Selasa, 29 Jun 2010

Perginya Pak Awie : Profesor Rimba

Ada apa dengan nama Pak Awie? Dia digelar dengan gelaran Profesor Rimba, Raja Rimba, pakar ikhtiar hidup dan bermacam-macam lagi. Itulah isteimewanya seorang yang bernama Awie Mabot, seorang yang berasal dari sebuah perkampungan asli di Kluang dan berketurunan Melayu Asli (Jakun). Beliau adalah seorang jurulatih di Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Insan YPJ atau lebih dikenali dengan OBS di Sekakap Mersing.

Pak Awie menerangkan tentang perangkap binatang liar

Pak Awie menunjukkan sejenis kulit pokok yang boleh menyalakan api.

Pak Awie ketika ditemuramah oleh seorang wartawan Utusan Malaysia di Program Bersama Media PKPI tahun 2006.

Gambar yang penulis ambil menunjukkan kepakaran Pak Awie dalam menyumpit.

Pak Awie telah bertugas di OBS Sekakap sejak ia mula ditubuhkan lagi pada tahun 1974. Beliau telah melatih ramai sekali pemimpin-pemimpin kerajaan Negeri Johor termasuk Tan Sri Muhyidin Yasin yang menjalani kursus disitu. Pak Awie mempunyai kelebihan luar biasa seperti tahu semua khasiat tumbuhan-tumbuhan hutan, dapat menghidu binatang buas dan pantang larang dalam hutan. Itulah serba sedikit fakta menarik mengenai beliau.

Pak Awie menerangkan sejenis masakan orang asli di Program Jalinan Mesra dengan Taman Negara Endau-Johor.

Inilah hasil yang Pak Awie, Ehsan & Penulis ambil didalam hutan Jemaluang iaitu umbut Bayas.

Pak Awie menunjukkan cara membuat kelarai kepada kami untuk majlis Jalinan Mesra Taman Negara Endau Johor 2006.

Sejak penulis bertugas dengan KPYPJ 6 tahun yang lalu, penulis juga berpeluang mendekati Pak Awie dalam banyak program yang penulis sertai. Ternyata Pak Awie merupakan seorang yang peramah, berlembut dan tidak kedekut ilmu walau sedikitpun. Banyak juga ilmu-ilmu yang dapat penulis pelajari sewaktu mengenali beliau. Antara yang tidak dapat penulis lupakan adalah pada aktiviti di Taman Negara & Program bersama media pada tahun 2006.

Penulis (baju hitam bertopi merah) dan peserta lain sedang mendengar penerangan dari Pak Awie di hutan Jemaluang.

Antara keratan akhbar yang penulis simpan. Banyak sekali artikel mengenai Pak Awie ada dalam simpanan penulis.

Antara perkara yang diingati mengenai Pak Awie bersama penulis adalah, ceritanya mengenai Big Foot, bagaimana beliau berhadapan dengan Pak Belang dan khasiat-khasiat tumbuhan hutan serta pantang larang didalam hutan. Ilmu-ilmu tersebut ternyata sangat tak ternilai kerana ia jarang sekali diperolehi oleh seseorang individu. Penulis juga tidak dapat melupakan saat ketika sama-sama memasuki hutan Jemaluang bersama beliau untuk mencari umbut Bayas.

Ketika mengikat tali flying fox tahun lalu.

Bukan sahaja di hutan, Pak Awie juga pakar mengenai air. Ketika memberi taklimat berakit tahun lalu.

Namun pada tanggal 27 Jun 2010, penulis telah mendapat berita yang Pak Awie telah meninggal dunia di hospital Kluang kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya. Mengikut sumber, kereta yang dipandu Pak Awie telah dilanggar oleh sebuah MPV yang memasuki lorongnya. Satu berita yang sangat menyedihkan bagi warga KPYPJ dan PKPI malah semua orang yang mengenalinya. Apa yang pasti, perginya Pak Awie tiada tolok gantinya.

Dalam kenangan : Penulis & rakan-rakan bersama Pak Awie ketika selesai menyiapkan pentas di Taman Negara Endau Johor.

Ini merupakan salah satu petikan komen menarik yang penulis ambil dari FOTO Pak Awie yang penulis letakkan di FB berbunyi, Awi of the jungle was known a big name for KPYPJ. His death is a real lost to KPYPJ. Awi of the jungle speaks forever amongst his friends. His vast knowledge on river, jungle, sea, mountains is a mystery. He ability to walk on the thin stick is a mystery. His spilt on beasts is a mystery. His ability to turn leafs into fire is a mystery. Awi - we missed you.

*kali terakhir penulis berjumpa dengan Pak Awie adalah dalam majlis Jalinan Korporat KPYPJ Mac lalu. Takziah penulis ucapkan kepada keluarga beliau.

Isnin, 28 Jun 2010

Mengandung Lebih Seksi


Perkara ini mungkin dipersetujui oleh lelaki dan suami yang lain atau mungkin ada juga yang tidak setuju. Tetapi bagi penulis, wanita yang mengandung adalah lebih seksi dari yang biasa. Mungkin ini adalah kelebihan bagi wanita yang mengandung. Walaupun dengan perut yang besar tetapi dapat mengikat mata & hati suami. Penulis banyak juga membaca pendapat-pendapat orang ramai tentang perkara ini di majalah & surat khabar yang mana kebanyakkan bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Oleh itu kepada wanita-wanita yang merasakan dirinya tidak seksi, bolehlah segera mencari pasangan, berkahwin & seterusnya mengandung. Insya Allah, anda akan dipandang seksi oleh suami anda. Jadi wanita-wanita bujang diluar sana, ini merupakan satu cabaran bagi anda. Tetapi harus diingat, ini hanya untuk orang yang BERKAHWIN sahaja. Ada bran? Bagaimana pula dengan pendapat pembaca-pembaca semua? Adakah anda bersetuju? Boleh juga membaca artikel berkenaan DISINI.

Ahad, 13 Jun 2010

Sudah 2 Tahun...


Tanggal 5 Jun 2010 yang lalu maka genaplah 2 tahun kelahiran anak ke-2 penulis iatu Nailah Hana. Jika tahun lepas penulis telah menaip satu entry yang telah menyentuh jiwa beberapa orang yang membacanya sempena tahun kelahiranya yang pertama, kali ini penulis tidak mahu bersedih-sedih lagi.

Satu jamuan ringkas bersama-sama keluarga telah dibuat tanda kesyukuran atas rezeki kepada beliau & kepada penulis yang telah mendapat banyak tempahan fotografi perkahwinan baru-baru ini. Semoga Allah terus melimpahkan rezeki-Nya keatas keluarga kami. Insya Allah.



Video gelagat Nailah Hana dibawah semasa majlis tersebut

Ini pula hanya gambar sampingan semasa majlis doa selamat keluarga baru-baru ini. Dont try this at home...

*p/s - pada 11 Jun 2010 pula adalah anniversary penulis yang ke-6 bersama isteri iaitu Noraini Abdul Hamid.

Jumaat, 4 Jun 2010

Baca Doa

Memang baik jika ibu-bapa rajin menyuruh anak-anak mengamalkan doa dalam apa jua yang mereka ingin lakukan. Doa sebelum makan, selepas makan, sebelum tidur, doa untuk ibu-bapa adalah antara contoh yang perlu kita serapkan dalam diri anak-anak. Tempohari penulis melihat gelagat Na'wa mengajar adiknya Nailah membaca doa. Na'wa banyak tahu mengenai doa ketika bersekolah di Tadika Hikmah YPJ tahun lalu. Penulis harapkan yang sekolahnya kini dapat memberikan input yang lebih baik lagi untuk dia.

Adik, mari kita baca doa...

Bismillah...

Amin...

Baca doa apa tu? Hehe...

Macam-macam lah gelagat mereka ni terutama si Adik tu. Sekarang ni dia semakin nakal dan buas, suka buat lakonan-lakonan yang mantap. Ada sahaja perkara yang ingin dilakukannya sampai kadangkala jatuh luruh, benjol sana sini, mulut pun boleh tahan. Tetapi tidak mengapa kerana sekurang-kurangnya dia aktif dan otaknya selalu berfikir utnuk melakukan sesuatu walaupun badannya kenit. :)

Khamis, 3 Jun 2010

POSITIVE (+)


Itu adalah perkataan yang selalu diperkatakan oleh penulis sejak akhir-akhir ini. Apa maksud tersirat dari perkataan tersebut? Banyak perkara yang boleh ditafsirkan melaluinya dan yang pasti ia membawa ke satu maksud kebaikan. Pakar-pakar motivasi banyak menyebut, kita perlu positif dalam semua perkara agar hasilnya juga akan positif. Bagi penulis ada benarnya tentang ungkapan itu dan ia telah dijadikan amalan sejak penulis banyak membaca, mendengar & mengikuti info-info mengenai kejayaan.

Hidup ini selalu diuji dengan pelbagai dugaan dan masalah. Adakah dengan adanya sifat positif ini dapat membantu untuk mengatasinya. Pada pandangan peribadi penulis, jawapannya adalah YA! Kita tidak perlu mudah putus asa, mengambil ia sebagai terlalu sukar dan tidak boleh dilalui. Tanamkan sifat positif yang setiap masalah itu dapat diselesaikan mungkin bukan serta merta tetapi mengambil masa. Kadangkala kita juga perlu positif yang setiap dugaan itu pasti mempunyai hikmahnya tersendiri.

Pandangan penulis lagi, dalam kehidupan ini kita harus tidak mudah mengikut telunjuk orang lain (negatif), mesti mempunyai satu pegangan atau prinsip tersendiri. Jangan menganggu kehidupan orang lain atau hasad dengki (negatif), menerima teguran orang dan jangan mementingkan diri sendiri (negatif), sentiasa memaaf dan tidak berdendam (negatif). Jika terlalu banyak sifat negatif dalam diri, sudah tentu hasilnya juga akan membawa keburukan.

Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama menanamkan sifat positif dalam diri. Contohnya sudah jelas iaitu Nabi Muhammad SAW kita sendiri yang penuh dengan sifat positif. Lihatlah betapa ia memberikan hasil yang sangat baik. Fikirkanlah yang anda adalah 'seseorang' (somebody) yang boleh berjaya di dunia & akhirat. Pesanan ini adalah untuk diri sendiri & semua pembaca sekalian.