Selasa, 22 Februari 2011

Fast Action Fast Result


Pada 20 Februari yang lalu penulis sekali lagi menyertai seminar bersama Dr. Azizan Osman, seorang pakar motivasi yang tidak asing lagi di Malaysia. Seminar anjuran Richwork ini diberikan nama Seminar Kenali Potensi Diri 2011 diadakan di Hotel MS Garden, Kuantan Pahang. Penulis telah pergi bersama-sama dengan sahabat baik penulis sejak sekolah menengah iaitu Muhammad Amin. Jika dulu beliau menumpukan kepada potensi diri melalui tarikh lahir, kali ini pengisiannya sedikit berlainan dengan menumpukan kepada dimensi dalam diri manusia.

Melalui seminar ini penulis telah dapat 'recharge' apa yang telah diberikan dalam seminar sebelumnya dan semestinya penulis telah mendapat satu input baru yang sangat berguna untuk diri penulis. Selain dapat mengenali dengan lebih jelas lagi tentang potensi diri sendiri, penulis juga dapat menggunakan input tersebut untuk mengenali potensi pada anak-anak atau lain-lain keperluan seperti mencari pekerja dan sebagainya. Apa yang pasti seminar ini sekali telah membuka minda penulis dalam menghadapi kehidupan yang lebih kaya dan berjaya.

Buku yang penulis beli tempohari. Harga biasa RM38 harga beli RM15

Jangan ditanya apakah isi-isi yang diberikan oleh Dr. Azizan disini kerana jika anda ingin mengetahuinya, anda perlu hadir sendiri ke seminar-seminar beliau. Segala maklumat yang diberi adalah rahsia dan ia hanya boleh dikupas oleh mereka yang duduk didalam dewan tersebut sahaja. Setiap penerimaan individu tidak sama, mungkin apa yang penulis dapat terima dari beliau tidak dapat diterima oleh anda oleh itu jangan percaya! Datang sahaja dan dengar.

Di akhir kursus ini penulis dan sahabat telah mengambil 'Aura Test' yang dikendalikan oleh Life Rich. Dalam ujian ini kita akan mengetahui sebesar mana aura yang kita ada, kaitan aura anda dengan persekitaran anda dan pelbagai lagi. Jangan percaya pun dengan ujian ini, tapi anda perlu lakukan untuk mengetahuinya :). Walaupun terpaksa beratur panjang untuk membuat ujian ini tetapi penulis sangat berpuashati dengan apa yang penulis dapat. Secara keseluruhan, penulis telah membuat kesimpulan apa yang telah diberikan dan menetapkan sasaran penulis sendiri.

Keputusan Aura Test penulis

Akhir kata penulis harap anda semua dapat membuat perubahan dalam hidup sekurang-kurangnya hari ini lebih baik dari semalam. Penulis doakan "anda kaya dan berjaya!".

*p/s - disebabkan balik lewat, penulis telah mengharungi jalan yang gelap dan tiada kenderaan sepanjang jalan Kuantan-Endau. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku. Dugaan untuk berjaya.
Yang ini pulak cerita lama. KLIK SINI.

Khamis, 17 Februari 2011

Belajar Adobe Photoshop


Seni adalah salah minat penulis sejak dari zaman sekolah lagi. Bakat seni mungkin telah diwarisi dari abah cuma penulis lebih cenderung pada seni melihat & melukis. Penulis masih ingat lagi dahulu penulis selalu melukis portrait wajah selebriti terkenal. Selepas itu sejak tingkatan 3 telah diperkenalkan dengan perisian seperti Paint dan zaman kolej telah mula belajar menggunakan Adobe Photoshop, satu perisian yang sangat popular ketika ini. Penulis tidak mempunyai guru tersendiri dalam menggunakan Photoshop tetapi minat yang mendalam telah membuatkan penulis dapat mengusai serba sedikit perisian tersebut.

Sekarang penulis banyak mengajar rakan-rakan yang ingin mengetahui tentang Adobe Photoshop. Penulis juga ada membuat kelas bersama NahamPhoto dan yang terkini adalah pada 27 Februari ini di Johor Bahru. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus ini bolehlah menghubungi penulis melalui e-mel info@nahamphoto.com atau telefon 01 37 44 37 34 secepat mungkin untuk mendapatkan tempat. Tarikh tutup pendaftaran adalah sebelum 25 Februari 2011. Insya Allah ilmu yang akan diberi dapat digunakan dalam kerja-kerja yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut sila klik DISINI.

Ahad, 6 Februari 2011

Anakku 3 Orang Saja. Bukan 5 atau 7...


Tidak dapat dinafikan kadangkala penulis tidak dapat nak 'handle' kelakuan anak-anak. Keaktifan serta kenakalan mereka sering kali menaikkan suhu badan. Ada kala penulis menggunakan cara halus atau psikologi dan ianya menjadi. Namun kebanyakkan karenah mereka tidak dapat diatasi dengan cara yang lembut. Ada juga karenah-karenah yang tidak sama dengan anak-anak orang lain yang memerlukan setebal-tebal kesabaran. Itulah lumrah jika bekeluarga dan ibu-bapa perlu menyesuaikan diri untuk menangani karenah anak-anak.

Namun selalunya penulis berkecil hati dengan sesetengah pihak yang suka membandingkan situasi diatas dengan orang lain. Ada yang berkata, "anak baru 3 orang dah kelam kabut dan tak terurus. Orang dulu-dulu anak sampai 7-8 orang pun biasa saja". Ya betul memang jika 7-8 anak yang sempurna tu boleh dijaga dengan baik. Tetapi mereka tidak merasa bagaimana perasaan menjaga seorang anak yang 'istimewa' dan karenah yang 'baik-baik' belaka. Berkata-kata memang mudah tetapi melaluinya tidak semudah yang dikatakan.


Anak adalah kurniaan Tuhan dan jagalah ia sebaik-baiknya. Walau bagaimana pun karenah anak anda, ia tetap anak anda dan wajib memberikan yang terbaik kepadanya. Tidak kira anak anda ada 10 orang atau 7 orang atau seorang sekali pun, penulis percaya Tuhan itu maha adil dan setiap dugaan atau nikmat yang diberikan itu ada hikmah disebaliknya. Pesanan ini adalah untuk diri penulis sendiri agar dapat terus menyiapkan diri mengharungi lebih banyak lagi liku-liku hidup dalam alam kekeluargaan. Insya Allah.

*-p/s - anak-anak penulis memang terbaik lah!