Selasa, 29 Jun 2010

Perginya Pak Awie : Profesor Rimba

Ada apa dengan nama Pak Awie? Dia digelar dengan gelaran Profesor Rimba, Raja Rimba, pakar ikhtiar hidup dan bermacam-macam lagi. Itulah isteimewanya seorang yang bernama Awie Mabot, seorang yang berasal dari sebuah perkampungan asli di Kluang dan berketurunan Melayu Asli (Jakun). Beliau adalah seorang jurulatih di Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Insan YPJ atau lebih dikenali dengan OBS di Sekakap Mersing.

Pak Awie menerangkan tentang perangkap binatang liar

Pak Awie menunjukkan sejenis kulit pokok yang boleh menyalakan api.

Pak Awie ketika ditemuramah oleh seorang wartawan Utusan Malaysia di Program Bersama Media PKPI tahun 2006.

Gambar yang penulis ambil menunjukkan kepakaran Pak Awie dalam menyumpit.

Pak Awie telah bertugas di OBS Sekakap sejak ia mula ditubuhkan lagi pada tahun 1974. Beliau telah melatih ramai sekali pemimpin-pemimpin kerajaan Negeri Johor termasuk Tan Sri Muhyidin Yasin yang menjalani kursus disitu. Pak Awie mempunyai kelebihan luar biasa seperti tahu semua khasiat tumbuhan-tumbuhan hutan, dapat menghidu binatang buas dan pantang larang dalam hutan. Itulah serba sedikit fakta menarik mengenai beliau.

Pak Awie menerangkan sejenis masakan orang asli di Program Jalinan Mesra dengan Taman Negara Endau-Johor.

Inilah hasil yang Pak Awie, Ehsan & Penulis ambil didalam hutan Jemaluang iaitu umbut Bayas.

Pak Awie menunjukkan cara membuat kelarai kepada kami untuk majlis Jalinan Mesra Taman Negara Endau Johor 2006.

Sejak penulis bertugas dengan KPYPJ 6 tahun yang lalu, penulis juga berpeluang mendekati Pak Awie dalam banyak program yang penulis sertai. Ternyata Pak Awie merupakan seorang yang peramah, berlembut dan tidak kedekut ilmu walau sedikitpun. Banyak juga ilmu-ilmu yang dapat penulis pelajari sewaktu mengenali beliau. Antara yang tidak dapat penulis lupakan adalah pada aktiviti di Taman Negara & Program bersama media pada tahun 2006.

Penulis (baju hitam bertopi merah) dan peserta lain sedang mendengar penerangan dari Pak Awie di hutan Jemaluang.

Antara keratan akhbar yang penulis simpan. Banyak sekali artikel mengenai Pak Awie ada dalam simpanan penulis.

Antara perkara yang diingati mengenai Pak Awie bersama penulis adalah, ceritanya mengenai Big Foot, bagaimana beliau berhadapan dengan Pak Belang dan khasiat-khasiat tumbuhan hutan serta pantang larang didalam hutan. Ilmu-ilmu tersebut ternyata sangat tak ternilai kerana ia jarang sekali diperolehi oleh seseorang individu. Penulis juga tidak dapat melupakan saat ketika sama-sama memasuki hutan Jemaluang bersama beliau untuk mencari umbut Bayas.

Ketika mengikat tali flying fox tahun lalu.

Bukan sahaja di hutan, Pak Awie juga pakar mengenai air. Ketika memberi taklimat berakit tahun lalu.

Namun pada tanggal 27 Jun 2010, penulis telah mendapat berita yang Pak Awie telah meninggal dunia di hospital Kluang kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya. Mengikut sumber, kereta yang dipandu Pak Awie telah dilanggar oleh sebuah MPV yang memasuki lorongnya. Satu berita yang sangat menyedihkan bagi warga KPYPJ dan PKPI malah semua orang yang mengenalinya. Apa yang pasti, perginya Pak Awie tiada tolok gantinya.

Dalam kenangan : Penulis & rakan-rakan bersama Pak Awie ketika selesai menyiapkan pentas di Taman Negara Endau Johor.

Ini merupakan salah satu petikan komen menarik yang penulis ambil dari FOTO Pak Awie yang penulis letakkan di FB berbunyi, Awi of the jungle was known a big name for KPYPJ. His death is a real lost to KPYPJ. Awi of the jungle speaks forever amongst his friends. His vast knowledge on river, jungle, sea, mountains is a mystery. He ability to walk on the thin stick is a mystery. His spilt on beasts is a mystery. His ability to turn leafs into fire is a mystery. Awi - we missed you.

*kali terakhir penulis berjumpa dengan Pak Awie adalah dalam majlis Jalinan Korporat KPYPJ Mac lalu. Takziah penulis ucapkan kepada keluarga beliau.

6 ulasan:

author faethal berkata...

Allahuakbar...Allahuakbar..Allahuakbar...
Sedihnya Ris...
Aku takleh baca artikel ko ni,
Mengimbas balik kenangan manis dengan Pak Awi..

erienz berkata...

sungguh sedihkn Haris, x de pengganti sehebat Pak Awi...

little lady in red shoes berkata...

May he rest in peace...His name will always be with KPYPJ....

Unknown berkata...

Nama Pak Awi akan sentiasa terpahat istimewa di hati setiap insan yang pernah mengenali beliau..

Shaiful Huzaini berkata...

Sepanjang 13 tahun mengenali Pak Awi beliua merupakan seorang yang berhemah tinggi dan sangat merendahkan diri walau pun berilmu tinggi. Kenangan di PKPI dan Gunung Pulai sentiasa terpahat di ingatan. Semoga Pak Awi bersemadi dengan tenang selamanya.

Wan F berkata...

Banyak kenangan bersama Pak Awi & keluarganya, sewaktu berjiran dengan mereka di Kampung Sri Pantai, Mersing. Beliau Seorang yang tenang & lemah lembut dalam tutur kata.