Rabu, 5 Ogos 2009

Berguru Menuntut Ilmu...

Gambar oleh Ivin

Dulu-dulu, bila baca kat paper, dengar nama Ted Adnan ni, penulis bayangkan orangnya berkarisma, bergaya sambil memegang kamera. Penuh dedikasi memberikan arahan kepada model-modelnya. Namanya memang terkenal sebagai jurugambar professional di Malaysia mahupun luar negara.

Hujung minggu yang lalu, penulis berpeluang belajar bersama dengan Ted Adnan yang turun ke Johor Bahru. Ternyata bayangan penulis meleset sama sekali. Saudara Ted Adnan adalah seorang yang sempoi, baik hati & kelakar. Namun ilmunya begitu dalam & pengalamannya begitu luas.

Gambar oleh Bakhtiar

Melalui bengkel ini, penulis dapat mendalami ilmu pencahayaan dalam fotografi & tip-tip dalam pengendalian peralatan pencahayaan. Terima kasih diucapkan kepada Ted Adnan kerana memberikan tunjuk ajar kepada penulis & peserta-peserta yang lain. Nampaknya penulis sudah mengikut kata-kata Dr. Azizan untuk kita mencari seorang mentor.

Harapan penulis, banyak lagi kursus-kursus atau bengkel-bengkel yang penulis dapat hadiri pada masa-masa akan datang demi untuk memantapkan diri dalam bidang ini. Ini kerana ilmu sangat penting dan ia perlu dicari kerana ilmu tidak datang bergolek didepan mata kita.

Gambar-gambar lain boleh dilihat DISINI & DISINI

3 ulasan:

cheekongsejuk berkata...

Tahniah dah ada mentor sendiri.. Tak sia-sia gi seminar Dr Azizan tu. Anor jg dh lama ada & syukur skang dpt join venture plak projek dgn mentor..

Tanpa Nama berkata...

nak berguru ngn nahamphoto.. huuu :)

Nanie Harris berkata...

Insya Allah Cik Beskal...xde mslh...