Dalam masa sebulan (lebih tepat lagi 20 hari) setelah
kemalangan yang dialami isteri, motor Modenas Kriss penulis sekali lagi mengalami kemalangan kali ini ditunggang oleh penulis sendiri. Ia berlaku ketika penulis dalam perjalanan pulang menuju ke rumah setelah mengisi minyak. Penulis melalui satu jalan yang gelap dan lurus. Memandu dalam keadaan yang sederhana (60 km/j), tiba-tiba 2 ekor kerbau telah melintas jalan. Tiada apa yang sempat dilakukan melainkan merempuh sahaja haiwan tersebut.
Motor penulis yang baru dibaiki telah mengalami kerosakan kecil terutama dibahagian hadapan. Manakala penulis pula, hmm... (rasanya ok kot), hanya mengalami luka dikaki tetapi sakit dalaman di siku & paha kanan. Walaupun ia sudah 3 minggu berlalu, masih ada rasa sakit yang tertinggal terutama dibahagian siku. Dengan ini penulis mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada "pengembala" kerbau tersebut kerana membiarkan binatang anda berkeliaran. Sesungguhnya anda adalah sama seperti binatang peliharaan anda.
Antara kerosakan yang dialami
*p/s - sesiapa yang boleh bagi cadangan, warna apa yang sesuai untuk saya cat motor ni? Terima kasih.