Ahad, 31 Januari 2010

Semangat Untuk Berblogging

Ingin menyumbang lebih banyak tahun ini...

Bila penulis perhatikan balik statistik tahun lepas, penulis agak kurang menulis posting-posting di blog 'Mencipta Memori' ini berbanding tahun sebelumnya. Jika tahun 2008 penulis telah menulis 86 posting, tahun lepas penulis hanya mampu menulis 74 posting sahaja. Begitu juga dengan statistik lain, seperti kurang memberangsangkan. Adakah semangat berblogging penulis sudah luntur? Atau ada sebab-sebab yang lain?

Seperti yang penulis sudah katakan pada posting sebelum ini, mungkin kerana sibuk dengan urusan kerja dan perpindahan tempat yang membuatkan banyak masa yang digunakan. Berpindah adalah satu perkara yang sangat memenatkan apa ntah lagi perlu berkemas ditempat lama kemudiannya berkemas pula ditempat baru. Memang mengambil masa yang agak lama untuk menyudahkannya.

Atau mungkinkah kerana trend sekarang pengguna internet lebih suka menggunakan Facebook? Sama juga seperti penulis yang selalu menggunakan Facebook, adakah itu menyebabkan penulis kurang berblogging? Jangan lupa Facebook adalah umpama "highway" yang traffiknya memang sesak dengan pengguna tetapi blog adalah "rumah" kita yang perlu kita jaga untuk menjemput pelawat datang.

Apapun alasannya. tahun 2010 ini penulis tetap ingin meneruskan arena blogging ini dan akan cuba menjaga "rumah" penulis ini dengan baik. Mungkin tahun ini penulis ingin menulis 100 posting. Apa yang penting, penulisan yang akan disampaikan haruslah mempunyai kualiti yang baik dan dapat menyampaikan sesuatu kepada pembaca. Semoga kita semua terus berblogging untuk perkongsian maklumat. Happy blogging!

10 fakta menarik blog 'Mencipta Memori' (2009)

1) Negara asing paling banyak melawat : Amerika Syarikat, 4.72%
2) Jumlah keseluruhan pengikut : 23
3) Posting paling banyak ulasan : Terima Kasih KPYPJ, 12
4) Bulan paling banyak posting : Januari, 13
5) Jumlah blog yang diikuti : 54
6) Jumlah keseluruhan kategori (label) : 21
7) Jumlah keseluruhan posting : 74
8) Pelawat paling ramai dalam 1 hari : 16 November 2009, 107
9) Kategori paling banyak posting : Fotografi, 48
10)Bilangan keseluruhan pelawat : 10,344

*p/s - Statistik tahun 2008 boleh dilihat DISINI.

Rabu, 20 Januari 2010

Medal Memori Maya 2009

Assalamualaikum semua, rasanya tidak terlambat untuk penulis mengumumkan pemenang bagi Medal Memori Maya tahun 2009 blog "Mencipta Memori" ini setelah sekian lama membuat kompilasi & rumusan, akhirnya keputusan rasmi diperolehi. Sekadar peringatan, anugerah yang di panggil MEDAL MEMORI MAYA ini ditujukan khas kepada pembaca blog ini yang dikira melalui komen & statistik blog.

Anugerah ini mengandungi 2 kategori iaitu PELAWAT TERBAIK dan PROMOTER TERBAIK. Medal PELAWAT TERBAIK dianugerah kepada mereka yang selalu melawat blog "mencipta memori" ini berdasarkan komen pada posting & juga cbox. Manakala Medal PROMOTER TERBAIK pula dianugerahkan kepada website @blog @ page yang mempunyai link URL ke blog "mencipta memori" dimana ia paling banyak menarik & memberi akses pengunjung lain ke blog "mencipta memori".

Pemenang akan diberikan SCRIPT untuk mereka paparkan medal mereka di webpage @ blog @ seumpanya milik mereka. Berikut merupakan senarai pemenang pada tahun ini mengikut ranking top 15 (penulis 'up'kan lagi ranking dari 10 ke 15 kerana semakin ramai yang memberi komen) ;

PELAWAT TERBAIK

1) Fiza
2) Kaff
3) Artakus
4) Fadh
5) Oldtechie
6) Norazman
7) Julie
8) Ayares
9) Cheekongsejuk
10)Anipah
11)Anak Rantau
12)Lokman
13)Inda
14)BlindArt
15)Eyta

* pengiraan : cbox-1 markah, komen-2 markah, follower-tambahan 3 markah


PROMOTER TERBAIK

1) http://thekaff.blogspot.com
2) http://anipahahmad.blogspot.com
3) http://artakus5143.blogspot.com
4) http://cheekongsejuk.blogspot.com
5) http://mohdlokman.blogspot.com
6) http://santai-norazman.blogspot.com
7) http://atengbest.blogspot.com
8) http://pinkynie.blogspot.com
9) http://jasinda81.blogspot.com
10)http://z-diaryku.blogspot.com
11)http://rosdimansor.blogspot.com
12)http://hadifhadifah.blogspot.com
13)http://yayatun.blogspot.com
14)http://akunapi.blogspot.com
15)http://redshoes08.blogspot.com
16)http://sakitpening.blogspot.com
17)http://itpypj.edu.my
18)http://ayares151.blogspot.com
19)http://jay-lovers64.blogspot.com
20)http://akubotak.blogspot.com

*pengiraan : gabungan markah dari statistik histats.com

Sebagai rumusan, pada tahun 2009 penulis agak kurang menulis posting diakhir tahun mungkin kerana kesibukkan urusan berpindah kerja & rumah. Tahniah kepada Fiza kerana telah berjaya mengalahkan pemenang tahun lepas, Kaff dalam kategori PELAWAT TERBAIK. Namun Kaff berjaya mengekalkan kategori PROMOTER TERBAIK namun dicabar hebat oleh Anipah & Artakus.

Kepada mereka yang tidak tersenarai, penulis tetap hargai lawatan anda kesini. Sesungguhnya penulis tahu mereka yang telah melawat blog ini melalui komen lebih dari 30 pelawat unik yang telah direkodkan. Semoga anda semua terus menyokong penulis dalam arena blogging ini. Kepada pemenang (No.1 sahaja) sila berikan email anda ke harrisfadzilah@gmail.com untuk menerima hadiah 'script medal' sebelum 31 Januari 2010.

"TAHNIAH KEPADA PEMENANG! & SELAMAT BERBLOGGING"


p/s - senarai pemenang Medal Memori Maya 2008

Isnin, 18 Januari 2010

Salah Ke Berangan? Mengimpikan Sesuatu?


Berikut merupakan perkara-perkara yang penulis impikan untuk tahun 2010 ini atau lebih mudah dipanggil "wish list". Penulis telah membuat wish list ini sebagai satu target untuk dibeli pada tahun ini. Of course semua ini adalah duniawi semata-mata kerana kita sudah semestinya wajib mengimpikan & berusaha untuk akhirat yang baik. Semua perkara itu bermula dengan impian dan angan-angan sebelum kita dapat mengecapinya.

Penulis tergerak untuk membuat visual wish list seperti diatas setelah teringat kata-kata Dr. Azizan mengenai fokus minda kita yang lebih mudah diset dengan visual. Letakkan ia ditempat-tempat yang setiap hari dapat dilihat dan kita setkan atau berdoa untuk mendapatkannya setiap kali memandang gambar tersebut. Gambaran yang jelas dan fokus akan memberitahu minda kita dengan tepat apa yang sebenarnya kita inginkan.

Selain wish list untuk dibeli, penulis juga mempunyai beberapa harapan untuk dilakukan tahun ini seperti mengukuhkan lagi kesejahteraan anak, membuat kerja amal, menyambung pelajaran & membuat pelaburan masa hadapan. Semua itu penulis cuba untuk lakukan sebaik mungkin untuk kepuasan diri sendiri serta kebahagian keluarga. Walaupun nampak sukar namun penulis perlu yakin pada diri sendiri.

Mungkin ada yang berkata, ia harapan yang tinggi, sukar hendak dicapai, hanya angan-angan atau seumpamanya. Namun sekurang-kurangnya kita telah dapat motivasikan diri jika setiap hari dapat melihat apa yang kita inginkan. Secara tidak sedar anda akan bekerja keras, selalu berdoa, sentiasa berfikir tentangnya dan bersemangat tanpa luntur dimakan masa. Hilangkan rasa tidak yakin kita kerana ia pasti dapat dilakukan.

Orang yang berjaya selalunya mempunyai wawasan dan fokus kepada apa yang ingin dicapai. Wawasan sangat penting walaupun ianya sesuatu yang belum pasti dapat dilaksanakan. Melalui wawasanlah kita akan nampak apa sebenarnya yang harus kita lakukan. Setiap orang inginkan kejayaan dalam hidup dan begitu juga penulis. Semoga kita terus dapat bekerja dengan baik serta diredhai Allah. Amin...

*p/s - jangan biarkan angan-angan anda sama seperti angan Mat Jenin...

Isnin, 4 Januari 2010

Apa Yang Aku Dah Buat?

Seperti yang dijanjikan, penulis telah membuat satu rumusan lengkap dan ingin memaparkan apa yang telah penulis lakukan sepanjang tahun 2009. Jika tahun sebelumnya (2008), penulis pernah merasa saat paling 'down' dalam hidup dan cuba bangkit dengan langkah demi langkah, membangunkan komuniti NahamPhoto & semangat diri, tahun 2009 telah memberi penulis satu lagi ruang untuk terus bangun dari kejatuhan dengan pelbagai kejayaan & perubahan dalam hidup.

No.4 dalam carian google utk keyword 'jurufoto johor' adalah satu pencapaian yang agak baik...

Tahun lepas dimulai dengan langkah berani menganjurkan kursus fotografi walaupun secara asas sahaja dengan niat ingin memberi ilmu tentang asas fotografi kepada mereka yang baru menceburi bidang tersebut. Dengan sambutan yang baik, penulis meneruskan lagi dengan beberapa bengkel serta aktiviti terbesar yang pernah penulis anjurkan iaitu ShootOut! Sekakap. Terima kasih atas sokongan ahli-ahli dan anda semua yang telah banyak membantu serta menyokong usaha yang penulis lakukan.

Alhamdulillah tahun lepas juga penulis dapat melakukan lebih daripada 20 tugasan fotografi tidak kira perkahwinan atau selain dari perkahwinan. Melakukan kerja yang kita betul kita minati memberikan kepuasan walaupun kita perlu berkorban banyak perkara seperti masa & tenaga. Semakin hari pula semakin ramai yang mengenali hasil kerja penulis dan NahamPhoto dengan statistik pelawat laman web yang memberangsangkan. Sekali lagi penulis amat berterima kasih kepada mereka yang menyokong penulis.

Statistik lengkap tugas/ penglibatan penulis yang telah direkodkan untuk tahun 2009...

Antara perkara-perkara lain yang telah penulis lakukan dalam tahun 2009 adalah membeli domain harrisfadzilah.com untuk blog 'mencipta memori' ini, membina laman peminat NahamPhoto di Facebook, beberapa gambar telah berjaya terpapar di surat khabar dan yang pastinya penghijrahan penulis dari KPYPJ pulang ke kampung untuk menyahut cabaran baru. Sesungguhnya penulis merasa sangat beruntung kerana telah memperolehi banyak pengalaman dan peluang ketika bertugas di KPYPJ.

Antara gambar yang telah berjaya terpapar kedalam muka akhbar...terima kasih kpd PR KPYPJ...

Rumusannya, penulis merasakan tahun 2009 adalah satu tahun lonjakan pagi penulis untuk terus berusaha dengan lebih baik dalam bidang yang penulis ceburi. Dengan pengalaman tahun yang lepas, penulis cuba tajamkan lagi perancangan & strategi untuk mengharungi lebih cabaran di tahun ini. Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan berjaya seterusnya menjadikan ia sesuatu yang bermakna dalam hidup penulis. Kepada semua pembaca, selamat berjaya dangan azam baru anda!

RINGKASAN STATISTIK 2009

No [4] carian google ‘jurufoto johor’ (dis 09), [7] kursus/ bengkel yg dianjurkan, [9] job selain kahwin, [13] kursus/ bengkel yg disertai [17] job kahwin, [450] Rakan FB, [7774) hits blog NahamPhoto, [10344] hits harrisfadzilah.com