mendapatkan nombor telefon anda, mereka boleh mengenakan pelbagai caj pada akaun anda.


Phishers akan cuba memancing maklumat anda (nama pengguna, kata laluan dan kadang-kadang lebih lagi), kemudian mengambil alih profil anda , dan ia juga boleh mengakses ke dalam akaun anda yang lain. Skim-skim Phishing mungkin sukar dikesan, terutama jika si penipu mewujudkan satu halaman yang serupa seperti log masuk portal Facebook.


Facebook memberi amaran kepada penggunanya untuk berhati-hati jika menerima e-mel atau mesej-mesej dari penipu yang menyamar sebagai "The Facebook Team" atau "Facebook." Mesej-mesej ini sering mencadangkan "tindakan segera" dan mungkin meminta pengguna mengemas kini akaunnya. Mereka sering menghantar link pautan kepada tempat-tempat yang terdapat malware atau lampiran yang mempunyai virus. Mereka juga mungkin meminta nama pengguna dan kata laluan anda. Nasihat terbaik daripada Facebook ialah untuk melaporkan maklumat pengirim dan memadamkan mesej-mesej tersebut tanpa klik sesuatu apa pun.


Jika seorang rakan menghantar kepada anda satu mesej melalui Facebook yang ia sedang di dalam keadaan terdesak, sama ada di dalam bentuk message atau pada wall Facebook anda dan ia meminta anda membuat pemindahan wang kecemasan, anda pasti akan mahu membantu, betul tidak? Kebiasaannya begitu. Ini adalah sebuah komplot yang sangat dahsyat. Tujuannya ialah semata-mata supaya anda menghantar wang kepada penipu melalui Western Union atau perkhidmatan pertukaran wang yang lain.


Tidak semua friend requests datangnya dari manusia yang betul, walaupun Facebook dilindungi daripada bots. Beberapa akaun Facebook wujud semata-mata bertujuan mewujudkan hubungan luas untuk menghantar spam atau mengeluarkan data peribadi daripada pengguna, jadi berjaga-jaga dengan PERMINTAAN rakan agar anda MENERIMANYA di dalam senarai rakan anda.


Sebuah page (laman), groups (kumpulan) atau event invitation (jemputan acara) dibina dengan bertujuan untuk memerangkap pengguna Facebook supaya "diganggu." Misalnya, seorang penipu menjemput anda dengan menawarkan satu hadiah jika anda menjemput rakan-rakan anda ATAU anda meletakkan pautan spam itu ke wall rakan anda. Kadang-kadang satu penipu akan mewujudkan sebuah halaman palsu seperti muka hadapan laman Facebook sama seperti skimclickjacking atau skim phishing.


Aplikasi jahat pada masa ini kebiasaannya menyerupai aplikasi Facebook. Ia berselindung di sebalik phishing, malware, clickjacking atau skim-skim pemindahan wang. Sering kali aplikasi ini kelihatan cukup meyakinkan untuk pengguna-pengguna klik butang "Allow," seperti yang biasa mereka buat kepada aplikasi Facebook sebenar. Bagaimanapun, aplikasi penyangak ini sebenarnya digunakan untuk menyebarkan spam melalui anda dan rangkaian rakan-rakan anda. Contohnya, baru-baru ini aplikasi "Facebook Shutdown" telah menyebarkan komplot dengan mendakwa Facebook akan memadamkan semua akaun yang tidak aktif kecuali mereka yang mengesahkan melalui pemasangan aplikasi ini.


Koobface Worm telah timbul semula pada tahun ini (ia terlebih dahulu muncul pada lewat 2008) dan kebanyakannya telah dibuang daripada banyak laman web, tetapi Facebook tetap memberi amaran kepada pengguna-penggunanya. Koobface tersebar merentasi rangkaian sosial seperti Facebook melalui posting yang mengandungi satu pautan yang kononnya untuk mengemas kini Adobe Flash Player. Benar, pautan itu akan memuat turun malware yang akan menjangkiti komputer anda, merampas profil Facebook anda dan spam kepada semua teman-teman anda dengan pelbagai link pautan jahat. Wormkebiasaannya menyerang pengguna Windows.

Sabtu, 28 Mei 2011

Belajar Fotografi Lagi Bersama Ted Adnan Pula!


Nama Ted Adnan memang sudah sebati dalam dunia fotografi Malaysia terutama dalam bidang potraiture & studio lighting. Orang sangat sempoi dan suka berjenaka membuatkan ramai orang senang dengannya. Kali ini penulis berpeluang sekali lagi menuntut ilmu dengannya setelah kali pertama belajar pada tahun 2009 di Johor Bahru. Bengkel kali ini adalah bengkel 1Malaysia yang dianjurkan oleh kerajaan dan dibuat di Kolej Komuniti Rompin Pahang selama 2 hari.

Bengkel ini dinamakan Bengkel Fotografi Intensif dan Penataan Cahaya di Lokasi yang mana pengisiannya sangat padat seperti komposisi, penceritaan dalam gambar, cara penyediaan lampu studio, penggunaan cahaya sediaada dan juga editing gambar. Melalui bengkel ini penulis telah dapat mengulangkaji lagi ilmu-ilmu fotografi penulis dan memperolehi banyak idea baru untuk digunakan dala tugas nanti terutama bersama NahamPhoto.

Berikut merupakan gambar-gambar sekitar bengkel yang diambil dari Facebook rakan-rakan yang menyertainya. Maaf kalau tak dapat sebut nama-nama sebab terlalu ramai :)


Bersama model..


Sesi Outdoor...


Sesi Editing...

Rumusannya penulis sangat berpuashati dengan bengkel ini dan berharap usaha memberikan ilmu sebegini dapat diteruskan. Ilmu yang dikongsi dengan pengajar dan lebih 30 peserta lain sangat tidak ternilai. Penulis juga sangat gembira kerana dapat bertemu dengan ramai rakan jurufoto baru terutama dikawasan Rompin & Kuantan. Tahniah diucapkan kepada penganjur dan terima kasih kepada pengajar Ted Adnan. All the best!

Laporan penuh bengkel oleh NahamPhoto boleh dibaca DISINI.
Laporan dari Ted Adnan pula boleh dibaca DISINI.

Isnin, 23 Mei 2011

7 Design Mukadepan Facebook Yang Menarik!

Anda selalu melihat halaman peminat (fan page) dalam Facebook kadangkala mempunyai mukadepan atau dipanggil landing page dimana memaparkan pelbagai rekabentuk dan butang. Sama juga seperti laman web, muka depan dalam halaman peminat lebih menarik perhatian pelawat untuk masuk jika ia diletakkan dengan elemen-elemen yang baik. Disini penulis paparkan 7 rekabentuk landing page beberapa Facebook yang simple tetapi menarik!

1) UNO

Facebook UNO memaparkan beberapa butang seperti laman web dengan design yang menarik menggunakan warna kayu.


2) Skittles

Skittles pula mempamerkan konsep pelangi dengan meletakkan ruangan iklan dibahagian landing page mereka.


3) McDonald's

Simple tetapi menarik! Mc Donald's mempamerkan produk terkini dibahagian mukadepan dengan butang untuk masuk ke dalam Facebook mereka.


4) Red Bull

Salah satu design landing page yang penulis gemari. Dengan memaparkan ruangan dalam yang samar-samar akan menggalakkan pelawak untuk klik LIKE.


5) Zappos

Zappos terus meletakkan katalog mereka dimuka depan dengan menggunakan fungsi flash seperti dalam laman web.

6) Coca-cola

Coca cola menggunakan warna merah sebagai daya tarikan serta meletakkan wording secara direct untuk mengajak pelawat klik butang LIKE.


7) Oreo

Satu design yang sangat simple tetapi tetap menarik perhatian dengan menggunakan memfokuskan satu warna iaitu warna biru.


Oleh itu, jika anda mempunyai halaman peminat di Facebook, cuba cipta satu landing page yang menarik untuk diletakkan sebagai muka depan. Ia akan menjadi satu faktor untuk mendapatkan jumlah peminat yang ramai Bagaimana untuk meletakkannya di Facebook? Tunggu e-Book penulis yang pertama yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Ya! Rahsia telah terbongkar! Rupanya penulis sedang menulis e-Book berkenaan dengan FACEBOOK! Tunggu... Nantikan juga tip-tip mengenai Facebook pada masa-masa akan datang.

Rabu, 18 Mei 2011

Guru Pendidik Bangsa


Rasanya masih tidak terlambat untuk penulis ucapkan selamat hari guru kepada bekas-bekas guru/ pengajar penulis yang telah mengajar sejak dari bangku sekolah tadika sehinggalah ke zaman kolej. Sesungguhnya peranan guru adalah sangat besar terutama diluar rumah dimana memberi didikan yang sewajarnya kepada anak-anak bangsa. Penulis juga kini telah menjadi sebahagian daripada pengajar dalam bidang sendiri iaitu fotografi dimana bertanggungjawab memberikan ilmu kepada mereka yang memerlukannya.

Jika mengikutkan sejarah, penulis telah mendapat didikan awal di Sekolah Tadika Tanjung Gemok, Rompin Pahang pada tahun 1986. Pada tahun 1987 sehingga 1989, penulis telah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Gemok sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan Bandar Endau pada tahun 1990-1992. Seterusnya penulis bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin, Endau Johor (1993-1997). Di zaman kolej pula penulis telah mengambil Diploma di Kolej IKIP, Kuantan Pahang pada tahun 1998-2001. Kemudiannya menyambung Ijazah ditempat yang sama sehingga tahun 2003.


Dengan ini sekali lagi penulis mengambil peluang untuk mengucapkan selamat hari Guru kepada semua guru atau pengajar yang pernah mengajar penulis. Penulis tidak dapat nak menyenaraikan semua nama-nama mereka kerana terlalu ramai. Namun mereka pasti akan ingat dengan bekas-bekas pelajar mereka. Semoga jasa kalian akan diberkati Allah dunia hingga akhirat. Disini penulis nak promosikan halaman Facebook sekolah dan kolej yang penulis pernah diduduki dulu. Salam sejahtera.