Ahad, 15 November 2009

Terima Kasih KPYPJ...

Antara gambar terawal diambil di KPYPJ. Dari kiri penulis, Pn. Mardziah, Andik (praktikal), Rafee, Maria (praktikal), Ust. Wan & En. Jamal

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua warga kerja KPYPJ,

Pada 1 Mac 2004, penulis datang melapor diri ke KPYPJ sebagai Pegawai Sistem Maklumat. Ketika itu penulis menggantikan seorang staf bernama Hanizam, dialah orang pertama yang menelefon penulis dan memberi penerangan selama sebulan sebelum dia menghabiskan cuti. Tempat pertama penulis adalah di level M, Wisma YPJ Holdings bersama 2 lagi rakan sekerja iaitu Shahrudin & Shahrul.

Unit Komputer ketika itu dibawah Bahagian Korporat bersama Unit latihan dan Pengarah Korporat ketika itu adalah En. Jamaluddin Hamzah. Disitu penulis mengenali Kafi, Halim, Rafee, Ustaz Wan daln lain-lain. Walaupun baru bekerja ketika itu, namun level M begitu mesra dengan gelagat selamba En. Jamal & perangai gila-gila kami. Begitulah antara sejarah awal penulis ketika bersama KPYPJ.

Bulan demi bulan, tahun demi tahun, penulis telah lalui pelbagai pahit manis sebagai seorang pekerja. Pernah bertukar Jabatan seperti Kredit & Korporat, melakukan pelbagai kerja didalam dan diluar pejabat. Melalui pelbagai pahit jerih keadaan yang mendatang. Semua pengalaman itu menjadi sesuatu yang bernilai bagi penulis kerana ia menjadikan penulis lebih matang dalam kehidupan.

Antara kenangan manis bekerja di KPYPJ adalah dapat duduk bersama dalam mesyuarat BOD bersama Menteri Besar & Ahli Lembaga Pengarah yang lain walaupun hanya sekadar pemerhati. Kenangan-kenangan lain adalah dapat pergi ke tempat-tempat yang belum pernah dijejaki seperti Taman-Negara Endau Rompin melalui kursus-kursus & bengkel-bengkel yang pernah diikuti.

Dalam manis ada pahitnya. Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan adalah dibaling kabel oleh seorang Pengarah di khalayak ramai. Itupun atas kerja hari Isnin yang diberitahu kepada penulis pada hari Ahad, satu masa yang sangat "panjang" untuk membuat persediaan. Pengalaman pahit lain adalah di herdik atas kerja sukarela yang penulis lakukan, juga dikhalayak ramai.

Semasa di level M, Level M adalah level paling meriah satu ketika dahulu...

Penulis juga pernah melalui saat yang "down" dalam hidup ketika bekerja. Pernah ada "mereka" yang tidak faham dengan situasi penulis ketika bersedih tentang kelahiran Nailah Hana. Pernah juga kehilangan jam & beberapa barang mahal di pejabat (siapa lagi yang ada di pejabat melainkan rakan sekerja...) & pelbagai lagi karenah rakan sekerja. Namun semua itu tidak melemahkan semangat penulis untuk terus bekerja.

Namun begitu, penulis ingin mendedikasikan ucapan terima kasih kepada beberapa rakan seperti rakan karib, Kaff yang telah banyak membantu penulis tidak kira urusan kerja mahupun peribadi. Paling tidak dilupakan membantu penulis menguruskan urusan kereta panulis yang ditarik. Sanggup bersusah payah menghantar penulis kesana-kemari tanpa bersungut. Semoga jasa dan hati murni beliau dibalas Tuhan.

Seterusnya terima kasih juga diucapkan kepada Halim & Farhat, rakan sarapan penulis yang juga banyak membantu dalam urusan kerja. Halim juga pernah membantu menunjukkan jalan ke rumah pengantin di Muar. Tidak lupa juga kepada Anipah & Adik yang menhantar penulis pergi & balik dari J.B-Muar-Ayer Hitam ketika kereta penulis mengalami kemalangan. Tidak lupa Adiem yang menolong menghantar gambar.

Seterusnya terima kasih didedikasikan kepada Kak Asnah, Fiza & Sha yang pernah menghantar penulis pulang jika hari Hujan/ motor rosak. Tidak lupa kepada En. Shahrim, Ustaz Mizi & En. Supaat yang selalu belanja makan dan En. Zahid yang selalu memberi peluang gambar dipaparkan dalam media cetak. Tidak dilupakan Misna yang selalu turun J.B. bersama Anipah untuk meraikan penulis & geng P&P.

Seterusnya terima kasih kepada Kak Nani & Kak Zu yang selalu menghidangkan makanan lazat, kepada Rafi, Angah, Aju, Apai, Boy, Khalid serta team Zapin yang lain. Terima kasih juga kepada pasukan kompang, futsal, PESAYA, JPA3, rumah Simbang, PS2, Blogger-blogger, P&P serta semua kawan-kawan lain di KPYPJ yang tidak disebutkan. Semoga semua bantuan yang kalian berikan akan mendapat balasan Allah.

Kini semua tinggal kenangan...Dulu Hanizam pernah kata, kerusi Unit Komputer memang panas, jarang yang akan kekal lama...

Kini 30 November 2009, penulis akan meninggalkan KPYPJ setelah 5 tahun 8 bulan memberikan khidmat & mencari rezeki. Segala kenangan dan kawan-kawan akan ditinggalkan dan cabaran baru akan digalas. Adat di dunia setiap pertemuan ada perpisahannya dan kadangkala perpisahan itu tidak dapat dielakkan lagi walaupun kita terlalu sayangkan sesuatu perkara.

Akhir kata, peninggalan penulis dari KPYPJ tidaklah bermaksud kita akan terputus hubungan. Semoga hubungan ini dapat diteruskan lagi dan kita tidak melupakan antara satu sama lain. Penulis mendoakan agar semua rakan-rakan akan berjaya dan KPYPJ akan maju pada masa-masa akan datang. Penghijrahan ini adalah satu pengorbanan kerana "Tiada Kejayaaan Tanpa Pengorbanan"....

*p/s- Teruskan berblogging, teruskan bekerja, jangan lupa Reds, jangan lupa NahamPhoto... Slmt tinggal KPYPJ...

12 ulasan:

little lady in red shoes berkata...

Harris!!!!
Aku pun dh lupa tentang perkara tu...aku rase kak ani pun same...x pernah terlintas inginkan balasan..but i really appreciate that!!!
Semoga kau n family sentiasa dilindungi dibawahNYa.Jangan takut pada cabaran akan datang. Ingat! HANYA DIRI KITA JE YG TAU APA BERLAKU DALAM DIRI KITA....kita adalah ciptaan miracle dari ALLAH.

Anipah Ahmad berkata...

Monday blues ini dimulakan dgn keadaan air mata mula bertakung. Betul la...hubungan rakan yg ikhlas begitu bermakna. Wl rasakan kt tetap dihubungkan dgn pelbagai media...namun bl berpisah dari satu company..tetap memberi kesan.

Betul kata Adik..sy sendiri dah tak ingat masa bl hantar cik reds. Tak pernah berkira pn utk meminta balasan. Terima kasih juga kerana dapat menilai erti persahabatan antara kt.

Moga Geng P&P tetap wujud antara kt. Tak selalu ketemu utk beraktviti, kt tetap blh beraktiviti secara blogging.

Kaff berkata...

Biasanya kalau aku terlalu sedih dengan perpisahan, tak tahu nak cakap apa. Hanya mampu berlagak biasa namun dalam hati tuhan saja yang tahu.

Rasanya life kerja aku kat KPYPJ takkan sama lagi dengan ketiadaan kau.

Anyway..semoga lebih berjaya dengan tempat kerja baru..!

Kawankau YB berkata...

Haris, aku doakan kau berjaya dunia akhirat.. Pada aku, engkau antara kawan yang best.

Jaga diri dan keluarga, sesekali nanti, aku nak lepak kat kampung kau, itupun bila free la.. haha... jangan bentang karpet merah hehe..

Aku kesian betul dgn nasib kawan2 yang kau tinggalkan tu, aku pun kadang rasa macamtu, tapi tak pe la, banyakkan sabar dan tahankan kesedihan ..

Sesekali nanti, kau kirim kan lah pada mereka (dan aku juga tau) ikan masin ke, keropok ikan parang ke.. mesti lagi best.. free tau, poslaju je, jangan courier pulak... huhu

fiza berkata...

isk..isk..isk..sape nk amek gambo aq nnt :( we ganno miz u ris...lain nyer rasa :(

oldtechie berkata...

Assalamualaikum En. Reds! Walaupun pada mulanya kita tak ngam, tapi saya rasa berbangga kerana dapat bekerjasama dgn En. Reds! Pengalaman bekerja dengan En. Reds pada masa Unit Komputer kehilangan terajunya, En. Din Server merupakan pengalaman yang menyatukan kita dari segi ilmu, pengalaman, kepakaran, emosi, kesabaran dan sebagainya. Akhirnya kita sama2 dapat memantapkan kembali Unit Komputer walaupun tidak sama seperti dulu. Saya berasa teramat sedih kerana kehilangan seorang yang bagi saya amat berharga buat KPYPJ keseluruhannya. Tetapi saya juga gembira kerana En. Reds telah memulakan langkah yang penting untuk memantapkan kerjaya dan mengejar kegemilangan hidup yang tidak boleh dicapai jika masih berada di KPYPJ! Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Tinggal serta "All The Best!" kepada En. Reds! Seperti kata-kata En. Reds "Penulis beruntung kerana zaman sekarang, teknologi tidak akan memutuskan hubungan dengan saudara-mara dan sahabat handal. Insya Allah." Sekian, Wassalam.

P/S : Sedih bila tgk gambar2 lama terutama gambar Unit Komputer dulu.....

artakus berkata...

^_^ '_' >_< T_T
(i'm speechless)

Tanpa Nama berkata...

pergh...nostalgia gambar unit komputer tue.....ramai yg dah terbakar kat kusi panas tue....1.Md Shah..2. Zainuddin..3.hanizam..4. khalid bear..5..Sharul 6..aku..7 wan..8..dan lagi...

Reds berkata...

Adik : insya Allah, aku xkan lupakan jasa2 kwn2 aku...

Cik Pah : mmg memberi kesan, tp hrp2 hubungan kita x terputus smpi disini jer...

Kaff : sabar jelah, aku akan sentiasa support kau...

YB : Tq YB... pasni x dpt jumpa selalu tp ko mmg kwn yg best gak...x berlagak & baik hati..maybe leh turun Endau nanti...

Fiza : simpan 'gift' tu & ingt ler aku...

Oldtechie : Tq...sesungguhnya kau dh byk bantu aku dlm urusan kerja, byk sekali smpi x mampu nk balas...semoga tuhan jer yg dpt membalas... Pasni kita akan berhubung lg sbb keje aku skrg masih dlm bidang IT...

Artakus : sabo lah...

Tanpa Nama : Ni Din ke? Anyway hrp unit komp akan tmbh maju lg pasni...

Mohd Lokman berkata...

Salam Sejahtera! Adalah menjadi keperluan kepada sesiapa jua untuk mengubah nasib dirinya ke arah yang lebih baik, demi diri sendiri dan keluarganya. Semoga anda terus berjaya dalam apa jua lapangan yang diceburi. InsyaAllah...

asuHara su berkata...

en.Reds,
walaupun berada di tempat baru, 'zutto akira menai', ok!

tapi bekerja dgn KPYPJ memang 'something' kan?

p/s:'jangan sekali2 patah semangat!'

~ dyn ~ berkata...

waaa....kacak seyyy pakai tyie. ehehe