Isnin, 27 September 2010

Apakah Maksud Penulisan Itu?

Penulis tergerak hati ingin menulis sedikit tentang perkara ini kerana inginkan pendapat dari pembaca-pembaca sekalian. Sepertimana yang anda tahu, arena blog, facebook dan bermacam lagi platform telah digunakan untuk menyampaikan & berkongsi maklumat. Bermacam-macam cara digunakan seperti menaip posting, mengemaskini status & memuatnaik gambar sebagai satu peluang berkongsi apa yang kita ada. Namun ia mempunyai beberapa keburukan bergantung kepada beberapa faktor yang akan dibincangkan nanti.

Selalunya ada pengguna yang meletakkan input didalam blog/FB mereka dengan pelbagai cara. Ada yang ingin meluahkan perasaan, ada yang ingin menyatakan pendapat malah ada juga yang ingin menyerang/ menjatuhkan sesuatu pihak. Walau apapun tujuan sesuatu tulisan itu dibuat, ia perlulah mempunyai etikanya. Jika penulisan itu menyerang dengan secara terus seperti ugutan atau hasutan, ia mungkin membahayakan. Tindakan perlu diambil jika apa yang disampaikan itu tidak mempunyai fakta atau bukti yang kuat.

Namun apa yang penulis ingin sampaikan adalah, kadangkala apa yang seseorang itu tulis boleh disalah tafsir oleh pembaca. Ada input yang ditulis itu disalah-ertikan dengan pelbagai spekulasi & andaian yang timbul sedangkan ia tidak bermaksud begitu. Lebih malang lagi apa yang ditulis disitu ditokok tambah dan dipanaskan lagi dengan komen-komen orang lain. Perkara yang kecik kadangkala boleh jadi lebih besar dan komen-komen pembaca lain lebih melampau dari apa yang penulis asal sampaikan. Beberapa kes banyak berlaku akhir-akhir ini.

Dibawah penulis sediakan satu CONTOH status yang penulis ambil dari Facebook penulis sendiri. Apa pandangan anda jika anda membacanya? Petikannya berbunyi begini...

"klu aku malu, harta akhirat x ckup lg dh trkejar2 harta dunia. Aku lbh rela xde harta dr putus saudara. Aku malu! Malu! Krn harta blh lupa segalanya..."

Persoalannya :

1) Adakah anda rasa penulisan ini secara general atau khas untuk seseorang?
2) Adakah anda rasa penulisan ini menghina atau satu sindiran kepada anda yang membaca?
3) Adakah anda rasa anda akan tergugat atau mengalami kesusahan JIKA anda rasa anda lah orang yang dimaksudkan?

Jawapan adalah hak anda masing-masing...

Tetapi pada penulis, setiap yang penulis tuliskan ada maksud & hujah tersendiri. Penulis mempunyai prinsip iaitu menyatakan sesuatu hanya untuk DIRI SENDIRI. Jika ada untuk orang lain pun, penulis tidak akan menyatakan nama mereka SECARA LANGSUNG. Itu adalah etika yang penulis pegang. Namun jika ada yang terasa, itu adalah hak masing-masing (of course kalau yang makan cili itu akan terasa pedasnya). Dan apa yang penulis ingin sangat tekankan, JANGAN SESEKALI MEMPERTIKAIKAN ATAU MENYALAHKAN penulisan tersebut jika ia tiada melibatkan nama sesiapa pun secara peribadi kerana itu adalah hak penulis. Penulis mempunyai HAK menulis apa pun SELAGI TIDAK MENYERANG INDIVIDI SECARA LANGSUNG.

Sudah tentu penulis tidak akan bercakap begitu sahaja tanpa menjawab soalan-soalan diatas. Ini adalah jawapan penulis...

1) Of course GENERAL! Tiada sesiapa dapat buktikan penulis ada menyebut nama sesiapa dalam penulisan tersebut. Jika ada perkataan "SAUDARA" sekali pun, penulis mempunyai saudara sebelah abah, saudara sebelah emak & saudara sebelah mertua. Tiada pihak saudara yang belah mana dapat membuktikan dia yang dimaksudkan. Malah semua umat islam adalah saudara penulis. Adakah anda tidak bersetuju dengan apa yang Nabi katakan (umat islam adalah bersaudara)?

2) Absolutly NOT! Jika anda terasa, maaf! Namun harus diingat, JIKA ya sekalipun nama anda tidak disebut dan anda tidak perlu risau. Tetapi pembaca yang lain rasanya tidak terasa kan? Sebenarnya terasa atau tidak terasa itu bukan isunya. Isunya adalah penulisan itu ditujukan untuk DIRI SENDIRI! Kenapa penulis kata diri sendiri? Sebab ada perkataan "AKU". 3 kali penulis sebutkan perkataan "aku" disitu. Adakah ianya untuk anda? Kalau ya lepas ini saya tegur anda seperti ini... "Hey Aku! Tengah buat apa tu?". Rumusannya, ia adalah peringatan untuk diri sendiri. Diulangi, DIRI SENDIRI.

p/s - harta dunia = kereta pun harta dunia, handphone pun harta dunia jugak...laptop, TV, peti sejuk, mesin basuh, bla bla bla...

3) Penulis rasa TIDAK MUNGKIN anda akan muntah hijau atau dimasukkan ke ICU jika membacanya. Diam-diam saja lah dan selesaikan secara berdepan dengan penulis ni sendiri. Kalau ada yang nak saman penulis pun silakan, tiada nama sesiapa pun dalam penulisan tu. Wallahualam.

Ini merupakan satu CONTOH dimana satu penulisan itu boleh ditafsirkan dengan pelbagai bentuk. Bukan isu penulisan diatas yang hendak dibahaskan tetapi ia merupakan satu contoh yang boleh terjadi dengan hanya beberapa patah perkataan sahaja. Setiap orang mempunyai gaya penulisannya tersendiri. Ada yang kasar, ada yang berlembut, ada yang berkias dan ada yang sinis. Oleh itu kita perlu nilai sebaik-baiknya apa yang seseorang itu ingin sampaikan. Kadangkala niat baik seseorang itu boleh disalah ertikan malah akan membawa keburukan pula.


*p/s - tak semua yang orang tulis itu dapat dihuraikan, oleh sebab itu, minta penjelasan sejelas-jelasnya dari penulis tersebut. Peringatan untuk DIRI SENDIRI, selepas ini kena tulis dengan lebih baik untuk mengelakkan salah tafsir & jangan salah tafsir orang lain punya penulisan...

Jumaat, 17 September 2010

Ucapan Raya 2010

Ucapan raya yang dirakamkan oleh penulis ketika beraya di kampung halaman (Endau). Tahun ini penulis tidak sempat sangat merakamkan gambar-gambar raya kerana sibuk menguruskan keluarga. Hanya ini sahaja yang mampu dibuat. Semoga terhibur! Selamat hari raya, maaf zahir batin dari blog Mencipta Memori.

Rabu, 8 September 2010

New Comer : NADA HAZIRAH


Pada tanggal 3 September 2010 bersamaan 24 Ramadan 1431H maka lahirlah seorang lagi puteri di muka bumi ini. Ini merupakan puteri ke-3 penulis dimana 2 anak sebelum ini juga adalah puteri. Puteri ke-3 ini lahir pada jam 9.02 pagi jumaat yang hening dan indah dengan berat 3.85kg melalui pembedahan. Tahniah diucapkan kepada isteri, Noraini Abdul Hamid kerana telah melahirkan seorang lagi cahaya mata yang comel dan sihat. Sesungguhnya pengorbanan seorang ibu tiada tolok tandingnya.

Dengan ini diumumkan nama bagi anak kecil ini adalah;

NADA HAZIRAH

nada = embun, kemurahan hati
hazirah = pilihan, yang terbaik

*p/s - semoga dia terus menjadi bayi yang sihat & solehah...Amin

Rabu, 1 September 2010

Waktu Sulit

Assalamualaikum,

Alam maya ini (Blog & Facebook) akan sepi seketika untuk satu tempoh waktu atas sebab penulis sibuk dengan pelbagai urusan tidak kira kerja, bisnes, peribadi & keluarga. Boleh melihat kemaskini terbaru penulis melalui Twitter sahaja (jika ada). Penulis akan kembali semula apabila tiba waktu lapang nanti.

Dikesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua saudara-mara & kenalan yang mengenali penulis sekeluarga. Harap segala kesilapan & kesalahan kami dapat dimaafkan. Kami mendoakan agar anda semua menyambut hari raya dengan gembira.

Ikhlas dari,

HARRIS FADZILAH & NORAINI SEKELUARGA.

*p/s - Ingatlah saat kau sulit...