Khamis, 25 Jun 2009

Transformers! Oh Transformers!


Kesibukkan terus melanda tapi itulah lumrah untuk terus hidup. Perancangan beberapa minggu yang lepas untuk menonton Transformers 2 tidak kesampaian akibat kepenuhan tempat dan manusia-manusia yang sudah menghabiskan tiket lebih awal. Terima kasih kepada kaff yang bersusah payah pergi mencari tiket, takpelah mungkin minggu depan kita boleh tengok.

Filem Transformers 2 ni memang dah dinantikan sejak setahun yang lalu. Jika anda ingat, penulis pernah menulis tentang spekulasi filem ini ketika penggambarannya masih lagi berjalan (KLIK DISINI). Hari demi hari, bulan-demi bulan, akhirnya filem ini telah ditayangkan. Malangnya, terlalu ramai yang obses untuk melihatnya.

Starscream...

Sekarang pasti hangat diperkatakan di mana-mana blog, facebook atau forum tentang filem transformers ni. Ada yang suka, ada yang tidak. Ada yang dah tengok dan ada yang tak berminat nak tengok. Apapun pun pendapat mereka yang pastinya filem Micheal Bay ini adalah kartun kesinambungan pada kenangan kanak-kanak zaman 80an.

Kepada sesiapa yang nak tengok list robot-robot yang ada dalam filem ini sila lawati BLOG ini. Disitu dipaparkan gambar-gambar robot tetapi bukan semua gambar robot yang dipaparkan itu adalah gambaran sebenar dalam filem. Tak sabar untuk menonton filem ini sebab ia antara kartun kegilaan penulis...tak percaya? Tunggu...

*p/s- kalau ada bajet ingat nak beli Starscream...huhu

Jumaat, 19 Jun 2009

Masalah Kereta Lagi...


Rasanya kalau dikumpulkan resit-resit membaiki kereta penulis, mungkin jumlahnya boleh digunakan untuk deposit kereta baru. Itulah hakikatnya kalau guna kereta lama (2nd hand), memang risiko untuk membaikinya selalu ada. Sebelum ini penulis belum pernah menceritakan tentang kereta Proton Iswara merah penulis yang selalu mengalami kerosakan. Tetapi kerosakan yang dialami bukanlah kerosakan yang berulang, bermakna sedikit demi sedikit perkakasan kereta penulis telah diganti dengan yang baru.

Baru-baru ini kereta telah berdengung dengan kuat yang penulis rasakan ia berpunca daripada bearing tayar. Disebabkan kesibukan mengambil gambar pengantin & PESAYA tempohari, penulis telah menggunakan kereta abah penulis ke Kuantan dan kereta penulis diserahkan kepada adik ipar untuk dibaiki. Setelah diperiksa katanya bearing bukan masalahnya tetapi crankshaft sebelah kanan. Berikut merupakan barang-barang yang ditukar/ dibaiki;

1. Crankshaf (kanan) : RM120
1. Crankshaf (kiri) RM60
2. Host besi : RM40 [bocor sampai air kering]
3. Oil Filter : RM 5 [sebab semput]
4. Spark Plug : RM25 [sebab semput]
5. Electronic Distributor (2nd hand) : RM50 [ditukar drpd paternam ke elektronik]
Upah : RM60

JUMLAH : RM360


Penulis agak kecewa kerana kerosakan distributor sebelum ini (sampai beberapa orang tersadai ditepi jalan dimalam hari), rupanya telah ditukar ke paternam 2nd hand yang akhirnya menyemputkan kereta. Rasa kecewa juga kerana bengkel yang membaiki sebelum ini adalah bengkel rakan yang selalu dicari jika kereta mengalami kerosakan. Terasa sedikit tertipu kerana distributor itu telah dibeli dengan harga RM200 sedangkan yang elektronik 2nd hand hanya RM50.

Sekarang kereta penulis agak OK walaupun ada juga sedikit bunyi dengung yang penulis rasakan memang berpunca daripada bearing tayar. Setelah diperbaiki, ada pula kesan-kesan sampingan lain seperti central lock tidak berfingsi & lampu meter tidak menyala. Mungkin dilain masa barulah boleh diperbaiki. Nampaknya selepas ini penulis perlu bekerja keras lagi agar dapat memenuhi impian membeli kereta baru. Tapi lambat lagi rasanya, doa-doakanlah...

Dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada Julie kerana memberi award kepada blog penulis. Julie merupakan rakan sekolah penulis di SMKUH (1997). Award tu telah penulis letakkan di ruangan "Anugerah" disebelah kanan blog ini. Nak bagi siapa pulak award ni? Haa....


Task 1:Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.


Task 2:Pass the award to 7 other blogs . Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

Correction: Is it okey if I pass this award just to 2 or 3 bloggers? Bolehlah...

So I pass this award to:

Julia Madu Goncang
Yaya
Ita

Selasa, 16 Jun 2009

Bersama Dengan Media...

Minggu yang lepas penulis sempat menyertai satu program iaitu KPYPJ bersama Media di PKPI Mersing. Sekali lagi penulis ke tempat yang cantik & menarik secara peribadinya juga mengimbas kembali program yang sama pernah diadakan pada tahun 2006. Seramai lebih kurang 20 orang peserta mewakili beberapa media-media utama negara telah berkumpul disini untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik.

Adik, Kecik & Imah antara urusetia yang terlibat

Satu aktiviti yang menarik iaitu menembak telur menggunakan Air-Soft Gun

Night Navigation antara program yang menyeronokkan tetapi menyeramkan

Din (kanan), seorang pakar dalam memancing sambil diperhatikan oleh Nizam

Permandangan matahari terbit yang hebat

Bermain dengan matahari...

Acara berakit yang sangat menyeronokkan

Permandangan Dangau Laut dari laut (gambar diambil dari dalam bot JPAM)

Terjun!!! (acara flying fox yang x-tream)

Antara peserta yang sangat happy...

Program ini telah berlangsung selama 2 hari 1 malam. Gambar permandangan Dangau Laut tersebut dan beberapa gambar yang penulis ambil telah terpapar dalam akhbar China Press baru-baru ini. Penulis masih menanti jika ada lagi gambar-gambar program ini yang akan keluar dalam mana-mana akhbar. Gambar-gambar aktiviti mereka yang lain boleh dilihat DISINI.

*p/s- tak dapat nak menulis sangat sebab masih sibuk lagi, so tengok gambar jelah.

Selasa, 9 Jun 2009

sePAH ANGkara sukan : PESAYA X-tream

Sudah seminggu penulis meninggalkan Johor Bahru untuk menyertai PESAYA di Kuantan, Pahang. Selepas itu sibuk pula dengan tugas sebagai jurugambar perkahwinan. Belum sempat untuk menyiapkan editing gambar, kini tiba pula Program Bersama Media di Mersing. Kereta pula rosak agak kritikal. Rasa hidup ini agak kelam kabut sedikit bulan ini tetapi alhamdulillah masih boleh diuruskan.

Penulis sedang berehat dibilik penginapan di Kolej Professional Mara, Indera Mahkota

Walaupun jadual harian agak berserabut dan bersepah, namun sempat juga penulis mencuri ruang untuk membuat sedikit rumusan ketika berada di Kuantan selama lebih kurang seminggu itu. Apa yang dapat penulis katakan, PESAYA kali ini sedikit mengecewakan dari yang lepas. Walaupun dari segi penganjurannya agak baik namun dari segi teknikal & pengadilan, nampak memang dikuasai oleh tuan rumah.

Memberikan sokongan ketika separuh akhir bolasepak antara Johor & Sabah

Bergambar dengan Amoy Negeri Sembilan yang hebat dalam permainan Badminton

Jika dilihat kembali objektif PESAYA atau apa-apa kejohanan sukan, semangat kesukanan & muhibbah antara atlit adalah yang utama. Mungkin tuan rumah agak 'obses' untuk mencapai kemenangan sehingga terlupa akan perkara tersebut. Kontinjen dari negeri lain tidak berpuas hati dengan cara tuan rumah ini sehingga ada yang melabelkan sebagai 'kaki protes' kerana kerap membuat protes ketika mereka bertemu dengan Yayasan negeri yang lain.

Blogger Johor bertemu blogger dari Sabah iaitu Seri Inai. Ini barulah dinamakan muhibbah, come on Pahang!

Pesta sukan itu diburukkan lagi dengan isu pergaduhan dalam beberapa acara sukan. Ini termasuklah dalam acara final bola tampar lelaki apabila seorang atlit Pahang telah ditumbuk oleh atlit dari Kelantan. Lebih hangat lagi adalah peristiwa di final futsal wanita yang menemukan Pahang & Johor dimana ramai penyokong naik angin dengan tindakan pengadil & pegawai teknikal yang seolah-olah bermain dengan psikologi.

Bersama Kak Melati dari Sarawak yang kami gelarkan Olahragawati PESAYA

Walaupun Pahang berjaya menjadi juara keseluruhan dalam pesta sukan tersebut namun bagi penulis kemenangan itu tidak bermakna kerana isu pengadilan & teknikal tersebut. Ini dikuatkan lagi dengan peristiwa di'boo' oleh yayasan negeri yang lain apabila tuan rumah diumumkan juara pada malam terakhir (dinner). Walaupun tindakan 'boo' itu tidak berapa baik, namun ia menggambarkan berapa kecewanya kontinjen yang lain terhadap tuan rumah.

Bergambar dengan maskot PESAYA, Ivory

Rumusannya, penganjuran Pahang tidaklah seburuk mana. Penginapan yang baik, tempat kejohanan yang strategik, pemurah dengan cenderahatinya. Namun tuan rumah perlu melihat dari aspek yang lebih mendalam dan dekat dihati setiap atlit, iaitu semangat kesukanan dan muhibbah antara staf. Seperti yang selalu penulis katakan, menang atau kalah itu bukan ukuran, apa yang penting adalah objektif yang ingin dicapai.

Anda boleh melihat keputusan, statistik, gambar & rentetan PESAYA DISINI.

Jumaat, 5 Jun 2009

Selamat Hari Lahir Nailah Hana...


Setahun yang lalu, ayah pernah merasakan perasaan paling 'down' dalam hidup. Hampir berputus asa. Berminggu-minggu berulang-alik ke hospital, tanpa seorang pun kawan-kawan yang menjenguk. Hanya yang ada keluarga terdekat yang datang hanya untuk seketika. Kerja ditinggalkan tunggang terbalik sehingga diperli dan dimarahi bos. Namun itu tidak terus mematahkan semangat ayah untuk terus menerima kehadiranmu wahai Nailah Hana.


Setahun yang lalu, ayah menguruskan emak & anak tanpa rasa jemu. Naik turun ke NICU menghantar barang, makanan & sebagainya. Mendengar tangisan bayi-bayi disitu termasuk Nailah. Mengharapkannya supaya cepat sembuh dari kuning & keluar dari hospital dengan segera. Walaupun diri ayah ketika itu sangat lemah dari dalamannya, namun dikuatkan juga semangat untuk terus menghadapi dugaan yang diberikan.


Setahun yang lalu, ayah menangis bila bersendiri, mengenangkan nasibmu wahai Nailah. Tidak sanggup ayah membayangkan apa yang akan kau lalui. Namun ayah selalu berdoa yang kau akan hidup seperti kanak-kanak yang normal. Ayah terus dan terus bangun dari perasaan yang jatuh jauh ke dalam bumi. Memastikan yang dirimu akan dapat mengecap nikmat hidup yang sempurna.


Hari ini (5/6/09) genap setahun kelahiranmu Nailah. Satu jangkamasa yang sangat panjang bagi diri ayah dan emak. Semua dugaan telah dapat dihadapi. Semua halangan telah dapat ditempuhi. Walaupun ayah tidak sempat membuat apa-apa majlis dihari kelahiranmu yang pertama, ayah tetap berdoa agar dirimu terus bahagia dan menjadi seorang anak yang baik.

"Selamat Hari Lahir Nailah Hana, dari Ayah & Emak"