Isnin, 27 September 2010

Apakah Maksud Penulisan Itu?

Penulis tergerak hati ingin menulis sedikit tentang perkara ini kerana inginkan pendapat dari pembaca-pembaca sekalian. Sepertimana yang anda tahu, arena blog, facebook dan bermacam lagi platform telah digunakan untuk menyampaikan & berkongsi maklumat. Bermacam-macam cara digunakan seperti menaip posting, mengemaskini status & memuatnaik gambar sebagai satu peluang berkongsi apa yang kita ada. Namun ia mempunyai beberapa keburukan bergantung kepada beberapa faktor yang akan dibincangkan nanti.

Selalunya ada pengguna yang meletakkan input didalam blog/FB mereka dengan pelbagai cara. Ada yang ingin meluahkan perasaan, ada yang ingin menyatakan pendapat malah ada juga yang ingin menyerang/ menjatuhkan sesuatu pihak. Walau apapun tujuan sesuatu tulisan itu dibuat, ia perlulah mempunyai etikanya. Jika penulisan itu menyerang dengan secara terus seperti ugutan atau hasutan, ia mungkin membahayakan. Tindakan perlu diambil jika apa yang disampaikan itu tidak mempunyai fakta atau bukti yang kuat.

Namun apa yang penulis ingin sampaikan adalah, kadangkala apa yang seseorang itu tulis boleh disalah tafsir oleh pembaca. Ada input yang ditulis itu disalah-ertikan dengan pelbagai spekulasi & andaian yang timbul sedangkan ia tidak bermaksud begitu. Lebih malang lagi apa yang ditulis disitu ditokok tambah dan dipanaskan lagi dengan komen-komen orang lain. Perkara yang kecik kadangkala boleh jadi lebih besar dan komen-komen pembaca lain lebih melampau dari apa yang penulis asal sampaikan. Beberapa kes banyak berlaku akhir-akhir ini.

Dibawah penulis sediakan satu CONTOH status yang penulis ambil dari Facebook penulis sendiri. Apa pandangan anda jika anda membacanya? Petikannya berbunyi begini...

"klu aku malu, harta akhirat x ckup lg dh trkejar2 harta dunia. Aku lbh rela xde harta dr putus saudara. Aku malu! Malu! Krn harta blh lupa segalanya..."

Persoalannya :

1) Adakah anda rasa penulisan ini secara general atau khas untuk seseorang?
2) Adakah anda rasa penulisan ini menghina atau satu sindiran kepada anda yang membaca?
3) Adakah anda rasa anda akan tergugat atau mengalami kesusahan JIKA anda rasa anda lah orang yang dimaksudkan?

Jawapan adalah hak anda masing-masing...

Tetapi pada penulis, setiap yang penulis tuliskan ada maksud & hujah tersendiri. Penulis mempunyai prinsip iaitu menyatakan sesuatu hanya untuk DIRI SENDIRI. Jika ada untuk orang lain pun, penulis tidak akan menyatakan nama mereka SECARA LANGSUNG. Itu adalah etika yang penulis pegang. Namun jika ada yang terasa, itu adalah hak masing-masing (of course kalau yang makan cili itu akan terasa pedasnya). Dan apa yang penulis ingin sangat tekankan, JANGAN SESEKALI MEMPERTIKAIKAN ATAU MENYALAHKAN penulisan tersebut jika ia tiada melibatkan nama sesiapa pun secara peribadi kerana itu adalah hak penulis. Penulis mempunyai HAK menulis apa pun SELAGI TIDAK MENYERANG INDIVIDI SECARA LANGSUNG.

Sudah tentu penulis tidak akan bercakap begitu sahaja tanpa menjawab soalan-soalan diatas. Ini adalah jawapan penulis...

1) Of course GENERAL! Tiada sesiapa dapat buktikan penulis ada menyebut nama sesiapa dalam penulisan tersebut. Jika ada perkataan "SAUDARA" sekali pun, penulis mempunyai saudara sebelah abah, saudara sebelah emak & saudara sebelah mertua. Tiada pihak saudara yang belah mana dapat membuktikan dia yang dimaksudkan. Malah semua umat islam adalah saudara penulis. Adakah anda tidak bersetuju dengan apa yang Nabi katakan (umat islam adalah bersaudara)?

2) Absolutly NOT! Jika anda terasa, maaf! Namun harus diingat, JIKA ya sekalipun nama anda tidak disebut dan anda tidak perlu risau. Tetapi pembaca yang lain rasanya tidak terasa kan? Sebenarnya terasa atau tidak terasa itu bukan isunya. Isunya adalah penulisan itu ditujukan untuk DIRI SENDIRI! Kenapa penulis kata diri sendiri? Sebab ada perkataan "AKU". 3 kali penulis sebutkan perkataan "aku" disitu. Adakah ianya untuk anda? Kalau ya lepas ini saya tegur anda seperti ini... "Hey Aku! Tengah buat apa tu?". Rumusannya, ia adalah peringatan untuk diri sendiri. Diulangi, DIRI SENDIRI.

p/s - harta dunia = kereta pun harta dunia, handphone pun harta dunia jugak...laptop, TV, peti sejuk, mesin basuh, bla bla bla...

3) Penulis rasa TIDAK MUNGKIN anda akan muntah hijau atau dimasukkan ke ICU jika membacanya. Diam-diam saja lah dan selesaikan secara berdepan dengan penulis ni sendiri. Kalau ada yang nak saman penulis pun silakan, tiada nama sesiapa pun dalam penulisan tu. Wallahualam.

Ini merupakan satu CONTOH dimana satu penulisan itu boleh ditafsirkan dengan pelbagai bentuk. Bukan isu penulisan diatas yang hendak dibahaskan tetapi ia merupakan satu contoh yang boleh terjadi dengan hanya beberapa patah perkataan sahaja. Setiap orang mempunyai gaya penulisannya tersendiri. Ada yang kasar, ada yang berlembut, ada yang berkias dan ada yang sinis. Oleh itu kita perlu nilai sebaik-baiknya apa yang seseorang itu ingin sampaikan. Kadangkala niat baik seseorang itu boleh disalah ertikan malah akan membawa keburukan pula.


*p/s - tak semua yang orang tulis itu dapat dihuraikan, oleh sebab itu, minta penjelasan sejelas-jelasnya dari penulis tersebut. Peringatan untuk DIRI SENDIRI, selepas ini kena tulis dengan lebih baik untuk mengelakkan salah tafsir & jangan salah tafsir orang lain punya penulisan...

4 ulasan:

j.u.l.i.e berkata...

actually saya pnah kena maki dlm blog,maki yg mmg pedih,ada la 1 entry yg saya tulis mbuatkn seseorg terasa,padahal saya x brmaksud apa2, Tips yg saya baca,kalo kita kena maki dlm blog/FB, dinasihatkan JANGAN BALAS balik komen2 tu,just remove/delete saja. Org mcm tu saja nk cetuskan provocation,kalo kita layan,suasana akan jdi lg teruk dan kalo kita balas dgn caci maki juga,kita akan memburukkan imej kita sndiri. Apa yg saya nmpk FB sgt bahaya,jgn tulis status yg pelik2,nti kita juga susah.Kdg2 org tersalah tafsir dan terus komen melulu tanpa brtanya dulu. Blog pun sama,dulu2 tulis blog ni best,takde org kacau,tp skg kena pikir dulu apa yg kita akan tulis. Ini yg pnah saya hadapi lah. Tak tau pengalaman org lain mcm mana. Sekian.

Reds berkata...

Thanks Julie...

Mmg perkara camtu selalu terjadi. Sy mmg setuju sgt yg kita x perlu balas balik apa yg org lain katakan...sbb itu yg akan menimbulkan lbh byk andaian buruk...

Pd pendapat saya, kita ada hak nk tulis apa saja yang kita nk tulis selagi kita xde menyerang atau mengaibkan org secara terang-terangan... Jika di FB mgkin kita kena lbh brhati2 dlm berkata ttp tidak sepatutnya dikacau jika ditulis didalam blog (terutama yg dibayar domain/ hosting setiap tahun sprti harrisfadzilah.com ini)

Mmg kita ni kdgkala tulis sesuatu status itu dgn niat yg baik ttp disalah tafsirkan...so kita sbgi penulis pun mmg kena beringat la...Jgn tulis yg pelik2 sprti kata Julie....

Dan nasihat pd diri penulis gak, klu rasa diri penulis ni TERASA atau tergugat dgn sesuatu status yg org lain tulis....lbh baik terus PM or call org tu tuk mntk pnjelasan...sbb klu kita taip blk komen disitu jugak...kita tlh mmbodohkan diri kita mnyerah diri. Dr x tau jd org tau...& kadangkala benda yg kecik akan jd lbh besar atas sbb kita balas komen kat situ...

Kaff berkata...

sebab tu aku agak hambar ngan dunia FB ni..sebab nak tak nak ada masanya terpaksa hadapi situasi salah faham yang merimaskan..tak aktif pun takpe yang penting hati senang... :)

Reds berkata...

betullah kaff...pas ni kita gunakan FB utk tujuan bisnes je kan? lg bagus...