Halaman

Selasa, 14 Oktober 2008

Peralatan Bayi Klef

Ahad yang lalu, penulis & isteri ke Metrojaya, Plaza Pelangi J.B. untuk mencari botol susu bayi klef atas cadangan doktor pakar. Setelah mencari, akhirnya kami menjumpai tempat botol itu dijual iaitu dibahagian kanak-kanak. Ini adalah persediaan awal kami untuk Nailah menghadapi pembedahan kelak. Ini kerana bayi yang melakukan pembedahan tidak boleh disusukan menggunakan susu ibu atau botol susu biasa.

botol susu klef
botol susu klefSusu akan melalui batang sudu dan keluar melalui lubang hujung sudu

*p/s - ingatlah info ini jika ada rakan-rakan, jiran-jiran atau saudara-mara yang mencari-cari botol ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda dibawah. Sebaik-baiknya letakkan nama & URL anda untuk memudahkan komunikasi. Sekian terima kasih.