Dalam masa sebulan (lebih tepat lagi 20 hari) setelah kemalangan yang dialami isteri, motor Modenas Kriss penulis sekali lagi mengalami kemalangan kali ini ditunggang oleh penulis sendiri. Ia berlaku ketika penulis dalam perjalanan pulang menuju ke rumah setelah mengisi minyak. Penulis melalui satu jalan yang gelap dan lurus. Memandu dalam keadaan yang sederhana (60 km/j), tiba-tiba 2 ekor kerbau telah melintas jalan. Tiada apa yang sempat dilakukan melainkan merempuh sahaja haiwan tersebut.
Motor penulis yang baru dibaiki telah mengalami kerosakan kecil terutama dibahagian hadapan. Manakala penulis pula, hmm... (rasanya ok kot), hanya mengalami luka dikaki tetapi sakit dalaman di siku & paha kanan. Walaupun ia sudah 3 minggu berlalu, masih ada rasa sakit yang tertinggal terutama dibahagian siku. Dengan ini penulis mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada "pengembala" kerbau tersebut kerana membiarkan binatang anda berkeliaran. Sesungguhnya anda adalah sama seperti binatang peliharaan anda.

*p/s - sesiapa yang boleh bagi cadangan, warna apa yang sesuai untuk saya cat motor ni? Terima kasih.
6 ulasan:
haris...maaf, sy terketawa bl baca entry ini. iaitu bl baca ayat yg berbunyi "pengembala kerbau tu sama cam binatang peliharaanya". lucu tp sinis n penuh bermakna.
# Cat warna kuning (pekat + terang), nampak ranggi reds. Hehe
biasa la tuan lembu/kerbau suka biarkn binatang diaorg bersepah,pastu nyusahkan org...dlm islam dh ajar kalo nk pelihara binatang kena sediakan kandang..(bebel plak pagi2 nih...hehehe)
cat kaler hijau...hehehe
alahai...malang tak berbau...sabar je la..
sabar ye... ade hikmah di sebaliknye... tak sekarang akan datang mesti nampak hikmahnye..
catla warna pink..kinky skit
dugaan tu ris...ko kne airbrush moto ko gambo NARUTO...hahahahaa...x pon ko cat warna biru...birukan mdamaikan...insya-ALLAH dijauhkn dr bahaya...amin
Catat Ulasan