Rabu, 11 November 2009

Hari Ini Hari Terakhir...

Familiar with this pic?

Hari ini adalah hari terakhir penulis bekerja di KPYPJ. Setelah ditolak cuti tahunan, berakhirlah khidmat penulis disini secara rasminya. Berbagai-bagai perasan bercampur-baur mengenangkan hari ini terpaksa meninggalkan tempat yang lebih 5 tahun dihuni. Lumrah kehidupan, setiap permulaan ada pengakhirannya.

Dua tiga minggu ini ramai kawan-kawan yang bermurah hati mengajak dan belanja penulis makan. Tidak kira sarapan, makan tengahari mahupun makan malam, ada sahaja yang mengambil peluang makan bersama-sama. Ternyata kawan-kawan di KPYPJ begitu pemurah & baik sekali kepada penulis. Salah satu sebab perasaan ini sedikit pilu.

Semalam, dengan tidak dijangka penulis telah diraikan oleh kawan-kawan satu pejabat di waktu petang. Sedikit jamuan ringan mengiringi majlis ringkas dengan ucapan En. Zahid, En. Shahrim & En. Sa'dullah. Seperti biasa Adik adalah tok dalang dalam majlis ini bersama kawan-kawan di Jabatan Pentadbiran.

Jumaat ini, penulis dijemput lagi untuk majlis perpisahan rasmi peringkat KPYPJ & HQ Club. Jemputan ini adalah acara terakhir yang akan dihadiri penulis di KPYPJ. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah bersusah payah melaksanakan majlis ini. Hati budi kalian tidak akan penulis lupakan...

*p/s- Akan datang - Ucapan khas penulis untuk semua staf KPYPJ.

7 ulasan:

cheekongsejuk berkata...

Good luck my friend! I always support u esp. nahamphoto. Mudah2an bertambah rezeki & some day boleh buat reunion 4 our blogger team.

fiza berkata...

sebenonye jauh disudut ati nie sedih ngn pemergian hang...nnt x org nk amik gambo aq yg gile glamo nie...pe2 pn aq tetap sokong ko smoga ko x lupo kt org jb k...smoga trus bjaya.. T_T

little lady in red shoes berkata...

huhuhu...cantik ek gambo tu..sape lah yg memiliki jari hebat menynap gambo tu...
Anyhow...good luck ris!!!!

zaidah berkata...

good luck harris...jangankan kita orang kat sini yer...

Reds berkata...

Anor : amin...teruskan berblogging utk kita terus mengetahu perkembangan semasa...

Fiza : Insya Allah fiza, klu diizin tuhan adalah nanti pengganti aku. Aku akan sentiasa ingt korg...

Adik : Yea adik, mmg mnjd gmbo tu tp still gmbr yg sedih...Tq

Zaidah : Insya Allah...

artakus berkata...

sorry tak dapat join. aku tgk gambar makanannya mcm syedaaap jek! hehehehe

Reds berkata...

Artakus : kecewa kau xde ari tu tau..aku ada dedikasikan sajak tuk kau...huhu