Ahad, 29 Mac 2009

Tag Oleh Kaff!


Setelah sekian lama, baru hari ini penulis berpeluang membalas TAG yang diberikan oleh Kaff tempohari. Sejak akhir-akhir ini penulis agak sibuk dengan fotografi perkahwinan, event pejabat & aktiviti-aktiviti lain NahamPhoto. Idea pula tiba-tiba datang terlalu banyak dalam otak dan penulis terpaksa merancang waktu yang sesuai untuk melaksanakannya. Syukur kepada Allah kerana memberikan banyak idea kepada penulis. Tunggu kemunculan pelbagai maklumat & aktiviti pada masa-masa akan datang! Berikut adalah TAG dari Kaff (sorry lambat);

1. copy kan badge yang dianugerahkan dan letak di blog.

Hmm...walaupun badge tu cute sangat, penulis letak juga untuk tidak menghampakan Kaff.

2. link atau ceritakan tentang pemberi anugerah yang murah hatinya itu.

Kaff – Orangnya sangat dikenali kerana salah seorang kawan baik ditempat kerja & satu minat iaitu dalam bidang seni. Orangnya mengemari muzik dan suka mendengar MP3 juga minat menonton wayang. Masih available kepada sesiapa yang berminat...hehe.

3.Nyatakan 10 hobi/fakta tentang diri sendiri.
(aduhai...kena jugak ke? :))

1- Cenderung kepada semua perkara-perkara SENI. Tidak hairanlah penulis memilih fotografi sebagai hobi utama selain melukis, bermain muzik & merekabentuk grafik. Hobi ini lebih bersifat dibelakang tabir kerana tidak berapa suka menonjolkan diri (low profile konon).

2- MENGUMPUL barang-barang koleksi (collector) antara hobi penulis yang lain. Dirumah pelbagai benda yang dikumpul selain gambar iaitu duit syiling, wang kertas, robot (figurine), model kereta, medal, barang antik, lampu suluh, tag nama, miniature, cap, t-shirt, pen, keychain, gift perkahwinan, beg, brochure, buku, majalah & DVD.

3- Suka buat STATISTIK sejak zaman sekolah lagi. Statistik antara subjek kegemaran zaman kolej dulu dimana dapat 4.0 pointer. Suka buat apa-apa carta seperti top 10 dan sebagainya. Tetapi ada juga orang yang tak suka dengan alasan membeza-bezakan sesuatu tetapi hakikat kehidupan mesti ada yang diatas & ada yang dibawah.

4- PERMAINAN VIDEO (video games) juga merupakan minat sejak azali lagi. Sepertimana yang pernah diceritakan dahulu, pernah kumpul duit sekolah untuk beli konsol games bernilai RM50 semasa darjah 4. Sekarang dah banyak konsol seperti PS2 dan Xbox. Antara games yang selalu main adalah Winning Eleven & Gran Turismo.

5- SUKAN adalah satu lagi kegemaran. Dahulu penulis adalah pelari jarak sederhana sekolah. Jika sudah lama tidak bersukan, terasa sesuatu kekurangan dalam hidup. Paling tidak pun sebulan sekali mesti keluarkan peluh tidak kiralah sukan lasak atau biasa. Antara sukan yang diminati adalah futsal, badminton & ping pong.

6- Suka KERETA & memandu dengan laju (dulu aje sekarang dah ada anak kena slow skit). Banyak belajar tentang pemanduan, enjin & perkakasan kereta melalui Abah & video games. Mesti ramai yang tidak percaya penulis mempelajari ilmu kereta ini melalui permainan video sahaja.

7- Masa kecil-kecil pernah bercita-cita menjadi pilot kerana terlalu meminati siri anime MACROSS & Star Wars. Masa dikolej pernah teruja belajar mengendali helicopter AH64-D (Apache) melalui permainan games PC. Simulasi permainan itu memang menyamai sistem sebenar mengendali helicopter tersebut.

8- Pada tahun 1990 (darjah 4), penulis pernah memenangi TEMPAT KE-2 peraduan vochelle New Kids On The Block. Hadiahnya adalah topi istimewa NKOTB. Sampai sekarang penulis masih tidak percaya yang penulis pernah berjaya dalam peraduan-peraduan melalui akhbar & TV.

9- Penulis merupakan orang yang telalu teliti dalam banyak perkara. Susunan & kekemasan selalu menjadi masalah kerana susah untuk berpuashati dengan hasil kerja sendiri. Isteri pun kadang-kadang pelik, even susunan duit dalam wallet pun penulis selalu ambil pusing.

10- Paling tak suka benda-benda yang MELECEHKAN seperti terpaksa berpatah balik kerumah sebab tertinggal HP. Juga tidak suka manusia yang HIPOKRIT dan suka mengambil kesempatan terhadap penulis yang selalu bersederhana dalam sesuatu perkara.

4. Macam biasa, tagged orang lain pulak.

Penulis teringin juga TAG semua pembaca blog 'mencipta memori' tetapi yang wajib balas adalah:
1- AyAres
2- Inda
3- Fadh

Baiklah, penulis menunggu balasan daripada mereka. Kepada yang lain, dialu-alukan juga membuat TAG ini ok!

Sekian, terima kasih.

Rabu, 25 Mac 2009

Earth Hour : Mari Tutup Lampu!

Sepertimana yang telah dihebahkan beberapa bulan kebelakangan ini, kempen Earth Hour kini hampir sampai kemuncaknya. Pada hari Sabtu ini, jam 8.30 hingga 9.30 malam, kita disaran untuk memadam lampu untuk mengurangkan pemanasan global bumi kita. Kempen memadam lampu selama 1 jam ini adalah anjuran WWF. Anda hendak menutup lampu? Terpulanglah...

(UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KLIK IKLAN EARTH HOUR MALAYSIA DISEBELAH)

Isnin, 23 Mac 2009

Back To School...

Pada 2 minggu yang lepas, penulis telah membuat promosi KPYPJ di sekolah lama penulis iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin, Endau Johor. Promosi ini adalah sempena keluarnya keputusan SPM pada hari itu. Semua staf KPYPJ telah diarahkan membuat promosi di sekolah-sekolah negeri Johor pada hari itu walaupun jawatan penulis bukannya Pegawai Pemasaran.

Pada hari tersebut, penulis telah melihat banyak perubahan pada sekolah yang penulis telah tinggalkan 12 tahun yang lalu. Terdapat bangunan-bangunan baru serta landskap yang menarik telah dibina. Sudah pastinya apabila kita kembali ke tempat lama yang pernah kita tinggal, banyak nostalgia pahit manis akan bermain difikiran.

Penulis juga sempat berjumpa cikgu-cikgu lama penulis seperti cikgu Rais, cikgu Maznah, cikgu Sarah & cikgu Sharip. Apabila melihat mereka, teringat 'kenakalan' penulis dahulu yang pernah juga dihukum oleh cikgu-cikgu terbabit. Namun semua itulah yang telah membuatkan penulis hidup menjadi insan pada hari ini. Terima kasih cikgu!

Ini sahaja gambar yang penulis sempat ambil...

Berikut merupakan serba sedikit fakta tentang sekolah lama penulis ini yang diambil DISINI;

Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin yang terletak kira-kira 36km dari Bandar Mersing ditubuhkan pada 10 Januari 1965. Bangunan sekolah ini bermula dengan hanya 2 blok bangunan yang mengadungi 8 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah bilik seni perusahaan dan sebuah bilik sains rumah tangga.

Pada hari ini, SMK Ungku Husin sudah berkembang dan mempunyai 8 blok bangunan. Antara kemudahannya termasuklah pondok jaga, pejabat, bilik mesyuarat, bilik guru, kantin, bilik rawatan pelajar, surau, makmal sains, makmal masakan, bengkel kemahiran hidup, bilik koperasi, makmal komputer, studio seni, perpustakaan, bilik media, dewan besar untuk perhimpunan, padang dan gelanggang sukan.

SMK Ungku Husin pernah memenangi beberapa anugerah peringkat Daerah Mersing iaitu Sekolah Harapan Bahagian Menengah 1991, Sekolah Menengah Cantik Minggu Alam Sekitar 1992, Sekolah Cemerlang SRP 1992 dan Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Menengah 1994 dan 1996. Pada tahun 2002, sekolah ini menerima anugerah Sekolah Cemerlang PMR. Sekolah ini juga terkenal dalam bidang kokurikulum terutamanya dalam bidang sukan bola tampar, ragbi dan bola jaring yang sering berjaya mewakili Daerah Mersing di peringkat MSSJ.


*p/s- Al-Fatihah juga kepada rakan sekolah yang telah kembali kerahmatullah...(Mazlin Bachok, Shahrizal & Adli Jasmi)

Khamis, 19 Mac 2009

Nike Ardilla: 14 Tahun Pemergiannya, Al-Fatihah...

Pada awal 90an, seorang penyanyi muda telah menjadi sebutan dalam arena seni suara di Indonesia & Malaysia. Bakat beliau sangat dikagumi oleh peminat bukan sahaja pada suaranya malah bakatnya dalam bidang perfileman. Namun ketika kariernya berada pada landasan yang terbaik, Tuhan lebih menyayangi beliau dan menjemputnya pada usia yang muda. Beliau telah kembali kerahmatullah pada 19 Mac 1995 dalam usia tidak sampai 20 tahun.

Beliau telah terlibat dalam kemalangan yang telah meragut nyawanya. Banyak spekulasi yang mengatakan beliau mabuk ketika memandu. Namun ia sekadar anggapan negatif manusia yang mungkin cemburu dengan kejayaannya. Post-motem tidak menjumpai bahan alkohol dalam tubuh beliau malah rakan beliau Sofiatun yang terselamat dalam kemalangan tersebut adalah bukti utama, dan dia mengatakan minuman terakhir arwah adalah orange jus.

Keratan akbar yang penulis simpan

Beliau telah lahir pada 27 Disember 1975 di Bandung Indonesia. Bakatnya telah dikesan oleh Deddy Dores dan memulakan kariernya pada tahun 1987. Album-album beliau telah mencapai angka yang sangat cemerlang & merupakan fenomena ketika itu (lebih hebat dari fenomena Mawi). Angka jutaan jualan album adalah angka yang selalu dihasilkan oleh beliau dan kebanyakkan telah menjadi "best seller".

Begitulah hebatnya beliau dalam bidang seni. Seorang penyanyi yang penulis sangat minati semasa zaman persekolahan dahulu. Lagu-lagu seperti 'Bintang Kehidupan', Ku Takkan Bersuara', Duri Terlindung' & 'Sandiwara Cinta' masih boleh diingati lagi. Penulis juga ada memiliki album Duri Terlindung dimana ia dikeluarkan di Malaysia oleh Saari Amri. Kini, hanya lagunya dapat didengari sama seperti Allahyarham P.Ramlee & Sudirman.


Klip video 'Duri Terlindung', antara lagu kegemaran & potongan rambut pendeknya yang penulis paling minati.

Apa yang tidak disangka, pemergiannya telah menjadikan beliau seperti lagenda agung. Kematiannya telah menaikkan lagi namanya dan orang lain terus membicarakan tentangnya. Sehingga ada yang menggelarkan pemergian beliau sebagai "In Dead She Soared". Saban tahun, peminat-peminat seluruh Indonesia & Malaysia terus memperingati dan memberikan penghormatan kepada beliau sebagai seorang penghibur yang sejati.

Beliau juga tidak melupakan mereka yang dalam kesusahan. Beliau telah mewujudkan satu Yayasan untuk anak-anak kurang upaya. Tidak hairanlah jika ramai yang tidak dapat melupakan beliau, ini adalah kerana hatinya yang sangat tulus telah menambat hati banyak pihak. Ada beberapa quote yang sangat dikagumi oleh penulis yang ditemui dalam laman friendster peminat beliau;

"Sebenarnya, besar tidaknya seorang bintang akan mendapatkan ujian yg paling nyata dalam bentuk kenangan abadi yang mampu menembus batas-batas sejarah.
NIKE ARDILLA membuktikannya!" (quote Silet, RCTI.2005)


"Rasanyabelum pernah ada kejadian yang begitu ramai dibicarakan orang, selain peristiwa meninggalnya Nike Ardilla. Ia dibicarakan di kalangan politisi, budawayawan, dan masyarakat awam."
(Acil "BIMBO")


"Artis yang meninggal lantas mewariskan sesuatu, menurut saya, tidak penting dibahas.Yang jelas kalau tindakannya mewariskan sekolah atau yayasan untuk umum, itu patut kita hargai. Karena belum tentu kalau kaya dan ternama kita terpikir untuk itu"
(Sartono Mukadis, Psikolog)


"Kematian Nike perlu dijadikan titik refleksi. Secaramoral dan kemanusiaan, kehilangan seorang Nike Ratnadilla yang muda belia, baik hati dan berjiwa sosial, itu lebih besar daripada kehilangan dunia musik rock akibat kepergiannya"
(Dr. Julia I. Suryakusuma, Psikolog)

Antara laman-laman web peminat NIKE ARDILLA boleh dilihat DISINI & DISINI.

Sesungguhnya hanya pergi itu tidak akan kembali. Namun apabila seseorang itu pergi meninggalkan banyak kebaikan, tidak mungkin orang akan mudah untuk melupakan orang tersebut. Penulis secara peribadi ingin mengucapkan TAKZIAH untuk keluarga beliau dan semua peminat yang masih mengingati beliau. Pada hari ini, carian dalam google atau yahoo, mesti tidak akan lepas ditaip nama NIKE ARDILLA...


* Al-Fatihah juga untuk arwah-arwah keluarga terdekat penulis : Mak Busu (1990), Tok Bak (1992), Mak Tok (1995), Tok Ayah (1998) dan Pak Ngah (2005).

Isnin, 16 Mac 2009

Masalah Internet...


Sejak akhir-akhir ini, sambungan internet sangat perlahan samada di pejabat atau dirumah. Dirumah terutamanya, Celcom Broadband penulis tidak dapat membuka beberapa laman web terutamanya blogger & wordpress. Ini membantutkan sedikit perancangan penulis dalam menghantar posting-posting terkini kedalam blog ini dan blog-blog lain. Penulis tidak dapat pastikan adakah orang lain turut mengalami masalah yang sama.

Kepada semua pembaca, harap maklum pada perkara ini. Semoga masalah internet ini dapat pulih seperti sediakala dan penulis dapat memberikan informasi kepada anda. Disini penulis mengambil kesempatan MENJEMPUT semua pelawat blog 'mencipta memori' membuat undian yang ada disebelah kanan blog ini atau KLIK DISINI. Undian ini bertujuan untuk menstruktur kembali maklumat didalam blog ini supaya menepati kehendak pelawat.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 12 Mac 2009

Tips: 10 JANGAN Apabila Menyertai Rombongan Bas

Disini penulis ingin memberikan sedikit tips kepada anda semua yang bercadang/ merancang mengikuti rombongan menaiki bas. Semoga dapat memberikan info yang berguna kepada anda.

1) JANGAN datang lambat sebelum bas anda datang.
Orang kata biar kita tunggu bas, jangan bas yang tunggu kita.

2) JANGAN bawa beg yang terlalu banyak.
Ada orang yang ingin pergi rombongan 3 hari tetapi bawa beg seperti ingin naik haji. Minimakan penggunaan beg anda. Lebih baik anda menggunakan 1 hingga 2 beg sahaja kerana jika lebih, anda akan menyusahkan rakan-rakan anda untuk mengangkatnya.

3) JANGAN makan macam-macam benda sebelum menaiki bas.
Anda dinasihatkan jangan makan pelbagai jenis makanan sebelum menaiki bas. Dikhuatiri perut anda akan meragam dan perlu ke bilik air beberapa kali. Ini akan melambatkan masa perjalanan rombongan anda kerana terlalu kerap berhenti di Petronas atau R&R.

4) JANGAN duduk dibahagian tayar belakang jika anda seorang pemabuk.
Jika anda seorang pemabuk, dinasihatkan duduk dibahagian depan kerana jika duduk dibelakang, alunan ombak begitu kuat dan membuatkan anda akan mual dan pening kepala. Mungkin sampai 2-3 hari pandangan anda akan bergelombang.

5) JANGAN bersiap/ bersolek terlalu lama.
Jika anda berehat untuk mandi atau tukar baju, jangan mengambil masa yang lama untuk bersolek & bersiap. Ini kerana anda akan naik bas bukannya berjalan di atas 'red carpet'. Rakan-rakan rombongan anda akan tertunggu-tunggu didalam bas.

6) JANGAN pandai-pandai menjadi tourist guide jika anda kurang mahir dengan sesuatu jalan.
Lebih baik anda duduk diam sahaja ditempat duduk anda kerana itu lebih baik. Takut salah jalan lagi haru. Serahkan sahaja kepada driver bas. Pandai-pandailah dia.

7) JANGAN banyak mulut mengumpat, bergossip atau buat bising.
Ini kerana ia akan mengganggu rakan-rakan anda yang lain memandangkan ruang yang terhad. Mungkin ada yang sedang tidur, ada yang sukakan ketenangan dan ada juga 'kaki report' yang akan melaporkan gossip yang anda bawa apabila dia pulang nanti.

8) JANGAN tinggal/ tertinggal barang-barang anda di tempat penginapan/ persinggahan.
Apabila ini terjadi, masa rombongan anda telah dibazirkan dengan berpatah balik untuk mengambil barang berharga anda itu. Mesti rakan-rakan yang lain akan bosan. Oleh itu jaga baik-baik barang anda atau jangan bawa turun langsung (macam penulis)

9) JANGAN membeli-belah terlalu banyak.
Ini kerana anda akan memberatkan bas dan menyempitkan ruang didalam bas. Beli barang dengan kuantiti yang berpada supaya anda dan rakan-rakan yang lain selesa. Jika anda ingin bershopping sakan juga, sila tempah flight untuk balik.

10) JANGAN pandai-pandai cadangkan tempat makan yang (macam) bagus.
Ini yang penulis paling tidak pandai sekali. Apabila anda bersama dengan ramai orang, jadi selera pun macam-macam. Ada manusia yang tahap merasanya ada 7 level (x sedap, sedap, sangat sedap, sedap bangat, extreme sedap & ntah apa-apa lagi), jadi jika anda rasa kedai yang anda pilih itu sedap, fikirkan lidah orang lain tidak sama dengan anda. Macam-macam rungutan yang akan kedengaran nanti...

Rumusannya, dalam apa juga yang anda lakukan, pada penulis KESEDERHANAAN adalah yang paling baik.

Isnin, 9 Mac 2009

Lawatan Ke Terengganu Sempena Perkahwinan Atie & Rosdi

Pertama sekali penulis ingin mengucapkan salam Maulidurrasul untuk semua pembaca blog 'mencipta memori' ini. Semoga kita terus memperingati serta mencontohi junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. dalam kehidupan seharian.

Pada Jumaat malam sabtu yang lepas, penulis telah mengikuti satu rombongan KPYPJ ke Terengganu sempena perkahwinan rakan setugas iaitu Atie & Rosdi. Rombongan itu diserta lebih kurang 44 orang staf KPYPJ bersama ahli keluarga masing-masing. Kami bergerak dari Johor Bahru jam 12 malam.

En. Husaini melihat permandangan perjalanan ke Terengganu.

Minum-minum sambil makan keropok lekor.

Kami semua bersarapan di Dungun dan rombongan kami memulakan aturcara dengan melawat muzium terbesar asia tenggara di Kuala Terengganu. Terdapat banyak benda menarik disitu antaranya duit-duit lama & peninggalan sejarah kesultanan Terengganu. Seterusnya kami check-in di chalet dan bersiap untuk ke majlis perkahwinan.

Rosdi menyambut kedatangan CEO (tengah) dan bos En. Zaidi (kiri)

Chef Razak membuat sesi fotografi bersama pengantin

Pulang sahaja dari rumah pengantin, rombongan malawat ke sebuah rumah untuk melihat kain songket dan seterusnya sembahyang maghrib di Masjid Kristal. Selepas itu kami melihat suasana malam serta makan di bandar Kuala Terengganu. Seterusnya kami pulang ke chalet untuk berehat.

Permandangan masjid kristal pada waku malam

Melihat matahari terbit di chalet penginapan penulis

Hari terakhir rombongan bersarapan di Kuala Terengganu dan membeli-belah di Pasar Payang. Penulis sempat membeli beberapa buah tangan dan barang koleksi penulis antaranya duit syiling dan kertas. Rombongan bergerak pulang jam 4 petang dan tiba di Johor Bahru pada awal pagi Isnin.

Peserta rombongan bersama pengantin. (klik gambar untuk besarkan)

*p/s- Nampaknya penulis selsema semula selepas pulang dari rombongan ini. Mungkin terlalu lama dalam bas yang sejuk.

Rabu, 4 Mac 2009

Malam Berinai Luar Biasa

Pada majlis perkahwinan Angah di Kuala Lumpur tempohari, penulis telah mendapat idea membuat satu sesi malam berinai bersama-sama sepupu-sepupu penulis. Namun sesi bergambar ini tidak menggunakan pengantin & pakaian dari mak andam, malah hanya menggunakan model cilik & props yang ada disekeliling sahaja. Entry kali ini agak santai sedikit, namun masih tidak boleh menandingi BLOG SANTAI. Saksikan hasil kerja penulis dalam sesi tersebut. Enjoy!

Posing ini dinamakan 'Pengantin & Papan Tanda'. Ini bermaksud pihak pengantin tidak dapat mencari orang yang boleh bertanggungjawab menjaga parking semasa majlisnya. Oleh sebab itu dia sendiri terpaksa melakukan tugas tersebut.

Dengan sedikit 'modifikasi' pada topi penulis, maka posing ini telah dicipta. Walaupun tidak nampak pergerakkannya namun anda dapat mengagak apakah motif pose ini. Posing ini pula dinamakan 'Ada Jirat Di Sebelah Rumahku'.

Anda tidak memerlukan payung yang cantik atau kipas dari mak andam, payung ini pun sudah cukup untuk membuat pose yang menarik. Posing ini dinamakan 'Pelamin Angan Ku Banjir'.

Pose yang berikutnya ini juga agak unik. Dengan hanya menggunakan medal yang ada dalam rumah anda, anda boleh melakukannya. Posing ini penulis namakan 'Pelamin Ku Pordium Ku Juga'

Seterusnya posing yang agak ngeri yang dinamakan 'Pengantin Menjerit' (jangan double meaning pula!). Walaupun nampak seperti bahaya namun pose ini dapat membawa mesej iaitu ikat tali topi keledar anda.

Pose yang terakhir ini penulis jamin tiada seorang jurugambar pun yang pernah mengarahkan pose ini. Ini adalah 100% idea fresh dari penulis. Posing ini dinamakan 'Mahal Beli Rumah, Main Pondok-Pondok Jer'.

Model-model diatas diperagakan oleh Adik Omar & Adik Nazrul (kedua-duanya sepupu penulis). Sebenarnya banyak lagi pose-pose yang menarik namun tidak dapat dipaparkan atas sebab-sebab keselamatan. :)

Dari kiri : Penulis, Omar, Cepot, Udie, Kopis, Kakak & Suaminya antara penyumbang-penyumbang idea untuk Malam Berinai Luar Biasa' ini. Semoga dapat berjumpa lagi!

Isnin, 2 Mac 2009

Giliran Mahirah...

Jika pada November lepas, penulis tidak dapat menghadiri perkahwinan sepupu iaitu Mawarni, bulan ini penulis menunaikan janji dan berpeluang bersama-sama memeriahkan majlis perkahwinan adiknya, Mahirah atau lebih dikenali dengan 'Angah'. Angah merupakan anak kedua Pak Teh penulis dan telah disatukan dengan pasangan pilihan beliau pada 1 Mac tempohari.

Walaupun hanya masa yang singkat, penulis berpeluang berjumpa dengan sepupu-sepupu & saudara mara yang hadir pada hari tersebut. Majlis berlangsung dalam cuaca yang panas tetapi sungguh meriah dengan kehadiran para tetamu yang ramai. Untuk perkahwinan seterusnya (Munirah), kalau ada kesempatan Insya Allah akan dikunjungi. Berikut antara gambar suasana majlis.

Jaga! hujan nak turun!

Pak Teh & Muiz

Mak Teh & Kakak

Muni & Alin

Kompang dipalu!

Mempelai diraikan...

Nailah turut gembira...

Gambar-gambar diatas diambil menggunakan kamera Nikon D70 dan penulis BUKAN jurugambar rasmi majlis tersebut. Kepada pengantin diucapkan, selamat pengantin baru & semoga berkekalan hendaknya.

*p/s- posting akan datang, MALAM BERINAI LUAR BIASA...tunggu....

Ahad, 1 Mac 2009

Bertemu Kawan Baik...

Ketika berada di Kuala Lumpur hujung minggu ini, penulis mengambil peluang bertemu dengan kawan baik penulis semasa pengajian diploma di IKIP dahulu iaitu Amoy (Nur Fatin Nabila). Setelah lebih 2 tahun tidak berjumpa (akhir sekali di majlis perkahwinannya pada Disember 2006), kami bertemu semula di KLCC.

Amoy datang bersama Nizam (suami), Naufal (anak) & adiknya. Penulis pula datang bersama isteri & Nailah. Dalam pertemuan yang singkat itu, kami minum petang sambil berbual-bual banyak perkara. Penulis amat tertarik dengan gelagat Naufal yang bijak, suka bergambar, suka kereta & benda-benda beroda.

Antara posing Naufal tempohari...

Amoy tersenyum melihat telatah Nailah...

Nailah 'bye-bye' siapa tu?

Naufal & Nailah sempat bermain bersama...

Bergambar kenangan sebelum pulang...

Gambar-gambar diatas diambil menggunakan Nikon D70 penulis. Pertemuan diakhiri dengan sesi bergambar & jalan-jalan cari jalan pulang (balik).

*p/s- puas cari buku mengenai joomla! di Kinokuniya tetapi hampa...