Halaman

Isnin, 9 Mac 2009

Lawatan Ke Terengganu Sempena Perkahwinan Atie & Rosdi

Pertama sekali penulis ingin mengucapkan salam Maulidurrasul untuk semua pembaca blog 'mencipta memori' ini. Semoga kita terus memperingati serta mencontohi junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. dalam kehidupan seharian.

Pada Jumaat malam sabtu yang lepas, penulis telah mengikuti satu rombongan KPYPJ ke Terengganu sempena perkahwinan rakan setugas iaitu Atie & Rosdi. Rombongan itu diserta lebih kurang 44 orang staf KPYPJ bersama ahli keluarga masing-masing. Kami bergerak dari Johor Bahru jam 12 malam.

En. Husaini melihat permandangan perjalanan ke Terengganu.

Minum-minum sambil makan keropok lekor.

Kami semua bersarapan di Dungun dan rombongan kami memulakan aturcara dengan melawat muzium terbesar asia tenggara di Kuala Terengganu. Terdapat banyak benda menarik disitu antaranya duit-duit lama & peninggalan sejarah kesultanan Terengganu. Seterusnya kami check-in di chalet dan bersiap untuk ke majlis perkahwinan.

Rosdi menyambut kedatangan CEO (tengah) dan bos En. Zaidi (kiri)

Chef Razak membuat sesi fotografi bersama pengantin

Pulang sahaja dari rumah pengantin, rombongan malawat ke sebuah rumah untuk melihat kain songket dan seterusnya sembahyang maghrib di Masjid Kristal. Selepas itu kami melihat suasana malam serta makan di bandar Kuala Terengganu. Seterusnya kami pulang ke chalet untuk berehat.

Permandangan masjid kristal pada waku malam

Melihat matahari terbit di chalet penginapan penulis

Hari terakhir rombongan bersarapan di Kuala Terengganu dan membeli-belah di Pasar Payang. Penulis sempat membeli beberapa buah tangan dan barang koleksi penulis antaranya duit syiling dan kertas. Rombongan bergerak pulang jam 4 petang dan tiba di Johor Bahru pada awal pagi Isnin.

Peserta rombongan bersama pengantin. (klik gambar untuk besarkan)

*p/s- Nampaknya penulis selsema semula selepas pulang dari rombongan ini. Mungkin terlalu lama dalam bas yang sejuk.

10 ulasan:

  1. gambo pengantinnya sikit no..x de lg ker

    BalasPadam
  2. ni gambo2 lawatan jer nih.. gambo pengantin yang close up takde ker?

    BalasPadam
  3. tahniah buat atie dan rosdi....

    wah...last minute baru ese tau dorang ni yer.. sonyap2 yo dorang ek...

    moga kekal sepanjang hayat..

    BalasPadam
  4. sory gmbr pengantin x byk sbb sy jurugambar rombongan bukan jurugambar kahwin mereka...Nanti tnggu aje gmbr kat blog rosdi ke atau sapa2...(kalau ada la)

    Betullah mereka menyimpan betul rahsia. Apapun semoga bahagia...

    BalasPadam
  5. Atie dah kawen ke.. Sampaikan ucapan tahniah saya pada atie yer.. err kalo dia ingt lagi ler..

    BalasPadam
  6. salam..
    ha ah la... mana pic pengantinnya?

    BalasPadam
  7. eh? fadh tu wife syed syahrul zarizi kan?

    BalasPadam
  8. eves : Insya Allah...

    Eyta : gmbr pengantin kena tnya pengantin sendiri...

    Yup! fadh tu wife si syahrul...knp?

    BalasPadam
  9. kecilnya dunia... amcm bleh kenal dgn dia semua eh? sy kenal syed coz x-schoolmate time kat SMUT..

    BalasPadam
  10. salam...
    bleh tak saya nak tahu chalet yg disewa kat terengganu tu?
    plan nak ke sana..tgh cari2 chalet..
    klu ade no contact, lg ok...tq..

    BalasPadam

Sila tinggalkan ulasan anda dibawah. Sebaik-baiknya letakkan nama & URL anda untuk memudahkan komunikasi. Sekian terima kasih.