Anda mungkin suka ke bazar Ramadan untuk membeli makanan-makanan lazat. Bila jam sudah menunjukkan 4.30 petang, itu adalah masa yang sesuai untuk ke sana. Disitu pilih sahaja makanan yang anda suka, semuanya telah tersedia. Daripada minuman, kuih-muih sehinggalah lauk pauk yang pelbagai rupa. Namun, dalam kegembiraan membeli juadah berbuka ini, terdapat beberapa perkara yang kurang digemari oleh penulis. Maaf jika ada yang tidak setuju dengan fakta ini.
1) Parking penuh : sampai sahaja di tapak bazar ramadan, kereta & motor sudah memenuhi segenap ruang jalan. Berpusing-pusing mencari parking adalah satu yang melecehkan. Seolah-olah terdapat satu pesta yang meriah disitu.
2) Kuih yang sama : bila melawat gerai-gerai yang ada, kebanyakkannya menjual kuih yang sama. Karipap, pulut panggang dan donut antara yang popular. Jika nak tahu yang mana sedap atau tidak, kena cuba beli di kedai yang berlainan setiap hari.
3) Kuih/ makanan kegemaran dah habis : kadang-kala hari ni teringin nak makan kuih kegemaran tetapi malangnya bila sampai dibazar ramadan, kuih tersebut sahaja dah habis dijual. Kuih yang lain berlambak-lambak pulak.
4) Gerai buka sehari sahaja : ada juga kes ni. Contohnya hari ni beli murtabak sedap giler kat satu gerai ni. Bila nak beli lagi esoknya, gerai dah tutup sampai abis ramadhan. Agaknya jualan sehari tu dah boleh cover untuk raya.
5) Berjumpa dengan kawan lama : tak suka tu bukan apa, contohnya kalau kawan lama tu bawa sekali isteri dia. Bila nak bersembang tanya khabar tu isteri dia dah jeling-jeling sambil cakap dalam hati, "cepatlah bang, banyak lagi kuih ni nak beli ni!".
6) Berjumpa dengan kawan lama juga : tapi kali ni nampak dari jauh jer. Tengah nak masuk kereta atau dah nak balik dah. Terkilan sangat sebab kira dah lama tak jumpa. Biar tak jumpa langsung dari jumpa camtu. Huish!
7) Orang tak berpuasa pun sibuk-sibuk : kes ni banyak juga terjadi dimana sangat sesak kat bazar ramadan ni dengan manusia yang tak berkenaan. Bila nak pilih kuih tu terpaksa pula berhimpit-himpit dengan bangsa asing. Cuma bagusnya mereka ni meningkatkan ekonomi orang melayu la.
8) Jual ala kadar : ada juga yang menjual tu tidak mementingkan kebersihan & presentation yang menarik. Kadangkala rasa nak beli sangat lauk ni tapi ternampak pula ada lalat tengah sedap landing dalam tu. Hmm...
9) Bila dah beli tu rasanya mesti lebih RM5 kan? Lebih-lebih lagi bazar ramadan kat kampung ni, lagi mahal dari yang bandar. Air sebungkus kecik RM1.50, kalau di bandar 3 sengget! Perbelanjaan lagi mahal dari bulan-bulan biasa.
10) Bila sampai sahaja bazar ramadan baru perasan beg duit tertinggal. (cam pernah terjadi jer..hehe).
Bagaimana pula dengan anda?