Selasa, 28 Julai 2009

Anda Ada Potensi Tersendiri!


Dulu bila penulis lihat iklan di TV, "Bengkel Mengenali Diri Melalui Tarikh Lahir", terdetik dalam hati, "ada juga orang buat bisnes camni...". "Dengan memberitahu nombor-nombor dalam tarikh lahir pun boleh buat bengkel...". Itulah antara kata hati penulis. Bila baca surat khabar pula, masih jumpa iklan yang sama. "Bengkel camni pun boleh masuk paper...apa yang special sangat?". "Kursus fotografi aku pun tak dapat nak masuk paper...", itulah kata hati penulis lagi.

Beberapa minggu yang lepas, Kaff telah menawarkan tiket percuma untuk ke Seminar Mengenal Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir oleh Dr. Azizan ini. Kalau dilihat kembali, bayaran asal bengkel ini mencecah ribuan, namun kali ini percuma dan hanya perlu membayar RM30 untuk pengurusan. Berat juga hati untuk pergi dan penulis mengatakan kepada Kaff yang penulis sudahpun mengenal potensi sebenar diri penulis. Namun atas pujukan, penulis pergi juga untuk mengetahui apa yang hebatnya tentang seminar ini.

Hadirnya penulis ke UTM tempat berlangsungnya seminar ini, seolah-olah satu fenomena telah berlaku. Jalan ke UTM telah sesak secara ekstrem. Bila sampai ke dewan utama, orang ramai memenuhi disegenap ruang. Memang ramai dengan orang disana-sini malah lebih ramai daripada suasana konvokesyen graduan-graduan. Apa istimewanya Dr. Azizan ini sehingga orang sanggup berpusu-pusu datang? Sekali lagi persoalan timbul dalam benak fikiran penulis.

Masuk sahaja di dalam dewan, satu perubahan telah berlaku...Sebenarnya ia bukannya mengenai tarikh lahir semata-mata tetapi ia mengenai potensi diri sendiri. Penyampaian oleh Dr. Azizan memang hebat dengan perkara-perkara yang belum pernah dipelajari sebelum ini. Kaedahnya mungkin sama dengan bengkel motivasi yang lain namun pengisiannya amat mantap. Ia sama sekali dapat mengubah diri & kehidupan kepada satu tahap yang sukar diduga.

Tidak perlulah penulis nyatakan semua yang disampaikan pada hari itu. Apa yang boleh penulis katakan, RM30 yang dibayar pada hari itu jauh lebih besar dari nilai ilmu yang disampaikan dan memang sangat-sangat berbaloi waktu tidur atau memancing anda pada hari itu digantikan dengan seminar ini. Sesiapa yang tidak mengambil peluang pada hari itu sememangnya sangat rugi. Ia memang dapat mengubah minda anda keluar dari takuk yang lama.

MINDA, MENTOR, FOKUS adalah antara isi utama seminar ini. Insya Allah jika tidak ada aral melintang, penulis akan menghadiri seminar seterusnya iaitu Kekayaan & Kejayaan. Perubahan dalam hidup bermula dari diri kita sendiri dan kita perlu mulakan sekarang! Tidakkah anda mahu menjadi seorang yang hebat sehinggakan anda dapat menentukan tempat parking anda di shopping complex apabila anda dirumah lagi? Renung-renungkanlah....

Boleh baca cerita seumpamanya DISINI & DISINI.

Ahad, 19 Julai 2009

Karnival Futsal i-Metro Zon Selatan Meriah!


Ini bukan kali pertama penulis bermain futsal tetapi ini adalah pengalaman pertama menyertai pertandingan yang mencatat rekod dalam Malaysia Book Of Record atas penganjuran terbesarnya. Karnival yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah berlangsung di Sport Prima. Johor Bahru Johor.

Mengikut laporan akhbar, seramai lebih kurang 10,000 pengunjung telah datang memeriahkan acara ini. Ia disertai oleh pasukan dari zon selatan terutamanya Johor, Melaka & Negeri Sembilan. Disini penulis coretkan sedikit laporan walaupun sebenarnya penulis agak sibuk dengan kerja-kerja yang lain.


Penulis bersama rakan sepasukan yang lain (Naham FC) telah mula bermain pada jumaat malam sabtu yang sebenarnya bukan seperti jadual asal. Naham FC telah diundi dalam kumpulan 29 bersama pasukan Benteng FC & D-Lurah FC. Sebanyak 90 pasukan telah bertanding pada malam itu sahaja dan 100 lagi pada esok paginya.

Walaupun pasukan Naham FC telah menang kedua-dua perlawanan dalam peringkat kumpulan, namun telah tewas ditangan pasukan BSN FC diperingkat kalah mati. Namun kalah menang bukan ukuran, yang penting kami dapat memberi saingan terbaik pada malam itu. BSN FC memang lengkap dari segi skill & fizikal.


Walaupun penat kerana tamat pada jam 1 pagi, penulis tetap gembira dengan karnival ini dan akan mencubanya pada tahun-tahun akan datang, insya Allah. Seperti biasa, penganjuran sebesar ini akan memberikan kenangan yang menarik. Goodies yang diterima memang best! Jumpa di karnival tahun hadapan!


Gambar-gambar lain boleh dilihat di FACEBOOK penulis.

Majulah sukan untuk negara!

Jumaat, 10 Julai 2009

Na'wa Bersukan!


Ahad 5 Julai yang lalu, penulis sekeluarga telah ke Kompleks Sukan Nusa Mutiara untuk memberi sokongan kepada Na'wa yang menyertai sukan Tadika Hikmah YPJ ke 11. Acara tahunan ini disertai oleh 5 tadika hikmah YPJ dan dirasmikan oleh Ketua Pengawai Eksekutif KPYPJ, Dr. Sa'ari Md. Nooh.

Ramai juga ibu-bapa yang hadir...

Gelagat kanak-kanak cilik...cam-cam cikgu dia suruh jadi yek... :)

Na'wa salam CEO

Kak Im memberikan tips-tips terakhir untuk anaknya...

Inikah bakal pengganti Nordin Jadi?

Na'wa telah menyertai 1 acara iaitu mencari barang dimana tugasannya mencari buah anggur. Walaupun dia berjaya mencari 2 anggur tersebut tetapi tewas kerana menunggu kawannya yang masih mencari-cari barangnya. Takpe Na'wa, tahun depan cuba lagi! Pastikan menang dan tak perlu tunggu-tunggu kawan. :)

Na'wa sedang beraksi! Nampak tak 2 anggur yang perlu dicari?

Nangis lak nak mandi swimming pool... Tengok adik tu! Muka cool jer...

Apa yang menarik tetang sukan ini, selain anak-anak bergembira bersama kawan-kawannya, ibu-bapa juga turut gembira melihat telatah anak masing-masing serta dapat bermesra sesama ibu-bapa yang lain. Ia dimeriahkan lagi dengan acara yang melibatkan ibu-bapa setelah anak masing-masing selesai beraksi.

Berreta & Shamshul yang bersama-sama menembak hari tu...

Tadika Tampoi Utama Juara! Cuba cari mana Na'wa?

Majlis tamat pada jam 12.45 tengahari dan disambut dengan hujan renyai. Tadika Hikmah YPJ Na'wa iaitu cawangan Tampoi Utama telah menjadi johan keseluruhan. Tahniah kepada Na'wa, kawan-kawan dan cikgu-cikgu. Akhirnya berbaloi juga ayah belikan kasut baru untuk Na'wa. Semoga boleh jadi atlit macam ayah.

Ahad, 5 Julai 2009

Cuti-Cuti Melaka


Minggu lepas, penulis bersama isteri, anak-anak & emak penulis telah bercuti ke bandarya bersejarah Melaka. Percutian ini telah lama dirancang namun terpaksa ditangguhkan kerana jadual yang ketat. Bagi memenuhi janji hadiah untuk Na'wa yang dapat no. 2 ujian lepas & hajat emak untuk kali pertama ke Melaka, akhirnya sampai juga kami kesana.

Hmm...dimana aku skrg?

Bershopping di bandar Melaka

Na'wa berposing..

Pak Belang di Zoo Melaka...

Tidak banyak tempat yang dapat kami lawati dalam masa 2 hari 1 malam. Hari pertama kami menaiki beca mengelilingi bandar Melaka, membeli-belah disitu dan mencari hotel hingga ke Jasin. Keesokkan harinya kami ke Mini Malaysia, Zoo Melaka & Mydin MITC. Walaupun jangkamasa yang singkat, kami sekeluanrga tetap happy terutama anak-anak.

Gambar-gambar yang lain boleh dilihat DISINI.