Walaupun penulis adalah seorang trainer dalam bidang fotografi tetapi itu tidak bermakna penulis tidak perlu menyertai atau mengikuti latihan fotografi dari orang lain. Penulis memang suka menambah lagi atau 'refresh' ilmu yang ada agar sentiasa diasah dan tidak terlupa. Jika ada peluang kursus, outing atau apa sahaja yang berkenaan fotografi, penulis akan cuba hadiri. Penulis juga sudah banyak melabur dalam latihan fotografi seperti dengan Ted Adnan, Digicolor & pelbagai lagi program-program berkenaan fotografi.
Ahad lepas penulis telah menyertai kursus fotografi 1Malaysia di Institut Latihan Perindustrian Mersing. Walaupun kursus ini dijalankan selama 2 hari iaitu Sabtu & Ahad tetapi penulis hanya dapat menyertai satu hari sahaja kerana terlibat dengan Kursus Fotografik Da'Click & NahamPhoto pada hari Sabtu juga di Mersing. Apa yang menarik tentang kursus fotografi 1Malaysia ini adalah ia percuma, makanan tengahari disediakan dan sijil penyertaan juga diberi. Peluang sebegini sememangnya tidak boleh dilepaskan.
Kursus telah dihadiri oleh 7 orang peserta dimana kami telah mengasah cara mengambil gambar seperti teknik panning, slow shutter, framing dan komposisi. Mungkin ramai Jurufoto di Mersing yang tidak mengetahui kursus percuma ini dan selepas ini penulis akan membantu memberikan maklumat. ILP bukan sahaja menganjurkan kursus fotografi tetapi banyak kursus-kursus percuma seperti Automotif dan Elektrik yang dilangsungkan pada hari Sabtu & Ahad.. Anda yang berada di Mersing boleh menyemak jadual kursus DISINI.
Artikel dari www.harrisfadzilah.com